Saturday, July 6, 2013

PENYEDIAAN ASAS AIR KOLAM UNTUK ANAK IKAN KELI

JIKA sumber air datang dari air paip yang dirawat (air paip rumah) sudah semestinya kita perlu meneutralkan kandungan klorin dalam air tersebut. Ini kerana, kandungan klorin yang berlebihan dapat membunuh anak ikan kerana anak ikan keli tidak akan tahan dengan kandungan klorin. Klorin dapat merosakkan sistem dalaman ikan. Di samping itu, klorin juga dapat membunuh bakteria baik yang digunakan untuk perkembangan plankton.

CARA MEMBUANG KLORIN

Ada beberapa kaedah yang mudah, antaranya dengan menggunakan anti klorin. Namun penggunaan anti klorin kurang sesuai jika kita menggunakan pada kolam-kolam yang bersaiz besar. Antara yang terbaik ialah, dengan membiarkan air tersebut terdedah dengan matahari selama 3 – 4 hari. Klorin akan ‘termati’ sendirinya dan mendap.

CARA MENYUBURKAN AIR KOLAM

settingkolam

Sebelum menyediakan air, isikan sedikit lapisan tanah yang bebas kimia beracun. Taburkan tanah tersebut sebagai alas dasar kolam kanvas anda. Kemudian isikan air paip dan dedahkan dengan matahari selama 3 – 4 hari. Selepas itu, masukan E.M sebanyak 200ml untuk kuantiti air 1 kaki X 6 kaki X 14 kaki. Kemudian biarkan selama 24 Jam. Setelah itu baru dimasukkan anak keli. Kita akan nampak air kolam mulai menghijau menandakan pertumbuhan plankton. Ini adalah petunjuk air kolam sudah mulai berinteraksi membentuk rantaian hidupan akuatik secara semulajadi. Setelah air kolam mulai subur, kelihatan anak-anak ikan keli akan mulai membesar dengan cepat. Selepas 10 hari atau 2 minggu, lakukan penggredan untuk mengasingkan saiz ikan. Kelewatan anda melakukan penggredan akan mengurangkan jumlah ikan keli anda kerana faktor kanibalisme. Anda perlu berhati-hati pada anak ikan keli yang berada pada fasa 2 iaitu saiz 2 inci hingga 5 inci.

Selamat menternak dan maju jaya.

 

PENYEDIAAN ASAS AIR KOLAM UNTUK ANAK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...