Sunday, April 7, 2013

PERNIAGAAN IKAN KELI

BERMULA dari pengeluaran telur, benih, keli dewasa sehingga peringkat menjadi sumber protein untuk manusia adalah satu rantaian yang menjanjikan banyak ruang dan peluang untuk diceburi.


Keperluan pasaran ikan keli dewasa yang semakin meningkat kini semakin mendesak sehingga bekalan ikan keli sering tidak mencukupi. Antara penyebab utama bekalan ini sering kehabisan adalah kerana kurangnya jumlah penternak. 

Satu tinjauan yang saya buat 5 tahun yang lalu, antara penyebab penternak kurang menceburi adalah pertama disebabkan kurangnya pendedahan atau pengetahuan mengenai ternakan ini. Selain itu, sumber keperluan anak benih ikan keli juga menjadi faktor penyebab kekurangannya hasil ikan keli untuk pasaran.

Untuk mengekalkan industri inii terus berkembang, penternak perlu ramai menceburi bidang ini. Selain itu sumber anak benih perlu diperbanyakkan. 

IKAN KELI, SATU PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN

Namun bidang ini harus dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Rakan ternak diperhebatkan. Pengetahuan perlu dikongsi dan perbincangan dari masa ke semasa tentang industri harus dirancakkan. 


Perkongsian pengalaman antara penternak akan meningkatkan hasil ternakan. Satu rantaian harus diwujudkan. Banyak peluang yang dilihat dalam kitaran ternakan ikan keli ini. Penternak harus bijak mencari peluang dalam industri ini.

Mengikut pengalaman saya hampir 6 tahun, perusahaan ikan keli dapat membuka peluang-peluang perniagaan yang pelbagai, antaranya:
1. Membekal ikan keli
2. Membekal ubat-ubatan dan makanan ikan
3. Membekal kolam kanvas
4. Khidmat nasihat dan latihan
5. Membekal benih atau bibit ikan keli
6. Membekal peralatan ternakan ikan
7. Membekal hasil ikan keli seperti keli salai, serunding keli dll
8. Membuka restoran atau gerai menu ikan keli
9. Dan bermacam-macam lagi jika diterokai

Pendek kata, ternakan ikan keli adalah satu idea perniagaan yang boleh diceburi terutama mereka yang masih menganggur, yang berminat kerja sendiri. Ia satu bidang yang menguntungkan.

Apa yang penting ialah minat, yakin untuk maju, rajin dan bersungguh-sungguh. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Setiap kejayaan pastinya dengan usaha. Semoga anda berjaya.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

PERNIAGAAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Thursday, April 4, 2013

ARTEMIA

Rega ikan yang baru menetas dan berumur 48 jam sangat kecil. Ia sangat memerlukan makanan yang sangat halus dan lembut serta mudah ditelan oleh rega ikan. Selain saiz makanan yang kecil, ia juga perlu mengandungi nutrisi yang mencukupi untuk rega ikan membesar. Ia perlu mengandungi protein yang tinggi.



Untuk memenuhi keperluan mekanan rega ikan, ia perlu mengandungi khasiat tinggi terutama kandungan protein. Oleh itu artemia sangat sesuai selain moina, cacing sutera dan sebagainya.



Ini adalah artemia yang telah berjaya saya tetaskan selama 24 jam dengan menggunakan air bergaram. Ia mudah dikendalikan kerana telur artemia ini sudah tersedia dijual secara kering dalam tin dan pek. Dengan menggunakan air bergaram dan bantuan pengudaraan, artemia dapat ditetaskan dengan mudah dan sedia untuk diberikan kepada rega yang masih kecil. Pemberian artemia kepada rega dapat diteruskan sehingga rega ikan berumur seminggu. Pada umur tersebut, artemia dapat ditukar kepada pelet permulaan yang dihancurkan halus. Ia bertujan untuk melatih secara perlahan rega ikan keli agar biasa dengan pelet.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

ARTEMIASocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...