ALHAMDULILLAH melangkah kita ke tahun baru 2011. Dengan azam baru dan kejayaan demi kejayaan. Saya juga memohon maaf kerana lama juga tidak update blog kerana sibuk mengatur projek yang kian mendapat permintaan. Insya-Allah saya akan updatekan gambar-gambar terbaru kejayaan projek yang telah dibuat.
Baru-baru ini saya telah berjaya membuat pembenihan ikan puyu (ikan karuk dalam bahasa tempatan Sabah). Nampak macam senang tapi rumit. Pembenihan ikan puyu ini sangat berbeza dengan pembenihan ikan keli. Pembenihannya adalah secara semulajadi namun dibantu dengan suntikkan hormon. Pembenihan ini hendaklah dilakukan pada media yang tenang dan tidak terganggu. Pemilihan induk yang kurang tepat juga dapat menggagalkan usaha pembenihan.
Pastikan betul-betul jantina ikan tersebut. Lihat gambar di atas, yang atas bertubuh ramping tu adalah jantan dan yang bawah (agak gemuk) tu adalah betina.
Di atas adalah tebaran telur yang telah disenyawakan oleh jantan. Telur yang dikeluarkan oleh betina akan terapung. Perhatikan warna telur, yang jernih bersinar tu adalah telur yang disenyawakan manakala yang berwarna putih adalah telur yang tidak disenyawakan.
Dalam tempoh 24 jam telur ikan puyu akan menetas. Sangat halus dan apabila diusik nampak bergerak-gerak. Selama 3 hari rega ikan tidak perlu diberi makan kerana masih menyerap kuning telurnya sendiri. Selepas 3 hari barulah diberi makan dengan makanan yang halus seperi artemia atau remasan kuning telur. Selepas 2 minggu, ikan bolehlah diberi makan kutu air atau cacing halus.
Ini adalah gambar ikan puyu yang berjaya saya tetaskan.Selepas beberapa minggu, ikan perlu melalui proses pengasingan kerana ikan puyu merupakan ikan bersifat kanibal iaitu ikan yang dahulu membesar akan memakan atau memangsa ikan yang masih kecil.
Tengok, saiznya yang sangat kecil lebih kurang 2mm - 3mm. Inilah dia baby puyu. Untuk sampai ke peringkat untuk di makan, ikan ini perlu dipelihara dan diberi makan 2 kali sehari selama 3 - 4 bulan dalam kolam kanvas atau tanah.
Sesiapa yang berminat, kami ada bekalkan benih ikan puyu sebesar kuku dengan harga 30 sen seekor. Anak ikan juga sesuai sebagai makanan hidup untuk ikan hiasan seperti arowana dan sebagainya. Selain masak asam pedas, ikan puyu juga sesuai sebagai umpan hidup untuk memancing siakap muara. Ikan puyu dewasa kami jual Rm12.00 sekilogram. Sesiapa yang berminat boleh hubungi admin 019-8428689
7 comments:
Salam tuan.. kalau Masih telur tu, perlu guna pump gas ker ..
saya rasa mungkin x payah kot...
Masih menternak ikan puyu ka?
kena asingkan ke telur tu dengan mak dia
Kalau saya asingkn , letak dibekas lain ,air tanpa klorin dan pum ,dlam 24jam menetas , 99% mnetas
Yang guna air clorin dn xde pum xmenets sekor pon
Klau tak asingkan dengan ibunya apa alan terjadi yek..
Klau tak asingkan dengan ibunya apa akan terjadi yek..
Post a Comment