Monday, March 25, 2013

ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'

IKAN PUYU atau IKAN KARUK dalam panggilan orang Sabah, banyak terdapat di paya-paya atau parit-parit yang terbiar. Rasanya yang enak dan mempunyai unsur perubatan serta amalan mistik menghalau gangguan jin dan ilmu jahat menjadikan ikan puyu sangat digemari. Ini adalah faktor yang dapat meningkatkan harga ikan puyu. 


Oleh kerana harganya serta permintaannya yang tinggi, menjadikan ikan puyu menjadi pilihan ramai penternak untuk dikomersialkan. Ikan puyu lazimnya sangat mudah diternak kerana ikan ini sangat tahan pada kondisi air yang berbagai. Pada air yang kurang oksigen pun ikan ini mampu hidup dan membiak. Ini yang menjadikan ikan karuk atau puyu ini sangat unik.

Ikan puyu akan mulai matang pada usia 5  - 6 bulan. Pada peringkat ini, induk mulai mengeluarkan telur dan anak-anak ikan puyu akan menetas pada air yang jernih selepas hujan. Anak ikan puyu yang sangat halus sangat mudah dimangsa oleh ikan-ikan lain seperti ikan haruan, keli dan sebagainya.


Anak ikan puyu yang berusia 3 minggu ke bawah sangat agresif dan sangat kuat memangsa sesama sendiri. Keadaan di mana pembesaran anak puyu yang tidak sekata memudah ikan yang dahulu membesar memangsa ikan yang lebih kecil. Faktor ini adalah penyebab utama anak ikan puyu semakin berkurangan sehingga yang tinggal tidak sampai 5 %. 

Faktor makanan atau nutrisi makanan yang tidak seimbang juga menjadikan anak ikan puyu membesar berperingkat-peringkat dan tidak sekata. Makanan yang lebih sesuai untuk anak puyu yang sangat kecil adalah artemia atau artemia serbuk. Ia mengandungi protein yang sangat tinggi untuk membantu tumbesaran ikan puyu.


Penternak yang ingin menceburi penternakan ikan puyu perlu mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman terutama yang berkaitan dengan makanan anak ikan yang masih kecil serta keperluan air.




ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'SocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...