Tuesday, May 31, 2011

KEPERLUAN NUTRISI PERLU MENCUKUPI UNTUK REGA IKAN KELI.

Kekurangan nutrisi menyebabkan rega menjadi pucat, kurus dan mati. Pada minggu pertama, nutrisi yang lengkap dan air yang sesuai adalah penting untuk pembesaran rega ikan keli.

KESILAPAN dalam memberi sumber makanan untuk rega ikan keli:



  1. Telur rebus.

-         Telur rebus tidak cukup protein untuk rega keli. Keseluruhan telur hanya mengandungi 40% protein sahaja. Sedangkan rega perlukan lebih 60% protein. Kandungan protein yang tinggi ini hanya terdapat dalam organisma seni seperti kutu air.

-          Sisa telur yang tidak habis di makan atau pembusukan akibat larutan kuning telur akan menjejaskan kualiti air menyebabkan meningkatnya gas ammonia yang boleh mengakibatkan kelemasan dan kematian rega ikan.

-          

  1. Pelet hancur

-         pelet hanya mengandungi lebih kurang 24%  protein sahaja dan amat tidak sesuai untuk rega ikan.

-         Sisa pelet akan menyebabkan air tercemar dan beracun menyebabkan rega akan kelamasan dan mati.

-         Isi kandungan pelet yang agak kasar amat tidak sesuai untuk penghadaman rega ikan.

  1. Makanan buatan sendiri dari sisa dapur

-         Makanan buatan terutama dari isi ikan yang diproses amat tidak sesuai untuk rega ikan keli, Kandungan nutrisi yang tidak seimbang berpunca dari sumber makanan yang berbagai seperti dari sisa buangan dapur boleh memburukkan keadaan rega ikan.




Powered by Qumana

KEPERLUAN NUTRISI PERLU MENCUKUPI UNTUK REGA IKAN KELI.SocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...