SALAM KEJAYAAN!!
SAYA YAKIN anda akan terus berjaya sebagai penternak ikan keli. Hanya tinggal beberapa hari lagi kita semua akan menyambut tahun baru, tahun 2012. Semoga tahun baru ini akan merealisasikan azam baru untuk melihat ternakan keli anda mengeluarkan hasil yang sangat lumayan berbanding tahun lalu.
Ada satu tips kejayaan yang selalu saya amalkan. Tips ni amat ringkas tapi kesannya amat mendalam.
BUAT CATATAN TERHADAP MASALAH YANG BERLAKU DAN CARI SEBERAPA BANYAK KAEDAH PENYELESAIAN DAN BANDINGKAN KESEMUA JALAN PENYELESAIAN TERSEBUT TERMASUK DARI RAKAN TERNAK LAIN DAN FOKUS KEPADA JALAN PENYELESAIAN RINGKAS.
Kenapa?
Kadang-kadang sebagai penternak yang baru bermula, biasalah mau lawan taukeh. Tapi percayalah kebanyakkan pada peringkat awal banyak ragam masalah yang dihadapi. Kebiasaannya masalah kematian anak benih yang tinggi. Banyak cara dan banyak kaedah yang pasti akan difikirkan kepada penternak baru. Keengganan bertanya menambah keburukkan cara penyelesaian. Lazimnya, ramai penternak yang ingin mencuba jalan sendiri. Biarkan, kerana ianya jalan positif. Percayalah, sejauh mana anda berfikir akhirnya anda akan menemui jalan ringkas. Sebenarnya jalan penyelesaian hanya satu langkah dihadapan anda sahaja tapi anda mengembara beribu-ribu langkah. Sebagai panduan anda, pastikan membuat catatan masalah dan penyelesaian kerana ia sangat berguna sebagai rujukan anda.
Apa yang penting jangan bosan jangan putus asa. Anda pasti akan berjaya. Saya sentiasa mendoakan kejayaan anda dan rajin-rajinlah bertanya. Insya Allah pengalaman yang saya lalui mungkin sedikit sebanyak dapat membantu.
" TERNAKAN KELI SATU PERNIAGAAN MENGUNTUNGKAN "
Powered by Qumana
0 comments:
Post a Comment