Thursday, March 28, 2013

SUMBER MAKANAN TERBAIK INDUK KELI

KUALITI MAKANAN, adalah sumber yang dapat menentukan kesuburan induk keli. Bukan sahaja ikan keli, malahan ikan-ikan yang lain juga sudah semestinya memerlukan sumber makanan yang paling terbaik. Induk ikan tidak perlukan makanan yang banyak, tetapi perlu makanan yang berkhasiat dan segar. 

Memberi makan bangkai ayam atau organ-organ ayam kepada induk keli dapat mengundang penyakit kepada ikan keli. Ikan keli akan lembik terlalu berlemak dan berbau. Kandungan telur akan menurun dan kurang subur.

Jika sewaktu rega, anak ikan keli perlukan udang halus seperti artemia, induk keli juga perlukan udang yang segar untuk mengekalkan kesihatannya dan kesuburan. Antara makanan yang terbaik yang boleh diberikan kepada induk keli adalah udang kara air tawar secara berkala. Tidak perlu beri makan hari-hari, cukup sekadar 2 - 3 kali seminggu diselang -seli dengan pemberian pelet pembesaran (grower). Penternak juga boleh menambah anak ikan hidup seperti ikan seluang atau anak talapia merah untuk menambah protein segar kepada induk keli.


Udang kara seperti ini juga, banyak terdapat di anak-anak sungai air payau. 


Sumber makanan dari udang kara ini bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi adalah sumber alternatif untuk menambah kesuburan ikan keli. Selain itu, anda boleh memberikan makanan anak-anak ikan hidup yang mungkin banyak terdapat di sekitar anda seperti ikan seluang, anak ikan talapia, anak ikan haruan. Berikan makanan tersebut sekali-sekala dan anda akan lihat hasilnya.

Induk keli perlu dijaga rapi. Ia perlu di letakkan pada kolam yang berasingan dengan penjagaan yang istimewa. Makanan yang istimewa dapat mengekalkan kesihatan induk keli.

Induk keli akan mula matang pada umur 4 bulan. Apabila melepasi berat 250 gram, telur mula terbentuk pada induk betina. Kantung sperma pada ikan keli jantan juga sudah mulai matang. Alihkan bakal induk yang terbaik. Sihat dan kulitnya licin berkilat.

Manakala induk keli betina yang lepas melalui proses pengeluaran telur (pembenihan aruhan) perlu diasingkan pada kolam yang terasing sehingga sebulan. Ini membantu induk betina tersebut memulihkan tenaganya dan mengisi semula kantung telurnya untuk pembenihan akan datang.

Bagaimana melakukan pembenihan secara aruhan? Sila rujuk balik post saya yang lalu.

Selamat menternak.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

SUMBER MAKANAN TERBAIK INDUK KELISocialTwist Tell-a-Friend

Monday, March 25, 2013

IKAN PUYU 'BULLDOG' SANGAT UNIK

IKAN PUYU BULLDOG ATAU IKAN KARUK BULLDOG panggilan orang tempatan negeri Sabah sememangnya unik dan jarang-jarang ditemui. Mungkin di antara kita tidak pernah melihatnya atau rasa pelik dengan namanya 'ikan puyu bulldog'. Ini kerana rupa ikan puyu ini yang berkepala bulat, bibir bawahnya kedepan dan bentuk mulutnya seakan-akan bulldog menyebabkan ia kelihatan unik.



Ini merupakan seekor ikan puyu bulldog yang saya pelihara sejak 2 tahun lalu. Lihat pada bibirnya, sungguh unik. Jenis puyu ini juga sangat jinak dan cepat mesra dengan tuannya. 


Menurut beberapa sumber daripada penduduk tempatan, ikan puyu jenis bulldog ini lebih kuat dalam menentang serangan ilmu hitam. Sejauh mana kenyataan ini masih menjadi mistik. Itu sebabnya ramai yang mencari ikan puyu jenis ini dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi. 



Spesis ikan puyu bulldog ini memang jarang dan sukar dijumpai. Mana-mana penternak yang ada ikan ini bolehlah berkongsi dengan saya. 










Baca Selanjutnya.. (Read More)

IKAN PUYU 'BULLDOG' SANGAT UNIKSocialTwist Tell-a-Friend

ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'

IKAN PUYU atau IKAN KARUK dalam panggilan orang Sabah, banyak terdapat di paya-paya atau parit-parit yang terbiar. Rasanya yang enak dan mempunyai unsur perubatan serta amalan mistik menghalau gangguan jin dan ilmu jahat menjadikan ikan puyu sangat digemari. Ini adalah faktor yang dapat meningkatkan harga ikan puyu. 


Oleh kerana harganya serta permintaannya yang tinggi, menjadikan ikan puyu menjadi pilihan ramai penternak untuk dikomersialkan. Ikan puyu lazimnya sangat mudah diternak kerana ikan ini sangat tahan pada kondisi air yang berbagai. Pada air yang kurang oksigen pun ikan ini mampu hidup dan membiak. Ini yang menjadikan ikan karuk atau puyu ini sangat unik.

Ikan puyu akan mulai matang pada usia 5  - 6 bulan. Pada peringkat ini, induk mulai mengeluarkan telur dan anak-anak ikan puyu akan menetas pada air yang jernih selepas hujan. Anak ikan puyu yang sangat halus sangat mudah dimangsa oleh ikan-ikan lain seperti ikan haruan, keli dan sebagainya.


Anak ikan puyu yang berusia 3 minggu ke bawah sangat agresif dan sangat kuat memangsa sesama sendiri. Keadaan di mana pembesaran anak puyu yang tidak sekata memudah ikan yang dahulu membesar memangsa ikan yang lebih kecil. Faktor ini adalah penyebab utama anak ikan puyu semakin berkurangan sehingga yang tinggal tidak sampai 5 %. 

Faktor makanan atau nutrisi makanan yang tidak seimbang juga menjadikan anak ikan puyu membesar berperingkat-peringkat dan tidak sekata. Makanan yang lebih sesuai untuk anak puyu yang sangat kecil adalah artemia atau artemia serbuk. Ia mengandungi protein yang sangat tinggi untuk membantu tumbesaran ikan puyu.


Penternak yang ingin menceburi penternakan ikan puyu perlu mendapatkan khidmat nasihat dari mereka yang berpengalaman terutama yang berkaitan dengan makanan anak ikan yang masih kecil serta keperluan air.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

ANAK IKAN PUYU KUAT 'KARNIBAL'SocialTwist Tell-a-Friend

TELUR AYAM REBUS KURANG SESUAI UNTUK MAKANAN BENIH KELI

RAMAI PENTERNAK yang menggunakan telur ayam rebus untuk makanan benih keli. Namun ianya kurang sesuai memandangkan sisa telur akan cepat busuk dan akan menganggu air. Malahan kandungan proteinnya kurang sesuai untuk pertumbuhan benih ikan yang berumur 2 minggu ke bawah, ini kerana anak ikan berumur 2 minggu ke bawah amat memerlukan protein  yang tinggi iaitu pada kadar 40% ke atas.  



Penggunaan telur rebus sebagai makan rega keli menyebabkan peratus kematian anak ikan keli akan bertambah kerana disebabkan air kolam benih semakin membusuk kerana   disebabkan oleh sisa telur rebus yang tidak habis dimakan ataupun sisa kuning telur yang terlarut di dalam air kolam benih. Peratus kematian akan tinggi dan merugikan para penternak.
Malahan makanan yang kurang berkhasiat akan menyebabkan ikan menjadi lemah daya tahan penyakit. 

APA MAKANAN ANAK KELI YANG PALING SESUAI?

Selain dari moina, artemia adalah makanan paling sesuai untuk benih keli bermur bawah 2 minggu. Ia dapat menampung keperluan zat untuk pembesaran anak ikan keli. Anak ikan dapat membesar dengan baik dan mampu melawan penyakit. 



Artemia dapat disediakan dengan mendapatkan telur (cyst) artemia dari pembekal artemia. Artemia sangat sesuai untuk makanan benih ikan keli atau apa saja benih ikan yang kecil ini kerana saiznya yang sangat kecil sesuai dimakan oleh benih ikan. ukuran yang sangat kecil iaitu 1 gram = 250,000 cyst. Artemia dapat ditetaskan menggunakan air yang sedikit bergaram salinity 15-35 ppt, dengan bantuan udara, cyst artemia dapat ditetaskan pada kadar penetasan sebanyak 95%. Setelah artemia menetas, perlu diasingkan untuk diberi makan pada benih ikan keli.

Kualiti makanan untuk benih keli adalah faktor yang boleh meningkatkan hasil keli anda. 





Baca Selanjutnya.. (Read More)

TELUR AYAM REBUS KURANG SESUAI UNTUK MAKANAN BENIH KELISocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, March 23, 2013

PEMBENIHAN IKAN KELI: SET PENETASAN TELUR KELI

ADA banyak cara atau sistem pembenihan yang boleh dilakukan oleh penternak. Samada dengan menebar benih di atas dulang pembenihan seperti yang biasa dilakukan atau dengan cara yang lebih moden. 


Sistem ini saya reka dengan lebih mudah dan senang diletakkan di dalam rumah. Pemantauan telur pun senang dilakukan. Sistem ini mempercepatkan penetasan dan peratus penetasan juga tinggi. Dengan menggunakan tolakan air, telur akan digerakkan 360 darjah. Ia dapat mengelakkan telur daripada melekat antara satu sama lain. Dengan sistem ini, telur mudah menetas seawal 20 jam. Ia sangat berkesan dalam proses penetasan dan pengasingan rega dengan kulit telur mudah dilakukan.

SISTEM PENETASAN TELUR IKAN KELI

Antara kompenan yang perlu ada ialah:
1. Pam air
2. Paip PVC
3. Besen yang bersaiz besar yang cukup luas untuk menampung air
4. Dulang penampung rega
5. Pam dan penapis air
6. Pelaras air
7. Bekas plastik untuk mengumpul telur

Gambarajah 1: Gambaran ringkas sistem penetasan telur dengan menggunakan tolakkan air


Seperti yang saya terangkan, sistem penetasan ini menggunakan daya tolakan air ke atas telur. Telur akan bergerakan atau berputar-putar 360 darjah tanpa henti sehingga menetas dalam tempoh 24 jam. Rega akan mulai bergerak dan keluar melalui corong PVC dan terus ke dulang rega. Sisa telur akan tertinggal dalam bekas plastik dan mudah untuk dibuang. 



Seperti yang saya tunjukkan di atas, sistem penetasan tersebut saya ciptakan dengan lebih mudah dan senang diletak di dalam rumah. Dengan menggunakan sebuah besen yang bersaiz besar pun kita boleh membuat sistem tersebut. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Selamat mencuba.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

PEMBENIHAN IKAN KELI: SET PENETASAN TELUR KELISocialTwist Tell-a-Friend

Friday, March 22, 2013

HORMON PEMBENIHAN IKAN KELI

APA KHABAR kepada semua penternak ikan keli. Sudah lama saya tidak update blog atas kesibukan. Selama beberapa bulan ini, ramai penternak yang bertanya kepada saya samada terus melalui telefon ataupun yang datang ke ladang. Tahniah kerana semangat dan komitmen anda untuk menceburi bidang ternakan ikan keli ini. Memang sudah tidak asing lagi di Sabah terhadap permintaan ikan keli ini.

Ramai yang bertanya mengenai rahsia atau teknik pembenihan ikan keli. Ada banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh penternak. Namun kaedah yang paling popular dan cepat ialah teknik pembenihan secara aruhan. Teknik ini sangat komersial dan sering digunakan oleh peladang ikan keli secara besar-besaran. Ini kerana dengan teknik aruhan, kita muda untuk menganggar kuantiti anak benih ikan keli yang akan kita keluarkan. Teknik aruhan juga mudah dilakukan, dengan memahami langkah-langkah pembenihan, ianya boleh membawakan hasil yang baik.

Perlu difahami, ikan keli betina yang matang gonad (kantung telur) apabila ia mencecah umur 3 atau 4 bulan. Berat induk pada umur ini biasanya lebih kurang 300 gram. Dengan memerhatikan bentuk perut, mengeluarkan sedikit telur dengan menggunakan tiub atau mengurut perut induk secara perlahan ke arah kelamin. Perhatikan telur tersebut, biasanya telur akan berwarna hijau agak pekat bagi yang sudah matang atau hijau kekuningan cerah bagi yang belum seberapa matang. 

Telur yang matang iaitu berwarna hijau agak pekat perlu melalui proses perangsangan agar kuning telur membesar dan bersedia untuk dimasuki sperma jantan. Tahap inilah yang menetukan samada pembenihan tersebut menjadi ataupun tidak. Sebelum itu, induk jantan yang berukuran atau berumur lebih kurang sama dengan induk betina. Induk jantan hendaklah dipastikan sihat, tidak cacat. Pergerakkan yang agresif dan badan yang berkilat menunjukkan ikan tersebut berada dalam kondisi yang baik.

RANGSANGAN

Ini sangat penting. Setelah kita pastikan gonad ikan keli betina dalam keadaan matang iaitu agak membesar dan melihat contoh telur yang dikeluarkan berwarna agak hijau pekat, ianya menunjukkan induk ini sudah bersedia untuk dibenihkan tetapi hendaklah melalui proses rangsangan.

Di alam semulajadi, ransangan kebiasaannya berlaku pada waktu malam di mana beberapa ritual mengawan akan dilakukan oleh kedua-dua induk namun ianya harus berada lingkungan yang menyenangkan bagi induk. Tanpa gangguan, sunyi dan pada kedalaman air yang sesuai.

Tapi, untuk lebih komersial dan cepat, pengusaha moden lebih suka menggunakan teknik rangsangan bantuan. Ia menjanjikan lebih 95% kejayaan jika dibuat dengan betul. Sejenis cecair yang dipanggil hormon ovaprim disuntik dengan dos 0.5/kg bagi betina dan 0.25/kg bagi induk jantan. Kedua-duanya dipisahkan pada bekas yang terasing selama tempoh lebih kurang 8 jam untuk proses perangsangan. Selepas itu dapat dilakukan pengurutan telur seperti yang saya telah terangkan pada post yang lalu.

HORMON OVAPRIM

Penggunaan hormon ini sangat membantu dalam proses pembenihan secara aruhan. Bagi mereka yang mencari hormon ini bolehlah menghubungi saya 019-8428689 (En. Man) bergantung kepada stok yang sedia ada.


HARGA RM 135 / BOTOL (10 ML)  TERMASUK POS

Pertanyaan stok dan order hormon ovaprim sila WhatSapp di nombor: 011-12690801 (en. Man)




Baca Selanjutnya.. (Read More)

HORMON PEMBENIHAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...