Friday, October 28, 2011

PAMERAN IKAN KELI

SEMPENA SAMBUTAN HARI NELAYAN DI MENUMBOK SABAH, kami juga turut mengadakan pameran dan jualan di bawah pimpinan Persatuan Nelayan Kuala Penyu. Bermula 28 Oktober hingga 30 Oktober 2011 yang bertempat di dataran pantai Mempakul Menumbok Sabah.


Sambutan sangat menggalakkan dan ternyata peminat ikan keli begitu ramai. Inilah peluang yang kami nampak dan alangkah ruginya jika peluang ini tidak di ambil.


Antara produk yang kami pamerkan ialah benih ikan keli, keli matang, keli salai, keropok ikan keli dan sebagainya. Silalah datang berkunjung ke gerai kami. Gambar pameran ini akan kami upload untuk tatapan anda.




Powered by Qumana




Baca Selanjutnya.. (Read More)

PAMERAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, October 20, 2011

PERMINTAAN IKAN KELI DI PASARAN TEMPATAN MENINGKAT

SEIRING DENGAN PENINGKATAN PENDUDUK permintaan ikan keli memang sudah tidak dapat disangkal. Sehingga kini, bekalan dari ladang kami masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan taukeh restoran dan gerai makan di Sabah. Alangkah ruginya jika tidak mengambil peluang yang sungguh terbuka luas. Apatah lagi di Sabah ini wujudnya tamu-tamu yang diadakan setiap minggu di daerah-daerah pedalaman dan pekan-pekan begitu memberikan ruang para peniaga bertemu pelanggan terutama dalam memasarkan ikan keli hidup.


Sehingga sekarang kami tidak putus-putus dihujani dengan panggilan telefon dan tempahan dari anak benih hingga ke peringkat induk dari para penternak yang ingin merebut peluang ini. Syabas kepada mereka yang terbuka minda dan meminati bidang akuakultur yang dapat membantu ekonomi khususnya keluarga.


Namun di sebalik adanya peluang ini, yang sedihnya masih ramai juga yang berfikiran negatif dan mengambil peluang ingin menjatuhkan semangat rakan-rakan yang inginkan kejayaan. Diharap kepada mereka yang tidak meminati bidang ini janganlah menyuntik semangat untuk melemahkan usaha kawan-kawan sebaliknya berilah sokongan dan motivasi untuk kawan-kawan kita berjaya. Manalah tahu suatu hari, Allah akan bukakan jalan untuk anda berjaya dalam bidang akuakultur.


Nasihat daripada saya, bagi mereka yang sudah memulakan atau baru yang hendak belajar memulakan, yang paling penting fokus, kekalkan semangat, bersabar,  tambahkan ilmu, rajin-rajinlah brtanya kepada mereka yang berpengalaman dan jangan sekali-kali bertanya kepada mereka yang gagal. Lihatlah kepada mereka yang sudah berjaya.


Perlu diingat, ternakan ikan perlukan masa dan  kesabaran anda. Ianya satu projek yang berpanjangan. Bagi mereka yang ingin kaya cepat janganlah cuba bidang ini, carilah bidang lain yang sesuai.


Namun syabas dan tahniah sekali lagi kepada mereka yang sudah berjaya dan juga kepada mereka yang kuat semangat untuk memulakan. Semoga anda akan terus berjaya.


** "KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA YANG AKAN TIBA DAN SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH HAJI KEPADA JEMAAH MALAYSIA, SELAMAT PERGI DAN SELAMAT KEMBALI"


Powered by Qumana




Baca Selanjutnya.. (Read More)

PERMINTAAN IKAN KELI DI PASARAN TEMPATAN MENINGKATSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, October 13, 2011

PEMBENIHAN IKAN KELI


KEMATANGAN INDUK sangat penting dalam pembenihan ikan keli. Induk yang kurang matang tidak sesuai untuk pembenihan. Pastikan kedua-dua induk jantan dan betina sudah bersedia untuk dibenihkan. Kebiasaan tanda yang dapat kita perhatikan ialah berdasarkan fizikal ikan tersebut. Bagi jantan, pastikan alat sulitnya betul-betul menonjol. kemerah-merahan. Manakala betina berperut buncit seperti dalam gambar. Perut betina pastikan tidak terlalu keras dan bila diurut perlahan-lahan ke bawah akan mengeluarkan telur berwarna hijau. Berat induk yang terbaik adalah 1 kg ke atas. Penjagaan induk amat dititik beratkan terutama air ternakan dan pemberian makanan yang konsisten dan berkhasiat. 






Baca Selanjutnya.. (Read More)

PEMBENIHAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...