Ada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi saya penggunaan kolam kanvas lebih bagus, kos murah, senang dipasang dan senang dialih. Berdasarkan pengalaman, satu kali pengeluaran pun sudah balik modal kolam. Kolam kanvas ni boleh tahan agak lama juga iaitu lebih kurang 4 - 5 tahun mengikut cara penggunaan dan penjagaannya.Satu kolam kanvas berukuran 7 kaki X 11 kaki X 2.5 kaki tinggi boleh memuatkan sebanyak 1000 ekor anak benih sehingga berukuran 150 gram. kalau untuk anak benih yang kecil ( pembesaran dari 1/2 inci sehingga 3 inci) boleh isi sehingga 4000 - 5000 ekor. Kos bagi satu kolam berukuran tersebut lebih kurang Rm400.00 sahaja termasuk tali pengikat dan kos rangka kayu.
Penternakan ikan keli dalam kanvas menggunakan teknik yang betul dapat menghasilkan ikan keli yang sihat dan enak dimakan.
0 comments:
Post a Comment