APA KHABAR kepada semua penternak ikan keli. Sudah lama saya tidak update blog atas kesibukan. Selama beberapa bulan ini, ramai penternak yang bertanya kepada saya samada terus melalui telefon ataupun yang datang ke ladang. Tahniah kerana semangat dan komitmen anda untuk menceburi bidang ternakan ikan keli ini. Memang sudah tidak asing lagi di Sabah terhadap permintaan ikan keli ini.
Ramai yang bertanya mengenai rahsia atau teknik pembenihan ikan keli. Ada banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh penternak. Namun kaedah yang paling popular dan cepat ialah teknik pembenihan secara aruhan. Teknik ini sangat komersial dan sering digunakan oleh peladang ikan keli secara besar-besaran. Ini kerana dengan teknik aruhan, kita muda untuk menganggar kuantiti anak benih ikan keli yang akan kita keluarkan. Teknik aruhan juga mudah dilakukan, dengan memahami langkah-langkah pembenihan, ianya boleh membawakan hasil yang baik.
Perlu difahami, ikan keli betina yang matang gonad (kantung telur) apabila ia mencecah umur 3 atau 4 bulan. Berat induk pada umur ini biasanya lebih kurang 300 gram. Dengan memerhatikan bentuk perut, mengeluarkan sedikit telur dengan menggunakan tiub atau mengurut perut induk secara perlahan ke arah kelamin. Perhatikan telur tersebut, biasanya telur akan berwarna hijau agak pekat bagi yang sudah matang atau hijau kekuningan cerah bagi yang belum seberapa matang.
Telur yang matang iaitu berwarna hijau agak pekat perlu melalui proses perangsangan agar kuning telur membesar dan bersedia untuk dimasuki sperma jantan. Tahap inilah yang menetukan samada pembenihan tersebut menjadi ataupun tidak. Sebelum itu, induk jantan yang berukuran atau berumur lebih kurang sama dengan induk betina. Induk jantan hendaklah dipastikan sihat, tidak cacat. Pergerakkan yang agresif dan badan yang berkilat menunjukkan ikan tersebut berada dalam kondisi yang baik.
RANGSANGAN
Ini sangat penting. Setelah kita pastikan gonad ikan keli betina dalam keadaan matang iaitu agak membesar dan melihat contoh telur yang dikeluarkan berwarna agak hijau pekat, ianya menunjukkan induk ini sudah bersedia untuk dibenihkan tetapi hendaklah melalui proses rangsangan.
Di alam semulajadi, ransangan kebiasaannya berlaku pada waktu malam di mana beberapa ritual mengawan akan dilakukan oleh kedua-dua induk namun ianya harus berada lingkungan yang menyenangkan bagi induk. Tanpa gangguan, sunyi dan pada kedalaman air yang sesuai.
Tapi, untuk lebih komersial dan cepat, pengusaha moden lebih suka menggunakan teknik rangsangan bantuan. Ia menjanjikan lebih 95% kejayaan jika dibuat dengan betul. Sejenis cecair yang dipanggil hormon ovaprim disuntik dengan dos 0.5/kg bagi betina dan 0.25/kg bagi induk jantan. Kedua-duanya dipisahkan pada bekas yang terasing selama tempoh lebih kurang 8 jam untuk proses perangsangan. Selepas itu dapat dilakukan pengurutan telur seperti yang saya telah terangkan pada post yang lalu.
HORMON OVAPRIM
Penggunaan hormon ini sangat membantu dalam proses pembenihan secara aruhan. Bagi mereka yang mencari hormon ini bolehlah menghubungi saya 019-8428689 (En. Man) bergantung kepada stok yang sedia ada.
HARGA RM 135 / BOTOL (10 ML) TERMASUK POS
Pertanyaan stok dan order hormon ovaprim sila WhatSapp di nombor: 011-12690801 (en. Man)
1 comments:
En man sy nk tanye skit.. Boleh sy gunekn utk ikan mas tk? N lg stu klo n suntik nk suntik kt mn en man.. Boleh jelas kn..
Post a Comment