Friday, May 4, 2012

IKAN KELI KAMPUNG

IKAN KELI KAMPUNG ada berbagai spesis di seluruh dunia. Berikut merupakan spesis yang ditemui di kawasan Asia.

Ikan Keli Spesis Asia:

SUMBER:  http://en.wikipedia.org/wiki/Clarias

Berikut adalah salah satu spesis yang kami ternak di ladang ikan keli kami. Saya kurang pasti ia dari spesis mana, cuma orang panggil dia ikan keli kampung. Ianya agak berbeza sedikit dari ikan keli Afrika hibrid. Dari segi bentuk badannya agak memanjang berwarna agak kekuningan. Mempunyai corak titik-titik seakan-akan mata timbangan kati di badannya.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.com Ikan keli kampung ni agak agresif dan suka meloncat. Otot-otot badannya memang kuat. Dari khasiat, ikan keli kampung mempunyai unsur-unsur perubatan tradisional antaranya dapat mengembalikan tenaga, meningkatkan tenaga syawat (batin) lelaki. Mempunyai rasa yang lemak ikan keli yang asli. Bahagian yang paling lemak dan sedap ialah di bahagian sirip tepi dan sedap dibuat sup ikan keli. Patil ikan ini pula agak berbisa bagi sesetengah orang.

ikan keli kampung - http://kelisabah.blogspot.comPengalaman kami membenih ikan ini secara aruhan, mendapati kantung spermanya agak kecil dan berwarna kemerahan. Kuantiti telur dalam anggaran 1000 – 3000 biji sahaja. Saiz telur agak besar sedikit berbanding telur ikan keli afrika hibrid. Kadar penetasan agak lambat melebihi 24 jam. Telur kuningnya besar. Rega agak lambat membesar tapi kanibal agak kurang.

Ikan keli kampung perlukan tempoh masa yang agak panjang berbanding keli afrika untuk membesar. Ianya perlukan masa paling kurang 8 – 12 bulan untuk dituai. Makanan yang paling digemari ikan ini ialah isi kelapa sawit tetapi ia dapat dilatih memakan pelet. Ikan keli kampung agak pemalu dan suka bersembunyi di sebalik rimbunan yang sejuk dan kurang cahaya.

Bekalan ikan ini sukar diperolehi dan hanya menunggu musim tertentu untuk mendapatkan bekalan. Inilah yang menyebabkan harga ikan keli kampung di Sabah tinggi iaitu sekitar Rm18.00 – Rm25.00. Manakala permintaan bagi ikan keli kampung senantiasa ada. Kaedah penjualan yang popular di sabah ialah menjualnya di tamu-tamu hujung minggu.

Technorati Tags:

IKAN KELI KAMPUNGSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...