Sunday, December 20, 2009

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010

SELAMAT tahun baru kepada semua penternak ikan keli di seluruh dunia (di Malaysia khususnya) semoga tahun baru yang kita tempuh akan memberi semangat baru bersama azam baru yang lebih mantap berbanding tahun yang sudah. Semoga di tahun baru ini akan bertambahlah hasil ikan keli yang diternak, insya Allah. Semoga projek akan berkembang dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin melonjak. Ingatlah, manusia semakin hari semakin bertambah, ini bermakna keperluan makanan turut bertambah khususnya permintaan ikan yang membekalkan protein untuk manusia. Ingatlah, cuaca dunia semakin panas akibat kerakusan manusia menyebabkan lautan semakin terancam. Ikan di laut berkurangan kerana terumbu karang semakin musnah. Sungai tercemar akibat sisa-sisa toksik hasil buangan industri. Manusia pula perlu makan ikan segar. Oleh itu, kitalah menjadi peranan di tahun baru ini sebagai penternak untuk memenuhi keperluan protein khususnya di Malaysia. Semoga usaha kita semua akan membantu negara mengurangkan kebergantungan import ikan dari luar, insya Allah. Jadilah penternak yang beretika dan mengamalkan cara ternakan yang sihat, mesra alam dan yang paling penting 'halal'. 

SEBAGAI penternak, jangan takut kepada kegagalan kerana selepas itu anda akan berjaya.
 Berikut adalah kata-kata hikmah untuk dikongsi bersama yang aku petik daripada buku catatan harianku. Renung-renungkanlah.


"kejayaan adalah hasil usaha selepas mengatasi kegagalan"

"atasi kegagalan menuju kejayaan"

"kegagalan adalah hasil usaha kita menuju kejayaan" 

"semakin banyak mencuba, semakin banyak kita temui kegagalan dan semakin kita atasi kegagalan itu semakin banyak formula kita temui dan semakin mudah kita menuju kejayaan"

"orang yang berjaya adalah orang yang telah mendapat banyak kaedah mengatasi masalah selepas mengatasi banyak kegagalan"

"orang yang gagal dan bangun semula adalah orang yang akan berjaya"

"orang yang tidak menemui kegagalan adalah orang yang malas mencuba"

"jika setiap usahaku belum menemui kegagalan aku belum dapat mengatakan usahaku itu satu kejayaan"

"kegagalan Vs Kejayaan"

"orang yang malas, bukanlah orang yang gagal dan bukan pula orang yang berjaya"

"orang yang berani gagal adalah orang yang berani untuk berjaya"

"kejayaan itu ada dalam kegagalan, oleh itu carilah dan atasi kegagalan dan anda akan berjaya"

"orang yang takut gagal adalah orang yang tidak akan pernah berjaya"


"Kejayaan itu bermula dari kegagalan"


"jangan takut buat silap, kerana selepas itu anda akan pandai"


"orang yang takut buat kesilapan adalah orang yang tidak akan pandai-pandai"


"jangan malu buat silap tapi malulah kerana anda takut mencuba"


banyak lagi kata-kata hikmah yang kucatit semasa proses pembelajaran ku sebagai penternak keli, insya Allah nanti akan ku tambah dari masa ke semasa khusus untuk penternak keli seluruh dunia.


SELAMAT TAHUN BARU


Ikhklas: En. man (KELI SABAH)






 





Baca Selanjutnya.. (Read More)

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010SocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, December 12, 2009

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETAS

REGA ikan keli yang berjaya saya tetaskan baru berumur 5 hari hasil perkhawinan induk tempoh hari dengan kaedah pembenihan aruhan. Beginilah rupa bentuknya dengan saiz mencapai 5 mm, rega yang baru menetas berukuran 3 mm pada hari penetasan dan berwarna hijau jernih, susah nak nampak.


Amacam comel tak, he he keciknya.....



 

Selepas 2 minggu rega ikan ini bolehlah melalui proses penggredan untuk memisahkan anak benih gred A, gred B dan C. Anak benih dalam gred A ialah anak benih yang tumbesarannya agak cepat. Biasanya penternak akan menyimpannya untuk calun induk kerana tumbesarannya yang agak baik. Manakala gred B adalah benih yang pembesaran yang normal dan biasanya inilah yang akan diternak untuk pasaran. Manakala yang berada dalam gred C pembesarannya agak lambat. 
-----------------------------------------------------------------------------------
Kawan-kawan penternak ikan keli khususnya di Sabah yang memerlukan anak benih ikan keli afrika (clarias gariepinus) bolehlah hubungi saya : 019-8428689 (en. Man), harga boleh dirundingkan.







Baca Selanjutnya.. (Read More)

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETASSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, December 1, 2009

PROJEK KELI AFRIKA (kelisabah) : PEMILIHAN INDUK UNTUK PEMBENIHAN

HARI ni 1 Dec 2009, admin kelisabah agak sibuk sikit sebab nak cari induk yang paling sesuai untuk buat pembenihan. Cari punya cari, akhirnya bertemu juga dengan induk yang paling sesuai, matang dan sihat wal-afiat. Ni gambarnya....


Air kolam induk dikeringkan, saja untuk bagi dia jemur-jemur sikit sebab dah lama berendam dalam air..he..he. Rata-rata induk dalam kolam sudah menjangkau umur lebih 8 bulan dengan berat purata 1 kilogram. Saiz ni sebenarnya sangat sesuai untuk pembenihan sebab nak guna hormon pun sikit ja lebih kurang 0.5 ml/kg kalau guna ovaprim.


Inilah pasangan sejoli yang akan kita kahwinkan iaitu  dua ekor induk jantan dan betina yang bakal di benihkan. Harap-harap dia suka dengan pasangannya, kalau dia ndak suka  pun apa boleh buat, bukannya ada apa-apa pun, tapi kesian yang jantan sebab dia kena berkorban untuk si betina.

  


Tengok sikit badan dia, cantik berkilat. Terasa pula nak salai induk ni... sabar..sabar.... kuatkan iman dan tahan selera..

 




Amacam dia punya saiz o.k kah? Yang ini berat dia baru 1.4 kilogram, jantina: betina, umur 8 bulan lebih, masih bujang dan belum pernah dibenihkan. Tengok tu nampak jinak ja.






Yang ini pasangan dia, jantina: jantan, berat 1.3 kilogram, umur 8 bulan lebih, juga masih pertama kali dibiakkan. Harap-harap dia punya sperma matang. Sebab, untuk kejayaan dalam pembenihan, induk jantan kena betul-betul matang bertujuan untuk mempersenyawakan telur betina.



Tengok mukanya, selamba je... 

Ok, nanti kalau dah menetas saya akan uploadkan gambar anak-anaknya.










Baca Selanjutnya.. (Read More)

PROJEK KELI AFRIKA (kelisabah) : PEMILIHAN INDUK UNTUK PEMBENIHANSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...