Monday, September 20, 2010

MEMULAKAN TERNAKAN KELI SECARA KECIL-KECILAN

Perjalanan yang beribu batu dimulakan dengan langkah pertama. Minimakan risiko dan tingkatkan pengetahuan serta pengalaman. Mulakan secara kecil-kecilan untuk ambil pengalaman. Ingat, ternakan ikan keli perlu pengalaman, pengetahuan dan kemahiran. Semua itu akan anda perolehi setelah anda mulakan secara amali. Dan perlu diingat sekali lagi, bidang ini juga berisiko untuk rugi tetapi semuanya boleh diatasi dengan cara mengetahui selok-belok projek ini. Pembacaan saja tidak mencukupi untuk menjadi anda seorang yang sukses dalam bidang ini. Mulakanlah dengan modal yang minima sehingga anda betul-betul yakin untuk membesarkan projek. Tidak dinafikan, ramai yang terkandas dalam bidang ini. Biasanya mereka yang bernafsu besar yang hanya mengharapkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan betapa besarnya risiko jika terus terjun ke bidang ini tanpa mengkaji akan masalah-masalah yang berlaku. Ada yang terpaksa menanggung hutang bank kerana ingin terus memulakan projek besar tanpa mengkajinya terlebih dahulu.
INGAT !!, bidang ternakan ikan keli berpotensi tinggi untuk mendapatkan keuntungan yang berpanjangan jika diusahakan dengan betul dan mengikut peraturan-peraturan. Dengan disiplin yang tinggi,  anda pasti akan menjadi seorang penternak yang berjaya. Ingat, mulakan dahulu dengan modal yang minima. Hari ini 2 kolam, insya Allah bulan depan 10 kolam sehingga anda mahir dalam bidang ini dan akan mengubah kehidupan anda satu hari nanti.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

MEMULAKAN TERNAKAN KELI SECARA KECIL-KECILANSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, September 5, 2010

ANEH: LAGI GAMBAR DUYUNG TERDAMPAR





Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANEH: LAGI GAMBAR DUYUNG TERDAMPARSocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, August 11, 2010

PROJEK KOLAM KANVAS

Ada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi saya penggunaan kolam kanvas lebih bagus, kos murah, senang dipasang dan senang dialih. Berdasarkan pengalaman,  satu kali pengeluaran pun sudah balik modal kolam. Kolam kanvas ni boleh tahan agak lama juga iaitu lebih kurang 4 - 5 tahun mengikut cara penggunaan dan penjagaannya.Satu kolam kanvas berukuran 7 kaki X 11 kaki X 2.5 kaki tinggi boleh memuatkan sebanyak 1000 ekor anak benih sehingga berukuran 150 gram. kalau untuk anak benih yang kecil ( pembesaran dari 1/2 inci sehingga 3 inci) boleh isi sehingga 4000 - 5000 ekor. Kos bagi satu kolam berukuran tersebut lebih kurang Rm400.00 sahaja termasuk tali pengikat dan kos rangka kayu. 





Penternakan ikan keli dalam kanvas menggunakan teknik yang betul dapat menghasilkan ikan keli yang sihat dan enak dimakan.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

PROJEK KOLAM KANVASSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...