Thursday, March 28, 2013

SUMBER MAKANAN TERBAIK INDUK KELI

KUALITI MAKANAN, adalah sumber yang dapat menentukan kesuburan induk keli. Bukan sahaja ikan keli, malahan ikan-ikan yang lain juga sudah semestinya memerlukan sumber makanan yang paling terbaik. Induk ikan tidak perlukan makanan yang banyak, tetapi perlu makanan yang berkhasiat dan segar. 

Memberi makan bangkai ayam atau organ-organ ayam kepada induk keli dapat mengundang penyakit kepada ikan keli. Ikan keli akan lembik terlalu berlemak dan berbau. Kandungan telur akan menurun dan kurang subur.

Jika sewaktu rega, anak ikan keli perlukan udang halus seperti artemia, induk keli juga perlukan udang yang segar untuk mengekalkan kesihatannya dan kesuburan. Antara makanan yang terbaik yang boleh diberikan kepada induk keli adalah udang kara air tawar secara berkala. Tidak perlu beri makan hari-hari, cukup sekadar 2 - 3 kali seminggu diselang -seli dengan pemberian pelet pembesaran (grower). Penternak juga boleh menambah anak ikan hidup seperti ikan seluang atau anak talapia merah untuk menambah protein segar kepada induk keli.


Udang kara seperti ini juga, banyak terdapat di anak-anak sungai air payau. 


Sumber makanan dari udang kara ini bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi adalah sumber alternatif untuk menambah kesuburan ikan keli. Selain itu, anda boleh memberikan makanan anak-anak ikan hidup yang mungkin banyak terdapat di sekitar anda seperti ikan seluang, anak ikan talapia, anak ikan haruan. Berikan makanan tersebut sekali-sekala dan anda akan lihat hasilnya.

Induk keli perlu dijaga rapi. Ia perlu di letakkan pada kolam yang berasingan dengan penjagaan yang istimewa. Makanan yang istimewa dapat mengekalkan kesihatan induk keli.

Induk keli akan mula matang pada umur 4 bulan. Apabila melepasi berat 250 gram, telur mula terbentuk pada induk betina. Kantung sperma pada ikan keli jantan juga sudah mulai matang. Alihkan bakal induk yang terbaik. Sihat dan kulitnya licin berkilat.

Manakala induk keli betina yang lepas melalui proses pengeluaran telur (pembenihan aruhan) perlu diasingkan pada kolam yang terasing sehingga sebulan. Ini membantu induk betina tersebut memulihkan tenaganya dan mengisi semula kantung telurnya untuk pembenihan akan datang.

Bagaimana melakukan pembenihan secara aruhan? Sila rujuk balik post saya yang lalu.

Selamat menternak.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

SUMBER MAKANAN TERBAIK INDUK KELISocialTwist Tell-a-Friend

Monday, March 25, 2013

IKAN PUYU 'BULLDOG' SANGAT UNIK

IKAN PUYU BULLDOG ATAU IKAN KARUK BULLDOG panggilan orang tempatan negeri Sabah sememangnya unik dan jarang-jarang ditemui. Mungkin di antara kita tidak pernah melihatnya atau rasa pelik dengan namanya 'ikan puyu bulldog'. Ini kerana rupa ikan puyu ini yang berkepala bulat, bibir bawahnya kedepan dan bentuk mulutnya seakan-akan bulldog menyebabkan ia kelihatan unik.



Ini merupakan seekor ikan puyu bulldog yang saya pelihara sejak 2 tahun lalu. Lihat pada bibirnya, sungguh unik. Jenis puyu ini juga sangat jinak dan cepat mesra dengan tuannya. 


Menurut beberapa sumber daripada penduduk tempatan, ikan puyu jenis bulldog ini lebih kuat dalam menentang serangan ilmu hitam. Sejauh mana kenyataan ini masih menjadi mistik. Itu sebabnya ramai yang mencari ikan puyu jenis ini dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi. 



Spesis ikan puyu bulldog ini memang jarang dan sukar dijumpai. Mana-mana penternak yang ada ikan ini bolehlah berkongsi dengan saya. 










Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN PUYU 'BULLDOG' SANGAT UNIKSocialTwist Tell-a-Friend

ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'

IKAN PUYU atau IKAN KARUK dalam panggilan orang Sabah, banyak terdapat di paya-paya atau parit-parit yang terbiar. Rasanya yang enak dan mempunyai unsur perubatan serta amalan mistik menghalau gangguan jin dan ilmu jahat menjadikan ikan puyu sangat digemari. Ini adalah faktor yang dapat meningkatkan harga ikan puyu. 


Oleh kerana harganya serta permintaannya yang tinggi, menjadikan ikan puyu menjadi pilihan ramai penternak untuk dikomersialkan. Ikan puyu lazimnya sangat mudah diternak kerana ikan ini sangat tahan pada kondisi air yang berbagai. Pada air yang kurang oksigen pun ikan ini mampu hidup dan membiak. Ini yang menjadikan ikan karuk atau puyu ini sangat unik.

Ikan puyu akan mulai matang pada usia 5  - 6 bulan. Pada peringkat ini, induk mulai mengeluarkan telur dan anak-anak ikan puyu akan menetas pada air yang jernih selepas hujan. Anak ikan puyu yang sangat halus sangat mudah dimangsa oleh ikan-ikan lain seperti ikan haruan, keli dan sebagainya.


Anak ikan puyu yang berusia 3 minggu ke bawah sangat agresif dan sangat kuat memangsa sesama sendiri. Keadaan di mana pembesaran anak puyu yang tidak sekata memudah ikan yang dahulu membesar memangsa ikan yang lebih kecil. Faktor ini adalah penyebab utama anak ikan puyu semakin berkurangan sehingga yang tinggal tidak sampai 5 %. 

Faktor makanan atau nutrisi makanan yang tidak seimbang juga menjadikan anak ikan puyu membesar berperingkat-peringkat dan tidak sekata. Makanan yang lebih sesuai untuk anak puyu yang sangat kecil adalah artemia atau artemia serbuk. Ia mengandungi protein yang sangat tinggi untuk membantu tumbesaran ikan puyu.


Penternak yang ingin menceburi penternakan ikan puyu perlu mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman terutama yang berkaitan dengan makanan anak ikan yang masih kecil serta keperluan air.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'SocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...