TIDAK PERLU kawasan yang luas sangat, hanya tepi-tepi rumah pun boleh buat projek ternak ikan keli. Dengan hanya menggunakan kolam kanvas sudah cukup untuk mengeluarkan hasil yang lumayan. Ikan keli tidak begitu cerewet dalam soal pemeliharaannya. Pemberian makanan 2 kali sehari pagi dan petang sambil santai-santai sudah cukup untuk pembesarannya. Tempoh pembesarannya cepat, lebih kurang 3 ke 4 bulan, ikan keli sudah boleh dipasarkan. Dari segi permintaan sangat memberangsangkan. Kebanyakkan restoran-restoran di Sabah sudah mula menghidangkan menu-menu ikan keli. Permintaan ini seiring dengan kepesatan penduduk dan penggemar ikan keli yang semakin bertambah. Dari segi pertembungan ikan keli dengan ikan laut sebenarnya tidak memberi kesan negatif kerana permintaan ikan air tawar terutama ikan keli ada penggemarnya yang tersendiri. Dari segi rasa, amat berbeza dengan ikan laut. Begitu juga dengan khasiat yang terkandung dalam isi ikan keli. Oleh itu, permintaan terhadap ikan keli sentiasa terbuka luas seiring dengan kepesatan penduduk, terbinanya restoran-restoran, gerai-gerai makan, tamu-tamu di Sabah dan penggemar-penggemar yang amat menyukai keenakan ikan keli. Oleh itu, para penternak rebutlah peluang yang ada, dan jagalah etika penternakan, janganlah kasi makan ikan keli anda dengan benda kotor. Bagi makan pelet dan 'kontrol' cara pemberian makanan, anda dapat menjimatkan kos dan anda pasti berolehi keuntungan. Berkunjunglah ke ladang kami untuk mendapatkan info yang lebih lanjut ternakan ikan keli dan dapatkan rahsia penternakan dari kami secara PERCUMA. Insya Allah kami akan membantu anda.
Sebahagian daripada kolam kanvas kami yang dipasang di tepi rumah.
Untuk keterangan lanjut dan mereka yang ingin mendapatkan bibit ikan keli, keli matang, induk ikan keli (tengok stok), cecair E.M, kolam kanvas, makanan ikan dan sebagainya boleh call / SMS (admin): 019-8428689 (en. Man)
0 comments:
Post a Comment