Sunday, November 22, 2009

MOINA: MAKANAN ALAMI REGA IKAN KELI

MOINA, mungkin ramai juga penternak terutama penternak-penternak ikan keli yang baru menceburi bidang ini tidak tahu apakah itu moina. Moina merupakan sejenis zooplanton yang sangat kecil juga digelar 'kutu air'. Ianya amat sesuai sebagai makanan rega ikan keli yang berumur 4 hari hingga 7 hari. Namun usah bimbang, kalau tiada moina, anda boleh beri makan rega ikan keli anda dengan telur rebus yang dihancurkan ataupun pallet yang dikisar halus sehalus tepung. Tetapi penggunaan moina ini sangat bagus untuk pembesaran rega kerana ianya mengandungi protein yang cukup.

Dimana hendak mendapatkan moina?

Moina biasanya didapati di kawasan air yang bertakung terutamanya sekali di kawasan air kumbahan. Berwarna agak kemerah-merahan jika dilihat dengan mata kasar. Untuk memperolehinya kena cari pada awal pagi sbelum matahari meninggi, kerana ianya akan mula berenang ke bawah atau dasar kolam menjelang matahari terik. Peralatan yang harus anda gunakan untuk mengambil moina ini adalah penyeduk dengan jaring yang sangat halus.

Moina sebenarnya boleh dibiakkan dengan cara menyediakan sebuah takungan dan sebungkus tahi ayam yang direndam ke dalam bekas tersebut kemudian biarkan beberapa hari. Perhatikan setiap hari kalau-kalau sudah terdapat moina.





Ini adalah gambarajah moina untuk rujukan anda




PENGKELASAN MOINA

Phylum : Arthropoda
Subphylum : Crustacea
Class : Branchiopoda
Suborder: Cladocera
Family : Moinidae





MOINA: MAKANAN ALAMI REGA IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...