Friday, November 27, 2009

KOLAM KELI TEPI RUMAH KELUARKAN HASIL

LUMAYAN, itulah yang mungkin saya dapat ungkapkan apabila kolam kecil tepi rumah pun dapat mengeluarkan hasil. Ini merupakan sebahagian kecil hasil kajian saya tentang ternakan ikan keli afrika ini. Kerana dengan teknik yang betul, kolam hanya perlu isi air sekali sahaja tanpa perlu ditukar-tukar dapat menghasilkan ikan keli yang gemuk-gemuk belaka. Makanan cuma pallet (starter dan grower) yang biasa sahaja tapi dapat menghasilan ternakan ikan keli hingga mencecah berat 150 gram seekor dengan hanya menternak selama 30 hari bermula dari saiz 3 inci. Kerjanya cukup mudah, hanya beri makan ikan keli setiap hari pada waktu pagi dan petang hingga ke hari penuaian. Makanan cuma perlu ditambah sedikit demi sedikit apabila saiznya semakin meningkat. Peluang yang perlu kita nampak adalah begini: sedangkan kolam tepi rumah pun boleh dapat hasil apatah lagi di kawasan projek yang lebih luas dengan menggunakan teknik yang serupa.

Syukur kepada tuhan kerana hasil usaha saya yang tidak berhenti-henti dalam pemeliharan ikan keli ini akhirnya menemukan saya dengan teknik luarbiasa yang dapat mendatangkan hasil. Selama 8 bulan saya menyelidik akhirnya saya mampu membenihkan sendiri ikan keli ini dan bercadang membuka projek yang lebih luas. Apa yang saya harapkan ialah 'networking' bersama penternak lain untuk memajukan bisnes ini di Sabah khususnya dan Malaysia amnya. Kami juga bercadang akan memajukan bisnes ikan keli ini dalam penghasilan produk ikan seperti keropok ikan, nugget ikan, bebola ikan, kek ikan, sate ikan dan lain-lain.

Inilah hasilnya,

Admin KELI SABAH bersama hasil keli,




Bersama ikan keli yang diternak selama 30 hari (dari saiz 3 inci) di kolam kecil tepi rumah
...sekarang dah besar-besar.
Ini hasil kolam yang saya tuai sehari sebelum Hari Raya Korban 2009 (kelmarin- 26/11/2009). Sempat juga nak jual sebab ada taukeh nak borong, jual aje lah bila lagi.. he .. he.. dapat duit raya lagi





Amacam, saiz ni ok tak... boleh masak lemak cili api ni... WOW seronok nya !!
 







KOLAM KELI TEPI RUMAH KELUARKAN HASILSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...