HARI ni 1 Dec 2009, admin kelisabah agak sibuk sikit sebab nak cari induk yang paling sesuai untuk buat pembenihan. Cari punya cari, akhirnya bertemu juga dengan induk yang paling sesuai, matang dan sihat wal-afiat. Ni gambarnya....
Air kolam induk dikeringkan, saja untuk bagi dia jemur-jemur sikit sebab dah lama berendam dalam air..he..he. Rata-rata induk dalam kolam sudah menjangkau umur lebih 8 bulan dengan berat purata 1 kilogram. Saiz ni sebenarnya sangat sesuai untuk pembenihan sebab nak guna hormon pun sikit ja lebih kurang 0.5 ml/kg kalau guna ovaprim.
Inilah pasangan sejoli yang akan kita kahwinkan iaitu dua ekor induk jantan dan betina yang bakal di benihkan. Harap-harap dia suka dengan pasangannya, kalau dia ndak suka pun apa boleh buat, bukannya ada apa-apa pun, tapi kesian yang jantan sebab dia kena berkorban untuk si betina.
Tengok sikit badan dia, cantik berkilat. Terasa pula nak salai induk ni... sabar..sabar.... kuatkan iman dan tahan selera..
Amacam dia punya saiz o.k kah? Yang ini berat dia baru 1.4 kilogram, jantina: betina, umur 8 bulan lebih, masih bujang dan belum pernah dibenihkan. Tengok tu nampak jinak ja.
Yang ini pasangan dia, jantina: jantan, berat 1.3 kilogram, umur 8 bulan lebih, juga masih pertama kali dibiakkan. Harap-harap dia punya sperma matang. Sebab, untuk kejayaan dalam pembenihan, induk jantan kena betul-betul matang bertujuan untuk mempersenyawakan telur betina.
Tengok mukanya, selamba je...
Ok, nanti kalau dah menetas saya akan uploadkan gambar anak-anaknya.
0 comments:
Post a Comment