Monday, November 7, 2011

KELI DARI KOLAM KANVAS BERI HASIL LUMAYAN

HASIL IKAN KELI DARI KOLAM KANVAS


 LAIN ORANG LAIN PENDAPAT, itulah pengalaman saya dalam menternak ikan keli ni. Ramai pengunjung yang datang beri pendapat yang berbeza tentang cara menternak ikan keli ni. Tapi apa-apa pun bagi saya menternak ikan keli dalam kolam kanvas tetap beri hasil yang lumayan. Kos yang jimat. Namun ada beberapa rahsia yang perlu kita ketahui dalam menternak ikan keli dalam kolam kanvas ni.

 Inilah sebahagian kecil hasil dari kolam kanvas. Tempoh pembesaran 2 bulan setengah. Dengan cara yang betul kita akan dapat hasil yang lumayan.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

KELI DARI KOLAM KANVAS BERI HASIL LUMAYANSocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, November 3, 2011

PAMERAN IKAN KELI


Benih ikan keli saiz 1 inci setengah turut dipamerkan. Alhamdulillah nasib baik benih tu tak stress sebab dalam khemah tu panas.
Tidak disangka ramai juga pengunjung menyerbu gerai pameran dan jualan kami. Antara produk yang kami pamerkan ialah ikan keli segar, keropok ikan keli, benih keli, peralatan kolam kanvas, E.M dan sebagainya. Mau buat keli panggang tapi tidak dibenarkan sebab takut kena asap. Akan datang kami akan cuba bawa keli berempah, keli lalap (resipi Sabah) dan nugget keli.

 Antara sebahagian pengunjung yang begitu berminat untuk menternak ikan keli. Penat juga layan pengunjung sepanjang pameran tapi seronok sebab dapat ramai kenalan rakan ternak. Banyak juga soalan yang ditanya. Soalan yang paling kerap ditanya "macamana nak pelihara keli ni dan berapa lama tempoh dia besar sampai saiz makan?". Jawap.. jangan tak jawab...

Ini kolam kanvas yang kami pamerkan. Bawa saiz yang kecil saja iaitu saiz 6 kaki X 6 kaki X 3 kaki tinggi. Mau bawa yang besar tu tak larat lah. Mau pasang pun tiada ruang. Saja nak kita tunjuk kolam kanvas ni sebab di Sabah ni ramai penternak yang belum kenal kolam kanvas. Banyak pertanyaan dan banyak jawapan kita kena bagi. Apa boleh buat mau jadi sifu keli ni bukannya senang tapi Al hamdulillah ramai pengunjung yang memahami dan bercadang untuk ke ladang kami pula

 Antara produk istimewa yang kami bawa masa pameran tu ialah KEROPOK IKAN KELI SEGERA. Keropok ni kami buat sendiri dari ikan keli segar dari ladang dan diadun dengan begitu rapi, diolah rasanya sehingga menjadi keropok keli yang rangup. Tak percaya boleh cuba. Rasa lemak OMEGA nya begitu terasa. Rasa memang sedap dan yang pentingnya inilah produk yang paling laris masa pameran tersebut. Bagi mereka yang berminat untuk memasarkan keropok ini bolehlah telefon saya (en. man) 0198428689.
 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PAMERAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...