Showing posts with label bibit ikan keli. Show all posts
Showing posts with label bibit ikan keli. Show all posts

Wednesday, March 18, 2015

PENETASAN TELUR IKAN KELI

Telur ikan keli akan mula menetas selepas 24 jam. Rega akan meninggalkan cengkerang dan berenang Mencari tempat yang redup, biasa berkumpul di sudut kolam kerana sensitif terhadap cahaya. Ia masih menyerap kantung telurnya yang berwarna hijau sehingga 72 jam. Selepas itu, akan mula Mencari makanan.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PENETASAN TELUR IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Monday, February 16, 2015

BINCANG IKAN KELI

Untuk pertanyaan yang lebih lanjut tentang ikan keli, boleh hubungi saya Rahman Abdul Rashid di nombor:


WhatSapp:  016-8470073






Baca Selanjutnya.. (Read More)

BINCANG IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, July 6, 2013

PENYEDIAAN ASAS AIR KOLAM UNTUK ANAK IKAN KELI

JIKA sumber air datang dari air paip yang dirawat (air paip rumah) sudah semestinya kita perlu meneutralkan kandungan klorin dalam air tersebut. Ini kerana, kandungan klorin yang berlebihan dapat membunuh anak ikan kerana anak ikan keli tidak akan tahan dengan kandungan klorin. Klorin dapat merosakkan sistem dalaman ikan. Di samping itu, klorin juga dapat membunuh bakteria baik yang digunakan untuk perkembangan plankton.

CARA MEMBUANG KLORIN

Ada beberapa kaedah yang mudah, antaranya dengan menggunakan anti klorin. Namun penggunaan anti klorin kurang sesuai jika kita menggunakan pada kolam-kolam yang bersaiz besar. Antara yang terbaik ialah, dengan membiarkan air tersebut terdedah dengan matahari selama 3 – 4 hari. Klorin akan ‘termati’ sendirinya dan mendap.

CARA MENYUBURKAN AIR KOLAM

settingkolam

Sebelum menyediakan air, isikan sedikit lapisan tanah yang bebas kimia beracun. Taburkan tanah tersebut sebagai alas dasar kolam kanvas anda. Kemudian isikan air paip dan dedahkan dengan matahari selama 3 – 4 hari. Selepas itu, masukan E.M sebanyak 200ml untuk kuantiti air 1 kaki X 6 kaki X 14 kaki. Kemudian biarkan selama 24 Jam. Setelah itu baru dimasukkan anak keli. Kita akan nampak air kolam mulai menghijau menandakan pertumbuhan plankton. Ini adalah petunjuk air kolam sudah mulai berinteraksi membentuk rantaian hidupan akuatik secara semulajadi. Setelah air kolam mulai subur, kelihatan anak-anak ikan keli akan mulai membesar dengan cepat. Selepas 10 hari atau 2 minggu, lakukan penggredan untuk mengasingkan saiz ikan. Kelewatan anda melakukan penggredan akan mengurangkan jumlah ikan keli anda kerana faktor kanibalisme. Anda perlu berhati-hati pada anak ikan keli yang berada pada fasa 2 iaitu saiz 2 inci hingga 5 inci.

Selamat menternak dan maju jaya.

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PENYEDIAAN ASAS AIR KOLAM UNTUK ANAK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Friday, March 22, 2013

HORMON PEMBENIHAN IKAN KELI

APA KHABAR kepada semua penternak ikan keli. Sudah lama saya tidak update blog atas kesibukan. Selama beberapa bulan ini, ramai penternak yang bertanya kepada saya samada terus melalui telefon ataupun yang datang ke ladang. Tahniah kerana semangat dan komitmen anda untuk menceburi bidang ternakan ikan keli ini. Memang sudah tidak asing lagi di Sabah terhadap permintaan ikan keli ini.

Ramai yang bertanya mengenai rahsia atau teknik pembenihan ikan keli. Ada banyak kaedah yang boleh dilakukan oleh penternak. Namun kaedah yang paling popular dan cepat ialah teknik pembenihan secara aruhan. Teknik ini sangat komersial dan sering digunakan oleh peladang ikan keli secara besar-besaran. Ini kerana dengan teknik aruhan, kita muda untuk menganggar kuantiti anak benih ikan keli yang akan kita keluarkan. Teknik aruhan juga mudah dilakukan, dengan memahami langkah-langkah pembenihan, ianya boleh membawakan hasil yang baik.

Perlu difahami, ikan keli betina yang matang gonad (kantung telur) apabila ia mencecah umur 3 atau 4 bulan. Berat induk pada umur ini biasanya lebih kurang 300 gram. Dengan memerhatikan bentuk perut, mengeluarkan sedikit telur dengan menggunakan tiub atau mengurut perut induk secara perlahan ke arah kelamin. Perhatikan telur tersebut, biasanya telur akan berwarna hijau agak pekat bagi yang sudah matang atau hijau kekuningan cerah bagi yang belum seberapa matang. 

Telur yang matang iaitu berwarna hijau agak pekat perlu melalui proses perangsangan agar kuning telur membesar dan bersedia untuk dimasuki sperma jantan. Tahap inilah yang menetukan samada pembenihan tersebut menjadi ataupun tidak. Sebelum itu, induk jantan yang berukuran atau berumur lebih kurang sama dengan induk betina. Induk jantan hendaklah dipastikan sihat, tidak cacat. Pergerakkan yang agresif dan badan yang berkilat menunjukkan ikan tersebut berada dalam kondisi yang baik.

RANGSANGAN

Ini sangat penting. Setelah kita pastikan gonad ikan keli betina dalam keadaan matang iaitu agak membesar dan melihat contoh telur yang dikeluarkan berwarna agak hijau pekat, ianya menunjukkan induk ini sudah bersedia untuk dibenihkan tetapi hendaklah melalui proses rangsangan.

Di alam semulajadi, ransangan kebiasaannya berlaku pada waktu malam di mana beberapa ritual mengawan akan dilakukan oleh kedua-dua induk namun ianya harus berada lingkungan yang menyenangkan bagi induk. Tanpa gangguan, sunyi dan pada kedalaman air yang sesuai.

Tapi, untuk lebih komersial dan cepat, pengusaha moden lebih suka menggunakan teknik rangsangan bantuan. Ia menjanjikan lebih 95% kejayaan jika dibuat dengan betul. Sejenis cecair yang dipanggil hormon ovaprim disuntik dengan dos 0.5/kg bagi betina dan 0.25/kg bagi induk jantan. Kedua-duanya dipisahkan pada bekas yang terasing selama tempoh lebih kurang 8 jam untuk proses perangsangan. Selepas itu dapat dilakukan pengurutan telur seperti yang saya telah terangkan pada post yang lalu.

HORMON OVAPRIM

Penggunaan hormon ini sangat membantu dalam proses pembenihan secara aruhan. Bagi mereka yang mencari hormon ini bolehlah menghubungi saya 019-8428689 (En. Man) bergantung kepada stok yang sedia ada.


HARGA RM 135 / BOTOL (10 ML)  TERMASUK POS

Pertanyaan stok dan order hormon ovaprim sila WhatSapp di nombor: 011-12690801 (en. Man)




Baca Selanjutnya.. (Read More)

HORMON PEMBENIHAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, April 22, 2012

PEMBEKAL BIBIT ATAU BENIH IKAN KELI DI SABAH

KAMI MEMBEKAL BIBIT IKAN KELI untuk negeri Sabah sahaja. Kami mengeluarkan bibit ikan keli Afrika (Clarias Gariepinus). Menggunakan teknik pembenihan dan formula pembesaran ikan dapat menjadikan bibit ikan keli kami berkualiti.
KENAPA ANDA PERLU MEMBELI BIBIT IKAN KELI DARIPADA KAMI?



1. Bibit ikan keli kami diberi makan makanan istimewa ‘Artemia’ dan makanan asli menjadikan ianya bibit yang mampu membesar dengan baik.
2. Bibit ikan keli telah dilatih makan pelet hancur sebelum dijual untuk memudahkan penternak terus memberi makan bibit keli dengan pelet kisar.
3. Kami hanya mengeluarkan bibit ikan berdasarkan umur purata. Perlu anda pastikan sebelum anda membeli bibit keli dari mana-mana pembekal, pastikan umur bibit. Bibit ikan keli yang mencapai 3 minggu lebih tahan pada lingkungan penternakan.
4. Setiap mereka yang membeli bibit ikan keli dengan kami, secara langsung menjadi rakan ternak kami dan berpeluang menjual semula ikan keli kepada kami.
5. Anda memperolehi tips secara PERCUMA apabila anda berkunjung ke ladang ternakan ikan keli kami.

UNTUK MEMBELI BIBITm/BENIH IKAN KELI SILA HUBUNG:

WhatsApp: 0168470073  ( En.Man)


Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PEMBEKAL BIBIT ATAU BENIH IKAN KELI DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...