Thursday, October 29, 2009

KELI DARI KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKAN

Mengecewakan, inilah masalahnya apabila kita terlalu membiarkan penternak yang tidak beretika dan yang hanya ingin mengaut keuntungan duit semata-mata tanpa menghiraukan halal haram dan tidak menghormati masyarakat di negara ini yang majoritinya adalah beragama Islam menguasai pasaran. Bukan sahaja produk yang dikeluarkan itu tidak berkualiti, kotor dan sebagainya malahan merosakkan harga pasaran ikan keli kerana secara tidak langsung mereka sewenang-wenangnya menjatuhkan harga ikan tersebut hingga ke paras yang paling minima. Apa tidaknya, keli yang mereka ternak tidak menggunakan kos, hanya memakan buangan dari binatang haram ia sudah cukup untuk membesar dan dijual. Akibatnya, pengguna sendiri. Pada pendapat saya, mungkin bukan sahaja dari segi haramnya, juga yang membimbangkan kesan kotoran tersebut mungkin akan membawa penyakit yang merbahaya pada masa panjang. Diharap hal ini dipandang serius oleh pihak kerajaan dan mengambil tindakan kepada mereka yang melanggar etika.

Berikut adalah petikan yang diambil dari Kosmo:
KELI YANG DITERNAK DARI AIR SISA KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKAN

KUALA LUMPUR - Ikan keli yang diternak di 10 kolam ternakan di Perak yang 
didakwa menggunakan air sisa kumbahan ladang ternakan babi adalah haram dan 
tidak boleh dimakan oleh umat Islam.

Menurut penceramah bebas, Datuk Mohd. Daud Che Ngah, ikan keli tersebut secara
automatik telah memakan pelbagai sisa najis babi daripada air sisa kumbahan
yang disalurkan terus ke kolam ternakan itu.

Katanya, apabila warna, rasa dan rupa air tersebut telah berubah, maka air
tersebut sudah menjadi najis Mughallazah iaitu najis paling berat dalam Islam.

"Jika jumlah kolam yang terima air sisa kumbahan dari ladang babi itu banyak,
maka ikan yang hidup di dalam kolam dan seterusnya memakan sisa kumbahan itu
adalah secara automatik haram dimakan," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang
pengusaha ternakan ikan keli di Perak yang didakwa menggunakan air kumbahan
dari ladang ternakan babi untuk ternakan ikan itu di 10 buah kolam miliknya.

Sisa dan air kumbahan yang disalurkan ke kolam itu dipercayai mendap ke bawah
dan menjadi makanan ikan manakala mendapan itu pula menyebabkan permukaan kolam
seolah-olah diselaputi lumut.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid pula berkata, ikan
keli itu akan menjadi haram jika makanan ikan peliharaan itu sejak dari kecil
hingga dewasa terdiri daripada sisa kumbahan babi.

"Jika itu keadaannya, ia sudah menjadi darah daging kepada ikan-ikan tersebut
dan hal ini diputuskan haram kerana sukar untuk dipisahkan antara najis dan
ikan-ikan tersebut," tegas beliau.




KELI DARI KUMBAHAN BABI HARAM DIMAKANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...