Sunday, February 12, 2012

TUKAR AIR KOLAM KELI SEBULAN SEKALI

DSCN1691

PERLU DIINGAT, kolam yang airnya tidak mengalir akan mengalami mendapan hasil daripada aktiviti ikan dan organisma hidup. Air akan menjadi terlalu subur, hijau pekat dan menyebabkan kadar ketembusan cahaya terganggu. Permintaan oksigen dari benda hidup (B.O.D) akan bertambah dalam kolam akibat kepekatan organisma. dan partikel-partikel yang ada dalam kolam. Ini mengakibatkan kelarutan oksigen melemah dan ikan keli mulai rasa tidak selesa. Kepekatan ini juga mengakibatkan mudahnya serangan patogen. Air mulai berbau, keselesaan ikan terganggu, akhirnya ikan akan sakit dan biasanya akan diserang oleh parasit. Biasanya akan berlaku tanda-tanda merah atau kulit berdarah dan berkudis. Petunjuk yang dapat kita lihat apabila ikan mulai mati satu persatu.

Jika ini berlaku, maka air perlu ditukar  atau sekurang-kurangnya dicairkan sebanyak 50%. Tetapi jika ada petanda jangkitan kuman, air hendaklah diganti 100% atau ikan yang sihat dipindah ke kolam yang berasingan. Keluarkan air kolam yang sudah kena jangkitan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 – 3 hari. Bersihkan dan masukkan air, baru simpan ikan keli tersebut.

Sebagai amalan, pastikan air ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekaliJangan tunggu air terlalu kotor baru tukar.

Selamat menternak.

1 comment:

  1. Assalamualaikum. Saya menternak keli dalam kanvas. Tebaran ikan dalam kolam berbeza. Ada yang kira² 160 ekor dalam kolam 12 kaki persegi. Walau berapa pun tebaran ikan dalam kolam, selepas paling lama pun 3 hari ikan mulai menggantung selepas makan. Jika air tak ditukar dikhuatiri akan akan bertambah sakit dan akan mati beramai-ramai. Bagaimana cara supaya kekerapan menukar air kolam dapat dikurangkan? Adakah perlu tunggu ikan kelihatan mati satu persatu sebelum menukar air kolam?

    ReplyDelete