Sunday, April 7, 2013

PERNIAGAAN IKAN KELI

BERMULA dari pengeluaran telur, benih, keli dewasa sehingga peringkat menjadi sumber protein untuk manusia adalah satu rantaian yang menjanjikan banyak ruang dan peluang untuk diceburi.


Keperluan pasaran ikan keli dewasa yang semakin meningkat kini semakin mendesak sehingga bekalan ikan keli sering tidak mencukupi. Antara penyebab utama bekalan ini sering kehabisan adalah kerana kurangnya jumlah penternak. 

Satu tinjauan yang saya buat 5 tahun yang lalu, antara penyebab penternak kurang menceburi adalah pertama disebabkan kurangnya pendedahan atau pengetahuan mengenai ternakan ini. Selain itu, sumber keperluan anak benih ikan keli juga menjadi faktor penyebab kekurangannya hasil ikan keli untuk pasaran.

Untuk mengekalkan industri inii terus berkembang, penternak perlu ramai menceburi bidang ini. Selain itu sumber anak benih perlu diperbanyakkan. 

IKAN KELI, SATU PERNIAGAAN YANG SANGAT MENGUNTUNGKAN

Namun bidang ini harus dijalankan dengan bersungguh-sungguh. Rakan ternak diperhebatkan. Pengetahuan perlu dikongsi dan perbincangan dari masa ke semasa tentang industri harus dirancakkan. 


Perkongsian pengalaman antara penternak akan meningkatkan hasil ternakan. Satu rantaian harus diwujudkan. Banyak peluang yang dilihat dalam kitaran ternakan ikan keli ini. Penternak harus bijak mencari peluang dalam industri ini.

Mengikut pengalaman saya hampir 6 tahun, perusahaan ikan keli dapat membuka peluang-peluang perniagaan yang pelbagai, antaranya:
1. Membekal ikan keli
2. Membekal ubat-ubatan dan makanan ikan
3. Membekal kolam kanvas
4. Khidmat nasihat dan latihan
5. Membekal benih atau bibit ikan keli
6. Membekal peralatan ternakan ikan
7. Membekal hasil ikan keli seperti keli salai, serunding keli dll
8. Membuka restoran atau gerai menu ikan keli
9. Dan bermacam-macam lagi jika diterokai

Pendek kata, ternakan ikan keli adalah satu idea perniagaan yang boleh diceburi terutama mereka yang masih menganggur, yang berminat kerja sendiri. Ia satu bidang yang menguntungkan.

Apa yang penting ialah minat, yakin untuk maju, rajin dan bersungguh-sungguh. Tiada kejayaan yang datang bergolek. Setiap kejayaan pastinya dengan usaha. Semoga anda berjaya.


PERNIAGAAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...