Sunday, May 20, 2012

KOS PENTERNAKAN IKAN KELI

KOS PENTERNAKAN ikan keli bergantung kepada kemahuan penternak itu sendiri. Ada sesetengah  penternak ingin membina kolam yang lebih kukuh seperti kolam konkrit. Ada sesetengah penternak mahu kolam yang luas seperti kolam tanah.

KOLAM TERNAKAN KELI

Sebenarnya itu terpulang kepada anda untuk melaburkan modal anda terhadap ternakan ikan keli.

Bagi mereka yang rasa keliru mana satu kaedah terbaik, di sini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin akan menjadikan anda membuat keputusan.

1. Jika anak benih ditebar dalam satu kolam yang luas, hasilnya akan berkurangan disebabkan sukar untuk memantau. Anak benih perlu digred dalam tempoh 2 minggu.

2. Menebarkan benih dalam satu kolam mempunyai risiko yang tinggi, seandainya kolam tercemar atau serangan penyakit?

3. Menebar dalam satu kolam yang luas, kebaikannya ikan cepat membesar tapi sukar untuk kerja-kerja penuaian.

4. Kolam yang besar agak lambat untuk diservis, isi air pun lambat, buang air pun lambat.

5. Menangkap ikan menggunakan sauk di kolam yang luas amat sukar.

6. Kolam yang besar kos pembuatannya agak besar.

7. Kolam konkrit perlu matikan simen sekurang-kurangnya 2 minggu

8. Kolam konkrit dan tanah tidak dapat dipindah lokasi.

9. Kolam tanah bergantung kepada kondisi air sekitaran. Jika air berasid mungkin tidak sesuai untuk keli.

Namun, saya tidak dapat menyatakan kolam konkrit atau kolam tanah tidak sesuai, itu bergantung kepada kekuatan modal penternak. Apa yang penting di mana-mana media yang kandungan airnya sesuai, ikan keli akan tetap membesar.

Saya tetap menggunakan kolam kanvas atas sebab ia agak murah, mudah dipindah, mudah dipasang. 

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOS PENTERNAKAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, May 16, 2012

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUK

ADA beberapa faktor yang akan menyebabkan kolam ikan keli kita berbau busuk. Namun perlu diketahui, bau organik yang datang dari pereputan plankton bukanlah dianggap ianya berbau. Bau lumpur pula boleh di kategorikan sebagai bau yang normal. Tetapi bau busuk yang terlalu kuat sehingga dapat dihidu pada jarak lebih 30 kaki ianya bolehlah dianggap sebagai bau busuk. Bau busuk yang datang dari kolam keli bukanlah sesuatu yang biasa. Ia hanya berlaku apabila aktiviti mikrob baik yang berfungsi sebagai penghurai sangat kurang dan digantikan dengan ejen pembusuk iaitu bakteria pembusuk dan kemudiannya akan mengundang patogen serta berlaku lambakkan gas ammonia yang tidak terhurai.

Ada beberapa kemungkinan yang selalunya berlaku di mana kita sering terlepas pandang atau sengaja melakukannya. Antaranya:

1. Memasukkan bangkai ke dalam kolam dengan tujuan memberi makan ikan keli.

2. Memberi makan ikan keli dengan benda berdarah seperti ikan segar, kepala ikan, perut ikan, perut ayam dan sebagainya. Air akan cepat busuk dan mengundang patogen pembawa penyakit.

3. Air  kolam anda tidak terdedah dengan matahari. Perbuatan terlalu melindungi kolam dengan menggunakan atap atau sebagainya dapat mengundang bau yang busuk. Ini kerana, tenaga matahari adalah sumber utama yang sangat diperlukan oleh organisma hidup. Tanpa matahari, aktiviti benda hidup akan terbantut.

4. Air terlalu sejuk atau dalam. Biasanya berlaku pada kolam konkrit.

5. Tabiat memberi makan yang berlebihan

 

BEBERAPA KAEDAH YANG DAPAT ANDA AMBIL UNTUK ATASI KOLAM KELI DARI BERBAU BUSUK

1. Jangan masukkan bangkai dalam kolam.

2. Jangan beri makan ikan keli anda dengan benda berdarah. Kalau boleh elakkan. Ikan keli sudah tentu cepat membesar kalau beri makan usus ayam. TAPI, masalah yang timbul, ikan keli anda berbau, lembik, busuk dan daging ikan yang berlemak. Kolam keli anda berbau busuk dan berkuman. Ikan keli anda berkulit pucat, tiada kualiti.

3. Dedahkan kolam anda sekurang-kurangnya 70% kepada kepanasan matahari. Bubuh E.M untuk memperkayakan mikrob baik. Kolam anda akan subur dan masalah bau akan hilang.

4. Dapatkan paras air yang sesuai. Paras air pada kedalaman 1 kaki sudah memadai.

5. Buang tabiat suka bagi makan secara berlebihan. Seperti pada post yang lalu, saya terangkan bahawa ikan keli perlu puasa untuk merehatkan sistem penghadaman. Dengan menggunakan kaedah kesuburan air, anda tidak perlu beri makan dengan secara berlebihan. Ada beberapa ketika, ikan keli boleh beri makan sekali sehari. Memberi makan secara berlebihan akan mengundang bau kolam yang  busuk akibat mendapan sisa pelet. Malahan ianya satu pembaziran.

 

 

 

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUKSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, May 15, 2012

PELUANG PERNIAGAAN IKAN KELI MASIH LUAS

PERMINTAAN ikan keli yang sentiasa tiada surutnya menjadikan ianya satu peluang yang perlu direbut. Bermula dari mejual bibit ikan keli hinggalah kepada restoran yang menjual hidangan ikan keli ianya satu rantaian perniagaan yang panjang.

Peluang perniagaan gerai makan tepi jalan saja masih banyak ruang kosong untuk dipenuhi. Kurangnya perniagaan ini adalah kerana bekalan ikan keli yang belum mencukupi.

Di Indonesia, perniagaan ikan keli sudah semakin popular. Ianya seiring dengan pertumbuhan warung jualan tepi jalan yang menghidangkan ‘pecel lele’ iaitu sejenis menu istimewa di Indonesia. Ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dicontohi.

Selain menghidangkan ayam bakar dan goreng, warung ini juga menghidangkan ‘pecel lele’ iaitu menu ikan keli bersama nasi yang popular di Indonesia.

Perkembangan yang memberangsangkan dengan tumbuhnya warung-warung pecel lele di serata tempat menyebabkan permintaan ikan keli di Jabodetabek, Indonesia sahaja mencapai 100 tan untuk semalam. Itu tidak masuk di Jakarta dan daerah-daerah yang lain. Bayangkan permintaannya untuk 1 bulan.

Perkembangan seperti inilah yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk direbut. Jika pertumbuhan seperti ini dapat berjalan dengan rancak di Sabah, sudah tentu membuka banyak sumber pendapatan terutama kepada para siswazah yang menganggur. Tidaklah hanya mengharap bekerja makan gaji semata-mata.

Di Sabah, perniagaan ini masih dianggap baru dan  usaha untuk mempopularkannya sedang dijalankan. Setiap tahun pihak kerjaan melalui Jabatan-jabatan kerajaan berusaha untuk mempopularkan ikan keli di karnival-karnival tahunan yang dianjurkan, antaranya program ‘makan lebih banyak ikan air tawar’ dan pertandingan memasak ikan keli. Mudah-mudahan dalam tempoh satu tahun atau dua tahun lagi akan tumbuhlah warung-warung atau gerai-gerai makan ikan keli yang menghidangkan menu keli Sabah pula seperti ikan keli panggang dan sebagainya.

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PELUANG PERNIAGAAN IKAN KELI MASIH LUASSocialTwist Tell-a-Friend

BEKALAN IKAN KELI SEGAR DAN BERSIH DARI LADANG KELI SABAH

DAPATKAN bekalan ikan keli yang bersih dan selamat dimakan daripada ladang kami di kampung Binsulok Membakut. Sila buat tempahan awal.
HARGA LADANG RM9.00 PER KG
HARGA BORONG (boleh hubungi kami)

WhatSapp 0168470073 Kami juga menyediakan ikan siap siang dan ikan keli berempah.
KENAPA PERLU BELI IKAN KELI DARIPADA KAMI?
1. Ikan keli yang kami ternak 100% beri makan pelet
2. Cara amalan penternakan yang bersih.
Untuk bekalan sila hubungi :





WhatSapp 0168470073 (En. Man)



Baca Selanjutnya.. (Read More)

BEKALAN IKAN KELI SEGAR DAN BERSIH DARI LADANG KELI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend

PENTERNAK TIDAK BERETIKA BERI MAKAN IKAN KELI BANGKAI AYAM !!

IKAN KELI yang kita ternak adalah untuk dimakan. Apa yang kita bagi makan itu juga yang dimakan oleh ikan keli ini kerana ikan keli bersifat ‘karnivora’. Kolam ternakan adalah 100% di bawah jagaan kita oleh itu Jagalah etika dalam penternakan anda. Perbuatan memberi makan segala bangkai kepada ternakan ikan kita SANGAT-SANGAT dilarang. Bolehkah anda makan ikan yang berbau bangkai?. Sangat menjijikkan dan sangat meloyakan. Kebersihan amat penting demi menjaga mutu kualiti ikan keli. Tidak ada untungnya kalau anda terus-terusan memberi makan ikan keli anda dengan bangkai ayam.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh97GKZCgm5KIvYpbmhdfootAXqAadL55voxsOmEemJc_6OXdaoSkU018mPThzDb3ts2GnpdwvqcyhJ2Ja1EkK_2Bm1FzFVTW5Dx2WPqZV9vcQvNmgNzE0vCCH36QimKjpZDzeiFnijXDCQ/s400/catfish-eating-chicken.jpg

Perbuatan sebegini bukan sahaja pengotor tetapi boleh mengundang berbagai penyakit berjangkit. Jangan jadi masyarakat pengotor. Jangan hanya mau untung semata-mata tetapi aspek kebersihan langsung diabaikan.

Oleh itu, sebelum anda menceburi bidang ternakan ikan keli, sila pelajari dulu tentang etika diri. Amalan kebersihan adalah sebahagian dari penternak. Saya akan sentiasa umumkan kepada orang ramai untuk tidak membeli ikan keli yang diternak memakan bangkai ayam. Pastikan ikan keli yang anda beli datang dari kolam yang bersih dan memakan 100% pelet dan kenali siapa penternaknya.

Ikan keli yang makan bangkai ayam akan mengundang penyakit. Antaranya penyakit gatal-gatal kulit dan sebagainya. Bangkai adalah najis. Oleh itu, jangan makan ikan keli yang makan najis.

TIPS UNTUK MENGENALI IKAN KELI YANG MAKAN NAJIS / BANGKAI

1. IKAN KELI YANG DIJUAL MURAH (SEBAB DIORANG KIRA TIADA KOS MAKAN). HARGA IKAN TU JAUH LEBIH MURAH.

2. IKAN KELI YANG GEMUK TIDAK NORMAL (GEMUK  BERLEMAK)

3.  KULIT PUCAT DAN KALAU PEGANG IA AGAK LEMBIK.

4.  KALAU BERANI CIUM SIKIT BAU DARI MULUTNYA, GERENTI BAU BANGKAI.

5. ISI IKAN BERLEMAK, LEMBIK DAN MELETUP-LETUP KALAU DIGORENG.

Ikan keli yang makan najis sudah semestinya murah tapi TIADA KUALITI.

KAMI TIDAK AKAN SOKONG PENTERNAK KELI YANG BERI MAKAN BANGKAI AYAM ATAU NAJIS.

Jika anda dapati ada penternak yang tidak beretika, sila emailkan saya gambar dan alamatnya. Email kami kelisabah@gmail.com

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PENTERNAK TIDAK BERETIKA BERI MAKAN IKAN KELI BANGKAI AYAM !!SocialTwist Tell-a-Friend

Monday, May 14, 2012

KUANTITI IKAN KELI DALAM SATU KOLAM

KUANTITI ikan atau jumlah ikan keli  yang dapat ditebarkan ke dalam kolam ternakan adalah berdasarkan luas kolam, saiz ikan dan kedalaman air. Namun sehingga kini tiada formula khusus yang boleh diterima pakai dalam menentukan kuantiti ikan yang boleh ditebarkan.

ikan keli sabah

Di sini saya kongsikan dengan penerangan yang mudah, apa yang penting perlu diketahui ialah, semakin padat ikan keli dalam satu-satu media, maka semakin bertambahlah keperluan oksigen. Ini kerana pertambahan benda hidup dapat mempengaruhi bekalan oksigen. Apabila kita menambah kepadatan, kandungan oksigen akan semakin berkurangan dan  pertambahan bahan buangan pula akan semakin meningkat menyebabkan kandungan ammonia meningkat. Ini akan menyebabkan pembesaran ikan akan terbantut. Kadar kematian meningkat.

Untuk tujuan komersial, kepadatan mungkin dapat dilakukan, tetapi oksigen perlu ditingkatkan iaitu dengan menggunakan sistem pengudaraan dan sebagainya. Semakin padat maka semakin banyaklah pengudaraan harus dilakukan.

Tanpa menggunakan teknologi pengudaraan, anda perlu mengurangkan kuantiti ikan keli dalam satu-satu kolam. Saya boleh cadangkan untuk saiz kolam 14 kaki X 6 kaki X 3 kaki tinggi dengan kedalam air 1 kaki, jumlah tebaran adalah sebanyak 800 ekor sahaja untuk saiz 3 inci. Ini akan memberikan banyak ruang untuk ikan keli membesar.

Dengan cara mengurangkan kepadatan, ikan akan cepat membesar dan kadar kematian akan kurang. Semakin luas media atau semakin kurang kepadatan maka semakin cepat ikan membesar. Itu sajalah formula ringkas yang dapat saya kongsikan untuk anda. Apa-apa pun anda bebas mencuba berbagai kaedah, yang penting anda berjaya menghasilkan ikan keli yang berkualiti. Selamat berjaya.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KUANTITI IKAN KELI DALAM SATU KOLAMSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, May 13, 2012

HARGA IKAN KELI DI SABAH

HARGA IKAN KELI dikira berdasarkan kos penternakan.  Semakin tinggi kos penternakan, semakin tinggi juga harga ikan keli. Perlu kita sedar, kos penternakan 5 tahun yang lalu saja pun sudah jauh berbeza. Harga pelet di Sabah kini sudah meningkat Rm3.30 hingga ke Rm3.80 sekilogram. Tempoh pembesaran memakan masa selama 3 ke 4 bulan iaitu 90 hari ke 120 hari.

Berdasarkan segala perkiraan, pihak pemborong dan pihak restoran harus sama-sama memahami dan janganlah mahu untung sahaja tanpa memikirkan titik peluh  penternak. Harus ada  harga lantai yang selaras. Manakala kepada rakan ternak semua, janganlah matikan perniagaan rakan-rakan ternak yang lain dengan melelong ikan keli anda dengan harga yang paling murah. Perbuatan meletakkan harga terlalu rendah sama dengan menjahanamkan perniagaan ikan keli rakan-rakan yang lain.

Perlu ada kerjasama dari semua pihak termasuk pihak kerajaan dalam menangani masalah harga ikan keli. Saya bagi pihak keli sabah akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan kerajaan untuk mempastikan masa depan ternakan ikan keli khususnya di Sabah mendapat perhatian sewajarnya. Kestabilan harga yang berpatutan akan menghidupkan usahawan. Apabila wujudnya usahawan ikan keli dapatlah membantu meningkatkan hasil negara. Kita tidak perlu mengimport ikan dari luar negara. Selain itu, industri ikan keli juga dapat membuka ruang dan peluang untuk generasi yang akan datang. Dengan harga yang menarik, perniagaan ikan keli akan menjadi perniagaan yang menguntungkan dan ramai orang akan berminat menceburinya.

Saya dan anda semua yang terlibat dalam industri ini adalah penentu masa depan ternakan ikan keli di Malaysia dan Sabah khususnya.

Semoga usaha anda semua akan sentiasa mendatangkan hasil serta menjadi sumber ekonomi utama keluarga.

Technorati Tags:

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

HARGA IKAN KELI DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, May 10, 2012

ANTARA SPESIS IKAN KELI DI DUNIA

BANYAK spesis telah direkodkan hasil penemuan saintis dunia terhadap spesis ikan keli. Ada di antaranya sukar ditemui dan hampir pupus. Namun, beberapa usaha telah dilakukan untuk membiakkan ikan keli ini daripada mengalami kepupusan.

ini merupakan antara sebahagian spesis ikan keli yang dapat saya kongsikan kepada tuan-tuan.

Clarias gariepinus antara spesis hibrid yang terkenal dan paling banyak dibiakkan. Spesis ikan keli ini sangat sesuai untuk dikomersialkan kerana pembesarannya yang cepat dan mudah diternak.

Clarias nieuhofi, orang Malaysia memanggilnya keli limbat.

Clarias batra

Clarias lazera

Clarias meladerma (Blackskin catfish)

Clarias leather

Clarias leiacanthus

Clarias batrachus

Clarias stappersii

Clarias Marble

Clarias batrachus (albino)

Clarias fuscus (Chinese catfish)

Clarias nieuhofii

 

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANTARA SPESIS IKAN KELI DI DUNIASocialTwist Tell-a-Friend

KUNCI UTAMA UNTUK BERJAYA DALAM TERNAK KELI

ADA 3 KUNCI UTAMA yang dapat saya kongsikan kepada anda. Sama ada anda setuju atau tidak tapi bagi saya 3 kunci utama inilah yang membawa kepada kejayaan bisnes keli anda.

3 kunci utama ternak keli ketiga-tiga kunci ini perlu ada serentak. Jika kurang daripada di atas, bisnes keli anda pasti tidak ada jalan. Katakanlah anda ada cukup kewangan dan ada peluang tetapi tiada minat, bisnes keli akan lingkup akhirnya. Kalau pun ada minat dan ada peluang tetapi tiada kewangan, minat anda akan jadi angan-angan. Ada peluang, tetapi tiada minat dan tiada kewangan, sudah pastilah bisnes itu bukan untuk anda.

Jadi, pastikan ketiga-tiga kunci ini ada pada anda sebelum cuba menternak ikan keli.

Ramai yang kecundang, rugi beribu-ribu ringgit dalam mencuba menceburi bisnes ikan keli. Kita perlu ingat, duit yang banyak sebagai modal bukan penentu kejayaan dalam bisnes ikan keli.

Salah satu tips untuk pastikan anda memang minat ternak keli ialah dengan mencubanya secara kecil-kecil dengan modal yang rendah. Dalam tempoh penternakan, anda akan dapat melihat kepada diri anda sendiri sama ada minat atau tidak terhadap industri ini. Kenapa minat sangat penting? Sebab, menternak ikan keli memerlukan masa berbulan-bulan untuk pastikan ia berjaya. Jangan harapkan 100% kepada pekerja anda sahaja. Taukeh sendiri kena betul-betul berminat.

Apa-apa pun saya doakan, anda berjaya dalam perniagaan ikan keli.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KUNCI UTAMA UNTUK BERJAYA DALAM TERNAK KELISocialTwist Tell-a-Friend

IKAN KELI SEDAP DIMAKAN

KEPELBAGAIAN dalam menyediakan masakan ikan keli dapat menjadikan ianya satu hidangan yang sangat istimewa. Cara memasaknya juga dapat memberikan kelainan rasa yang sangat sedap. Antaranya ikan keli yang dijadikan fillet dan digrill bersama lada hitam sungguh enak. Di negara barat, hidangan ini adalah antara menu utama kerana di sana mereka sangat mengutamakan cara hidangan. Tidak semestinya masakan bergoreng sahaja.

Ikan keli yang dihiris nipis dengan isinya yang putih dan lembut boleh dijadikan fillet istimewa berbanding ikan yang lain.

Kalau orang barat boleh buat ni, kenapa kita tak boleh. Fillet ini dihiris dengan pisau yang tajam. Dihiris cantik dan menampakkan isi ikan keli yang putih. Cara menyediakan begini juga dapat meningkatkan harga ikan keli tersebut.

Fillet ikan keli yang digrill bersama lada hitam dan ramuan yang lain meningkatkan aroma ikan panggang yang menyelerakan. Menu masakan ini sangat sesuai untuk seisi keluarga. Cara penyediaan begini juga dapat menghindarkan kita dari termakan tulang.

Wow, siapa sangka ikan keli yang kita ternak menjadi fillet yang istimewa. Apa yang penting, kreativiti dalam menyediakan makanan.

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN KELI SEDAP DIMAKANSocialTwist Tell-a-Friend

PANDUAN TERNAK KELI

ADA beberapa faktor yang harus diambil kira sebelum menternak ikan keli sebagai panduan agar segala yang dirancang berjalan dengan baik.

baby reading a book

1. Persiapan diri

2. Kewangan

3. Ruang

4. Mentor / guru

5. Pasaran

 

PERSIAPAN DIRI

Pertama sekali adalah minat yang mendalam terhadap ternakan ikan keli. Minat inilah yang yang menjadi pendorong utama kejayaan anda dan menjadikan anda bertahan dalam perniagaan ini. Minat hendaklah asli bukan kerana ikut-ikutan. Jika tidak, usaha anda akan menjadi hangat-hangat tahi ayam.

Kedua, anda perlu persiapkan diri dari segi ilmu. Sekurang-kurangnya hadiri kursus untuk mnegtahui serba-serbi dan selok-belok mengenai ikan keli. Di samping itu, rajinkanlah diri anda untuk selalu bertanya daripada mereka yang sudah mengusahakannya. Buat analisis anda sendiri untuk menilai kekuatan perniagaan ikan keli ini jika anda usahakan sepenuhnya.

yakinlah kepada diri anda sendiri yang anda boleh buat jauh lebih hebat daripada penternak yang sedia ada. Rancang kerja dan tentukanlah matlamat anda. Contohnya, menetapkan hasil keluaran ikan keli sebanyak 1 tan dalam masa 4 bulan dari sekarang.

KEWANGAN

Di zaman moden ini, serba-serbi mau kena beli. Kos untuk kolam kanvas lebih kurang Rm300. Untuk buat rangka kolam, benih keli, makanan ikan segala-gala perlukan modal permulaan. Menggunakan modal anda sendiri akan menjadikan anda lebih bersemangat untuk berjaya.

RUANG

Perlu ada sedikit ruang untuk anda pasang kolam kanvas.

MENTOR / GURU

Pastikan ada mentor atau guru yang sudi mengajar anda dari A hingga Z terhadap selok-belok ternakan keli. Menjadikan beberapa orang mentor dapat membuka lebih ruang pandangan dan ilmu lebih luas. Anda tidak akan rugi, yang penting kemahuan anda untuk belajar.

PASARAN

Pastikan ada permintaan atau sekurang-kurangnya kita tahu di mana mahu jualkan ikan keli kita. Saya nasihatkan, carilah seberapa banyak rakan ternak. Ia akan membuka lebih banyak ruang pasaran. Dapatkan beberapa orang pemborong tetap anda.

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PANDUAN TERNAK KELISocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, May 9, 2012

INFORMASI TERKINI TERNAKAN IKAN KELI DI MALAYSIA

PENINGKATAN permintaan yang tinggi, merupakan keputusan tinjauan dari semua negeri di malaysia. Secara menyeluruh, permintaan ikan keli kebanyakkannya dipengaruhi oleh permintaan restoran di malaysia dan juga peningkatan penduduk, hidangan menu ikan keli sudah tidak asing lagi di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh permintaan usahawan pemprosesan makanan yang menjadikan ikan keli sebagai sumber produk hiliran seperti serunding ikan keli, sardin keli, keli salai dan sebagainya.

Ikan Keli Salai CILI APIKesan daripada permintaan yang berkembang hebat di Malaysia, lahirlah usahawan-usahawan keli yang tumbuh seperti cwndawan selepas hujan. Pengusaha pelet ikan juga mendapat tempias daripada peningkatan yang mendadak terhadap industri ikan keli.

Sejauh mana peningkatan ini, jawapannya ia akan terus meningkat. Perubahan semasa berkenaan tabiat makan manusia yang beralih kepada ikan berbanding ayam dan daging mendorong kemajuan industri ikan keli.

Peluang yang terpampang ini harus direbut. Penguasaan ilmu terhadap ternakan ini perlu dimiliki oleh setiap penternak. Ramai usahawan yang kecundang disebabkan kekurangan ilmu.

penggunaan kolam kanvas merupakan alternatif terbaik di zaman moden ini untuk memudahkan dan mengurangkan kos. Siapa-siapa saja yang berminat boleh menceburi bidang ini walaupun mempunyai ruang tanah yang sempit. Dengan hanya memasang beberapa kolam kanvas di tepi rumah sudah cukup memberikan hasil untuk keluarga.

Ikan keli mempunyai perkembangan tumbesaran yang cepat jika dibandingkan dengan spesis ikan lain seperti tilapia dan sebagainya. Tempoh penternakan yang singkat iaitu hanya mengambil masa tidak sampai 4 bulan memberi peluang kepada penternak menggandakan pengeluaran dalam setahun.

Ikan keli juga merupakan ikan yang tahan lasak terhadap persekitaran menjadikan ikan ini pilihan terbaik bagi penternak di Malaysia. Isinya yang sedap dan digemari ramai membuatkan permintaan ikan keli tidak akan pupus.

Di Malaysia, potensi ternakan ikan keli akan terus berkembang. Ruang dan peluang di Malaysia masih luas untuk diceburi.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

INFORMASI TERKINI TERNAKAN IKAN KELI DI MALAYSIASocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, May 8, 2012

ANAK PEPATUNG MUSUH UTAMA REGA KELI

TIDAK RAMAI yang tahu bahawa selain katak dan burung, para rakan ternak harus mengetahui bahawa anak pepatung juga merupakan musuh utama rega keli yang berumur 1 minggu ke bawah.

Pernahkah anda melihat serangga ini merangkak-rangkak dalam kolam anak ikan keli anda?

pepatungMakhluk Ini sebenarnya adalah anak pepatung. Ia hidup di dalam air dan mengambil masa untuk keluar dari air menjadi pepatung dewasa. Dalam tempoh pembesarannya, anak pepatung ini perlukan makanan yang cukup, antaranya termasuklah anak-anak ikan.

kitaran pembiakan pepatungPepatung dewasa akan bertelur dipermukaan air dan meninggalkan banyak telur.   Dalam masa beberapa hari telur ini akan menetas dan melahirkan anak pepatung yang hidup di dalam air untuk tempoh tertentu. pepatung bertelurAnak pepatung akan memangsa rega keli yang masih kecil. Jika terdapat begitu banyak anak pepatung, para penternak harus membuangkannya sebelum ia memangsa rega keli anda dengan lebih banyak.

CARA MENGATASINYA

Di sini saya ada beberapa tips untuk mengelakkan atau mengurangkan berlakunya serangan anak pepatung ini. Antaranya dengan memasang jaring halus pada kolam anak benih. Kedua, jangan sediakan air kolam untuk rega keli terlalu awal. Penyediaan kolam rega yang terlalu awal akan memberi peluang pepatung untuk bertelur. Saya biasanya menyedian air kolam 12 -24 jam lebih awal.  Jika ada pepatung yang bertelur selepas  penetasan rega keli, ini dapat memberi peluang rega keli akan memangsa telur pepatung tersebut. Ini akan mengurangkan atau menghapuskan pembiakan pepatung dalam kolam disamping telurnya pula menjadi sumber makanan anak ikan keli.

Selamat menternak ikan keli



Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANAK PEPATUNG MUSUH UTAMA REGA KELISocialTwist Tell-a-Friend

POTENSI PERNIAGAAN IKAN KELI

PERNIAGAAN ikan keli mempunyai potensi yang cukup baik dan akan terus berkembang. Ini kerana, ikan keli merupakan sumber protein ikan air tawar yang sentiasa diperlukan. Peningkatan permintaan terhadap ikan ini sejajar dengan keperluan makanan untuk manusia. Ianya tetap akan berkembang maju dari hari ke hari.

ikan keli

PENINGKATAN HARGA IKAN KELI TAHUN 2012

Berlaku sedikit peningkatan dari segi harga ikan keli dalam tahun 2012. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan, harga pelet dipasaran dan kurangnya bekalan.

Kestabilan harga ini perlu dikekalkan demi menjamin keuntungan setiap penternak. Oleh itu, pihak pembeli dan pengguna harus juga memahami bahawa peningkatan ini adalah berdasarkan kepada kos semasa.  Kerjasama di antara penternak, pemborong dan pengguna harus ada demi kestabilan harga ikan keli di pasaran. Harus diingat bahawa bekalan ikan keli sangat terhad oleh itu perbuatan melelong dengan harga yang cukup murah harus dihentikan.

Perbuatan menawarkan harga ikan keli di tahap yang cukup murah berbanding kos ternakan merupakan perbuatan yang sia-sia dan merugikan semua pihak. Oleh itu, saya nasihatkan kepada penternak ikan keli, jangan jual harga yang terlalu murah kepada mana-mana pemborong kerana ia akan merugikan anda. Kebanyakkan pemborong ikan tidak memahami proses penternakan. Pemborong ikan hanya ingin mengaut keuntungan yang cepat, manakala penternak pula bermandi keringat membesarkan keli selama 2 ke 3 bulan.

Untuk mengelakkan ini berlaku, saya dan rakan ternak yang lain bersetuju untuk menetapkan harga ikan keli di Sabah. Ini bertujuan untuk menyelamatkan industri ini daripada lingkup. Usaha untuk menstabilkan harga adalah usaha kerjasama daripada semua pihak.

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

POTENSI PERNIAGAAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Monday, May 7, 2012

TERNAK KELI MESTI DENGAN MINAT

MINAT perlu ada dalam menternak ikan keli. Jika anda hanya mengharapkan keuntungan sahaja tanpa minat, lama-kelamaan anda akan mula bosan dan beralih ke perniagaan yang lain. Minat yang mendalam harus ada untuk memulakan ternakan ikan keli. Ini kerana, ternakan ikan keli pada awalnya agak leceh dan banyak dugaan yang harus ditempuh. Namun bagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam, perniagaan ikan keli semakin maju dan terus maju.

http://kelisabah.blogspot.com/ Tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan dengan usaha yang dimulakan dengan langkah pertama. Hanya dengan langkah pertama akan membawa kita ke destinasi yang jauh dan berjaya. Setiap langkah ada cabaran dan hanya dengan minat mendalam sahaja dapat mengatasi segala dugaan dan cabaran.

Bagi mereka yang ingin memulakan ternakan ikan keli, persediaan harus ada dan matlamat untuk menjadi usahawan ikan keli yang berjaya harus difokus. Seperti yang saya katakan tadi, tiada jalan pintas untuk berjaya melainkan dengan usaha demi usaha.

Dengan minat yang mendalam terhadap ternakan ikan keli, segala cabaran dan dugaan akan ditempuh dengan keseronokan dan senantiasa menajdi pedoman untuk berjaya. banyakkan doa dan tingkatkan usaha. Syaratnya, mesti mempunya kekuatan mental dan banyakkan bersabar.

http://kelisabah.blogspot.com/Sebelum bermula, pastikan anda betul-betul minat dengan menternak ikan dan minat sangat dengan kolam. Menjadi penternak ikan keli, air, kolam dan anda tidak dapat dipisahkan. Mulakan ternakan anda dengan rasa suka dan seronok.

Pada permulaan, jangan terlalu berharap dengan keuntungan, tapi percayalah, jika anda bertahan dalam perniagaan ini, keuntungan pasti datang mencurah-curah.

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

TERNAK KELI MESTI DENGAN MINATSocialTwist Tell-a-Friend

NENEK BUTA PANCING IKAN KELI GERGASI

KELI GERGASI

GAMBAR yang disiarkan di akhbar daily Telegraph menunjukkan Penfold bergambar dengan ikan keli yang ditangkapnya.

BARCELONA – Seorang nenek berusia 54 tahun dari Britain dan buta sebelah matanya, Sheila Penfold mencipta rekod untuk wanita apabila dia berjaya memancing seekor ikan keli terbesar seberat 97 kilogram (kg) di Sepanyol, lapor akhbar Daily Telegraph semalam.

Dia yang dibantu suaminya, Alan, dan anaknya, Arthur memancing ikan, mengambil masa selama 30 minit bergelut untuk menariknya ke atas tebing semasa dia memancing di Sungai Ebro dekat sini baru-baru ini.

Jawatankuasa Rekod Perikanan Britain mengesahkan, tangkapan itu adalah yang paling besar dilakukan oleh seorang wanita Britain mengatasi rekod sebelum ini oleh Bev Street, 46, yang pernah memancing ikan keli dengan berat 32kg.

Ia juga merupakan rekod bagi wanita yang memancing ikan di Sepanyol namun keluarga itu melepaskan ikan tersebut kembali ke dalam sungai.

Keluarga tersebut yang tinggal di Wandsworth, London mendakwa ikan keli itu berukuran 2.48 meter panjang dan mereka memancing dari tebing sungai dengan menggunakan tiga batang joran yang berasingan. – Agensi

kredit : kosmo.com.my



Baca Selanjutnya.. (Read More)

NENEK BUTA PANCING IKAN KELI GERGASISocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, May 6, 2012

KELI MENTEGA

KELI MENTEGA ATAU KELI KACA. Memang pelik. Atau nama saintifiknya ‘Ompok bimaculatus’. Ikan keli ini boleh didapati secara meluas di seluruh kawasan Asia dari sungai di Afghanistan ke China, Thailand dan Borneo.

Two-spot Glass Catfish, Glass Catfish or Butter Catfish 

Scientific name: Ompok bimaculatus
Common names: Two-spot Glass Catfish, Glass Catfish or Butter Catfish
Family: Siluridae or Sheathfishes
Size: 450mm SL (standard length is the measurement from the tip of the snout to the base of the caudal peduncle).
Synonyms: Silurus bimaculatus, Callichrous bimaculatus, Pseudosilurus bimaculatus, Ompok bimaculatus, Phalacronotus siluroides, Ompok siluroides, Ompok canio, Silurus canio, Schilbe pabo, Silurus chechra, Silurus duda, Callichrus affinis, Callichrus immaculatus, Callichrus nebulosus, Wallago microcephalus, Silurus mysoricus, Silurus indicus, Callichrous gangeticus, Callichrous macrophthalmus, Callichrous sindensis, Wallago miostoma, Ompok sindensis.
Natural habitat: Widespread throughout Asia in the rivers of Afghanistan to China, Thailand and Borneo.
Aquarium size: 72” x 24” x 24”
Temperature: 20-26°C
pH: 6.0-8.0
Hardness: 4-28°dGH
Sexual differences: The males tend to be more slender than the females and are described as having serrations on the posterior edge of the pectoral fin spines, whilst the female’s pectoral fins lack these serrations.
Breeding: There are no known documented spawnings of this catfish in aquaria, which is most likely due to the fact that this catfish is rarely imported and also due to the size of aquarium required. Whilst there are no documented aquarium spawnings it is documented that these catfish are bred in India using hormone injections.
Diet: The natural diet of this catfish includes vegetable matter, fish, crustaceans and molluscs. In captivity these catfish readily accept catfish pellets, prawns and frozen foods.
Compatibility: Ompok bimaculatus is described as being peaceful but, has quite a large mouth, and it is for this reason that I would suggest that you keep this catfish as part of a shoal of its own kind or with other large species of fish.
Colouration: The base colour of the body is brown, which is usually marmorated or blotchy with a conspicuous round black blotch above and behind the pectoral fin base. The second of the two spots is at the base of the caudal peduncle hence the name Ompok bimaculatus!
Body: The body is elongated? The dorsal fin is described as being small and has a total of 4 soft rays, whilst the anal fin which is described as being long has a total of 54-74 soft rays. The pelvic fins are described as being small with 7-8 soft rays. The pectoral fins have 12-14 soft rays. The caudal fin is forked. Ompok bimaculatus has two pairs of barbels; one pair of maxillary barbels which reach the reaching anal fin; and one pair of mandibular barbels which are described as being small in length. The eyes are small and are covered by skin. Ompok bimaculatus is described as having vomerine teeth in 2 patches.

Technorati Tags: ,



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KELI MENTEGASocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, May 5, 2012

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYU

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

IDEA untuk membina kolam bertingkat ini datang apabila seluruh ruang tepi rumah sudah padat dengan kolam kanvas. Ternyata idea ini tidak sia-sia kerana ia mampu mengasuh anak benih keli dan puyu tanpa menghadapi sebarang masalah. Anak benih pula akan diasuh sehingga mencapai saiz ideal iaitu sekurang-kurangnya 2 inci sebelum dialih ke kolam asuhan kedua.

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Percubaan untuk membina kolam kanvas bertingkat yang pertama, kami membinanya dengan saiz kolam 1 kaki setengah X 1 kaki setengah sebanyak 5 petak bagi setiap tingkat dan boleh dibuat sebanyak 3 aras atau boleh lebih mengikut keperluan anda. Saluran air keluar kami pasangkan di setiap kolam supaya air hujan tidak memenuhi kolam. Ruang setiap kolam dapat memuatkan kira-kira 200 ekor benih keli dan juga benih puyu. Ini bermakna, benih bagi setiap tingkat ada sebanyak 1000 ekor.

kolamm bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Selain menjimatkan ruang, kebaikkan menggunakan kolam-kolam kecil dapat mengurangkan kematian anak benih yang disebabkan oleh masalah kanibal. Kadar hidup juga lebih tinggi berbanding dengan melepaskan keseluruhan anak benih dalam satu kolam.

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYUSocialTwist Tell-a-Friend

Friday, May 4, 2012

IKAN KELI KAMPUNG

IKAN KELI KAMPUNG ada berbagai spesis di seluruh dunia. Berikut merupakan spesis yang ditemui di kawasan Asia.

Ikan Keli Spesis Asia:

SUMBER:  http://en.wikipedia.org/wiki/Clarias

Berikut adalah salah satu spesis yang kami ternak di ladang ikan keli kami. Saya kurang pasti ia dari spesis mana, cuma orang panggil dia ikan keli kampung. Ianya agak berbeza sedikit dari ikan keli Afrika hibrid. Dari segi bentuk badannya agak memanjang berwarna agak kekuningan. Mempunyai corak titik-titik seakan-akan mata timbangan kati di badannya.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.com Ikan keli kampung ni agak agresif dan suka meloncat. Otot-otot badannya memang kuat. Dari khasiat, ikan keli kampung mempunyai unsur-unsur perubatan tradisional antaranya dapat mengembalikan tenaga, meningkatkan tenaga syawat (batin) lelaki. Mempunyai rasa yang lemak ikan keli yang asli. Bahagian yang paling lemak dan sedap ialah di bahagian sirip tepi dan sedap dibuat sup ikan keli. Patil ikan ini pula agak berbisa bagi sesetengah orang.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.comPengalaman kami membenih ikan ini secara aruhan, mendapati kantung spermanya agak kecil dan berwarna kemerahan. Kuantiti telur dalam anggaran 1000 – 3000 biji sahaja. Saiz telur agak besar sedikit berbanding telur ikan keli afrika hibrid. Kadar penetasan agak lambat melebihi 24 jam. Telur kuningnya besar. Rega agak lambat membesar tapi kanibal agak kurang.

Ikan keli kampung perlukan tempoh masa yang agak panjang berbanding keli afrika untuk membesar. Ianya perlukan masa paling kurang 8 – 12 bulan untuk dituai. Makanan yang paling digemari ikan ini ialah isi kelapa sawit tetapi ia dapat dilatih memakan pelet. Ikan keli kampung agak pemalu dan suka bersembunyi di sebalik rimbunan yang sejuk dan kurang cahaya.

Bekalan ikan ini sukar diperolehi dan hanya menunggu musim tertentu untuk mendapatkan bekalan. Inilah yang menyebabkan harga ikan keli kampung di Sabah tinggi iaitu sekitar Rm18.00 – Rm25.00. Manakala permintaan bagi ikan keli kampung senantiasa ada. Kaedah penjualan yang popular di sabah ialah menjualnya di tamu-tamu hujung minggu.

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN KELI KAMPUNGSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, May 3, 2012

SUP IKAN KELI

image 

SUP IKAN KELI, resipinya ini saya kongsikan dari blog http://abgjayrecipes.blogspot.com .

Resipi ini tentunya sangat sedap untuk anda mencuba.

Resepi saya kali ini ialah Sup Keli... Mendapat ilham sesudah merasai sup belut, jadi saya telah memodifikasi menu ini kepada sup ikan keli kerana isinya agak sama dengan belut... Hehehe~

BAHAN-BAHAN :

Bawang besar

Bawang putih

Halia

Serbuk lada hitam

Kulit kayu manis

Buah pelaga

Bunga lawang

Daun bay

Bunjut sup

Ikan keli

Garam

Air

*bahan2 yang diwarnakan merah diatas perlu dikisar sekali...

**********

CARA-CARA MEMBUATNYA

Ikan keli yang telah dibasuh.

Antara bahan-bahan.

Masukkan bawang putih, bawang besar dan halia ke dalam pengisar.


Kemudian diikuti serbuk lada hitam juga dimasukkan ke dalam pengisar.


Rupa bahan yang telah dikisar.. hehehe

Buka api dan panaskan periuk.

Masukkan minyak masak.

Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga ke dalam periuk.

Biarkan sehingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah dikisar tadi.

Bahan yang dimasukkan dikacau.


Ouh... terlupa... Masukkan daun bay juga... hehehe

Kemudian masukkan air ke dalam periuk.

Dan masukkan bunjut sup ke dalam periuk.

Garam secukup rasa.

Kemudian di kacau lagi.

Masukkan pulak ikan keli.

Diikuti daun sup.


Kuah sup dirasai dengan menggunakan sudu.

Tadaaaaa~ Masakan sedia untuk dihidang...

SUMBER: http://abgjayrecipes.blogspot.com/2010/10/sup-ikan-keli.html



Baca Selanjutnya.. (Read More)

SUP IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...