Friday, September 25, 2009

Ciri-Ciri Kematangan Induk Keli

Biasanya kematangan induk dapat diketahui daripada pemerhatian keatas 'Genital Papila' dan faktor-faktor berikut :

















a. Induk Jantan
* Badan memanjang tidak gemuk
* 'Genital Papila' kelihatan pejal
* Tidak cacat
* Berusia 4 bulan dan keatas
* Berat badan 500gm dan keatas

b. Induk Betina


* Perut kelihatan buncit dan lembut ketika dipicit
* 'Genital Papila' kelihatan membengkak dan berwarna kemerah-merahan
* Keluar telur berwarna hijau tua dari Genital Papila apabila dipicit


* Berusia 6 bulan dan keatas
* Tidak berdarah apabila bahagian tempat telur dipicit
* Berat badan 600gm dan keatas













sumber: Pengeluaran benih ikan keli afrika (clarias spp), Jab Pertanian Sarawak




Baca Selanjutnya.. (Read More)

Ciri-Ciri Kematangan Induk KeliSocialTwist Tell-a-Friend

Serunding keli ke pasaran antarabangsa

Serunding keli ke pasaran antarabangsa
Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR (dipetik dari Utusan Malaysia Online)

SEPANG 13 Julai - Serunding ikan keli bakal menembusi pasaran China dan Asia Barat menjelang September ini.

Pengurus Besar Delegasi Mutiara Sdn. Bhd., Mishar Minhat berkata, ia adalah langkah permulaan bagi Malaysia mempromosikan produk makanan tempatan ke pasaran antarabangsa.
Selain itu kata beliau, sambal ikan keli dan ikan keli dalam tin juga akan turut dipasarkan ke negara-negara tersebut.

''Kami juga berjaya memasuki pasaran Amerika Syarikat dan United Kingdom,'' jelasnya pada Bengkel Insentif Usahawan Ikan Keli Mega-Utusan di sini hari ini.

Bengkel tersebut dianjurkan bersama Pusat Pengembangan, Keusahawan dan Pemajuan Pofesional (APEEC) Universiti Putra Malaysia (UPM), AgroBank dan Active Surge Sdn. Bhd. (ASSB).

Mishar berkata, pada masa ini pihaknya akan mensasarkan sebanyak 60 peratus penjualan produk untuk pasaran antarabangsa dan 40 peratus bagi pasaran tempatan.

''Pemasaran keli ini masih lagi berada dalam peringkat percubaan, namun kita yakin produk tersebut mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

''Kami yakin produk tersebut memiliki pasaran yang cerah kerana penduduk dunia hari ini semakin menggemari ikan air tawar berbanding ikan laut,'' ujarnya.

Beliau berkata, Delegasi Mutiara akan menggunakan jenama Rawbite sebagai identiti produk-produk tersebut.

''Rawbite sudah didaftarkan sebagai sebuah jenama rasmi untuk produk syarikat kami,'' ujarnya.
Dalam pada itu beliau memberitahu, syarikat juga sedang dalam peringkat akhir untuk membuka kilang penghasilan makanan untuk haiwan ternakan di Terengganu.

''Kilang sedang dalam proses pemasangan mesin dan dijangka mula beroperasi pada pertengahan Ogos ini,'' katanya.

Tambahnya, projek tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat membantu golongan petani dan penternak untuk mengurangkan kos pengeluaran mereka.





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Serunding keli ke pasaran antarabangsaSocialTwist Tell-a-Friend

5 KEKUATAN MENUJU KEJAYAAN

Sebagai penternak, kita perlu ada 5 kekuatan ini untuk menjadi penternak yang berjaya. (5 kekuatan menuju kejayaan -Irfan Khairi)


1. Fokus
Mempunyai daya fokus yang kuat. Apabila menetapkan matlamat, saya memberi fokus yang amat hebat kepada matlamat tersebut. Perkara-perkara lain yang tidak membawa kepada pencapaian matlamat itu akan menjadi sebagai “gangguan”…

2. Mencari ilmu
Rajinlah mencari ilmu dengan cara membaca dan juga bertanya pada mereka yang lebih pakar…

3: Bijak mencari peluang
Banyak berfikir dan mencari peluang. Fikirkanlah beberapa idea perniagaan setiap hari.

4: Kreatif
Bukan sahaja kreatif dari segi rekacipta, tetapi, kreatif dalam cara pendekatan. Mencari idea-idea baru dalam pendekatan perniagaan atau konsep.

5: Kesabaran
Untuk berjaya, sememangnya terdapat banyak cabaran. Cabaran dalam perniagaan, cabaran dalam usaha, tak lupa juga cabaran dari segi mental apaila terdapat segelintir dikeliling kita cuba menjatuhkan dan melemahkan usaha kita…









Baca Selanjutnya.. (Read More)

5 KEKUATAN MENUJU KEJAYAANSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, September 20, 2009

20 Amalan Di Murahkan Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah (SWT) limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah (SWT) memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh
menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah (SWT) tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti
firman-Nya dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya
maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup
kefakiranmu. " (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan
Allah (SWT), yang menjadi sebab Allah (SWT) jatuh kasih dan kasihan
pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si
hamba. Sabda Nabi s.a.w.:

"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah (SWT) s.w.t akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan
memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu
Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah (SWT) jika masih buat dosa. Dosa
bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi
s.a.w.:

"… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya." (Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah (SWT)
Banyak ingat Allah (SWT) buatkan hati tenang dan kehidupan terasa
lapang. Ini rezeki yang hanya Allah (SWT) beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:

"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan
mengingati Allah (SWT). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah (SWT)
hati menjadi tenteram." (Ar-Ra'd: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa
yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti
kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w.
juga bersabda:

"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan
Allah (SWT) akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala,
at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan
sabda Nabi s.a.w.:

"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah (SWT)) daripadanya. " (Riwayat
al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga
isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:

"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan rezeki
dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah (SWT) akan
menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak
tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a'lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan
tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya. "

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian
sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. " (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman
mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
(SWT). Baginda s.a.w. bersabda:

"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah (SWT) akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina
Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah (SWT) dan menjadi sebab Allah (SWT)
buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:

"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah (SWT) azza wajalla kepada setiap hamba
sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang
lain, nescaya Allah (SWT) membanyakkan baginya. Dan siapa yang
menyedikitkan, nescaya Allah (SWT) menyedikitkan baginya." (Riwayat
ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh
rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan
doanya dimakbulkan Allah (SWT).

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan
dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman
Allah (SWT) dalam hadis qudsi:

"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti
akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." (Riwayat al-Hakim
dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah (SWT)
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah (SWT).
Lawannya adalah kufur nikmat. Allah (SWT) berfirman:

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur,
sesungguhnya azab-Ku amat keras." (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: "… dan
Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (Ali
Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan,
menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk
keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama,
diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca
secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh
menjadi sebab Allah (SWT) lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.

Salah satu nama Allah (SWT), al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan
dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca "Ya Allah (SWT) ya Fattah" berulang-ulang, diiringi
doa: "Ya Allah (SWT), bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah
pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim." Ada juga hadis
menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak
akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah (SWT), penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam
al-Quran, Allah (SWT) suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan
perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis
sahih dikatakan bahawa Allah (SWT) berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah (SWT)
beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi
Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh
membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak
tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak
anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang
baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi
baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah
(SWT). Firman-Nya:

"Barang siapa bertawakal kepada Allah (SWT), nescaya Allah (SWT)
mencukupkan (keperluannya) ." (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan
sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung
diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang."
(Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari
Umar bin al-Khattab r.a.)

Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada
takwa. Dengan takwa, Allah (SWT) akan beri "jalan keluar (dari segala
perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)

Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan
ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah (SWT), lalu Allah (SWT)
limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan
pemberian-Nya. 

SELAMAT BERAMAL, SEMOGA BISNES KITA SEMUA SEMAKIN MAJU - AMIN





Baca Selanjutnya.. (Read More)

20 Amalan Di Murahkan RezekiSocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, September 19, 2009

Cara Menternak Ikan Keli

Ada berbagai cara menternak ikan keli ini, antaranya anda boleh gunakan kolam tanah,

















 Kolam konkrit,





Kaedah sangkar,




Dalam tangki polytank,




Dan yang paling popular pada masa kini adalah menggunakan kaedah kolam kanvas. Ianya murah dan senang dikendalikan.















Segala-galanya terpulang kepada saiz projek anda dan modal yang akan anda laburkan. Selamat maju jaya.





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Cara Menternak Ikan KeliSocialTwist Tell-a-Friend

KOLEKSI RESIPI MASAKAN IKAN KELI


















RESIPI KELI SALAI MASAK LEMAK CILI API

Bahan-Bahan
1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah) di salai/di panggang.
1 biji kelapa atau santan segar RM2
30-50 ulas cili padi
10 ulas belimbing buluh
5 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit (dimayang halus)
Garam secukup rasa
Cara Masakan
Kisar cili padi, bawang dan kunyit dengan air yang minima. Boleh juga ditumbuk

menggunakan lesung batu.
Panaskan 2 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan

sebahagian santan dan kacau rata.
Masukkan ikan keli yang sudah dipanggang beserta belimbing buluh.
Kemudian masukkan baki santan dan kacau. Masukkan daun kunyit dan asam gelugur.
Masukkan garam.
Tutupkan api setelah mendidih dengan sempurna.
Bolehlah dihidang dengan nasi panas.





-----------------------------------------------------





RESEPI IKAN KELI BERLADA
 
5 ekor ikan keli sederhana besar
1 keping asam gelugur/asam keping
secubit gula
secubit garam dan kunyit
minyak untuk menumis
Bahan dikisar :
20 biji cili api
10 biji cili merah

Cara-cara

   1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
   2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
   3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
   4. Angkat dan tuang di atas ikan keli gereng tadi. yummy.....sedap.........


......nantikan koleksi yang terbaru akan datang .....



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOLEKSI RESIPI MASAKAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Mengatasi serangan ikan keli

Secara lazimnya, ikan keli akan menyerang sesama sendiri yang boleh menyebabkan kematian atau kerosakkan fizikal ikan keli yang akan menyebabkan serangan penyakit. Ada berbagai cara untuk mengatasi maslah ini.






Kesan serangan ikan keli








Berikut ada tips yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Kaedah ini saya perolehi ketika mengadakan lawatan kursus ke Ko-Nelayan di Tuaran Sabah. Untuk mengatasi masalah ini, mereka memasukkan potongan-potongan PVC sebagai tempat perlindungan ikan keli. Dengan cara ini, ikan-ikan tidak akan dapat menyerang sesama sendiri.




























Selamat mencuba..





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Mengatasi serangan ikan keliSocialTwist Tell-a-Friend

Penyakit ikan keli


Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki


Penyakit bintik putih 'white spot' yang menyerang keseluruhan badan ikan keli. Ianya disebabkan oleh patogen yang terdapat air kolam yang tidak bersih.

Kerosakkan pada fizikal ikan keli yang kena penyakit.


















Anak ikan keli yang mati kena penyakit perlu dibuang dan dimusnahkan segera.


Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:

Gejala Penyakit
Jenis penyakit
Langkah Pencegahan
1
Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan
2
Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari
3
Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit
4
Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.
5
Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit
6
Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam
7
Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.
8
Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.
9
Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit

Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books



Baca Selanjutnya.. (Read More)

Penyakit ikan keliSocialTwist Tell-a-Friend

Kualiti air untuk ternakan keli

Bagi kawan-kawan yang ingin berjinak-jinak dengan ternakan ikan keli ini, kualiti air perlu dititkberatkan. Kefahaman tentang kualiti air perlu ada dan saya nasihatkan banyakkan buat kajian, pembacaan dan sertai kursus ternaakan ikan. Sebab, dalam bidang ini, air adalah punca utama keberhasilan dan kejayaan. Jika aspek ini diabaikan maka musnahlah segala-galanya.

AIR HIJAU

Air hijau adalah air yang kaya dengan pytoplankton dan sangat baik utnuk membekal sumber protein kepada ikan. Air ini boleh dikultur untuk ternakan keli.



















Pra-kata
Bagi membantu para penternak ikan memahami dengan lebih baik mengenai sifat-sifat air yang secara langsungnya akan memudahkan para penternak untuk menguruskan aktiviti ternakan ikan masing-masing, disini diberikan sedikit nota yang diharap akan dapat membantu para penternak menjalankan usaha ternakan dengan lebih berjaya.
Sebagaimana yang diketahui, air adalah merupakan media untuk kehidupan ikan dan lain-lain organisma air, seperti juga udara kepada manusia dan lain-lain hidupan darat. Oleh itu adalah penting bagi para penternak memahami kehendak ikan (organisma air) yang diternak bagi mendapatkan hasil yang tinggi seperti yang diharapkan. Dibawah ini adalah perkara-perkara yang dijangkakan perlu untuk pengetahuan para penternak.

• Pengenalan
• Sifat-sifat fizikal air
• Keseimbangan air dalam ikan
• Punca-punca air
• Kuantiti air
• Kualiti air
• Faktor fizikal air
• Faktor kimia air
Pengenalan
Kepentingan kualiti air dalam akuakultur
Semua ikan, seperti juga semua organisma air, menjalankan semua fungsi kehidupan dalam air. Oleh kerana ikan amat bergantung kepada air untuk mendapatkan oksigen untuk bernafas, mencari makanan dan membesar, mengimbangi kandungan garam dalam badan, mengeluarkan bahan buangan dari proses perkumuhan, dan mengawan dan membiak, maka adalah penting bagi penternak memahami kualiti air, samada dari segi fizikal dan kimia, adalah kritikal bagi menentukan aktiviti akuakultur yang dijalankan dapat memberikan pulangan yang diharapkan. Kejayaan operasi akuakultur amat bergantung kepada kualiti air yang baik!!

Sifat fizikal air
Air merupakan satu media yang dapat menampung jumlah haba yang besar tanpa peningkatan suhu yang tinggi. Sifat ini dinamakan Dayatampung haba "heat capacity" yang mempunyai implikasi keatas ikan dan lain-lain organisma akuatik. Sifat ini dapat menjadikan air sebagai penampan kepada perubahan suhu yang luas. Semakin besar satu-satu badan perairan itu, semakin perlahan perubahan suhu boleh berlaku.

Keseimbangan air dalam ikan
Kebanyakan bahan buangan nitrogen oleh organisma darat adalah melalui buah pinggang. Sebaliknya, bagi ikan pula, fungsi mengeluarkan bahan nitrogen adalah melalui insang (ammonia adalah bahan utama yang dibuang!!). Insang ikan adalah amat telus kepada air dan garam. Kalau dilaut, kemasinan air adalah lebih tinggi dari bahan cecair ikan. Dalam persekitaran yang sedemikian, ikan air masin akan meminum air laut dengan banyak dan mengeluarkan sejumlah kecil air buangan yang mempunyai kepekatan garam yang tinggi.
Bagi ikan-ikan airtawar pula, keadaan sebaliknya berlaku. Garam akan sentiasa dikeluarkan melalui insang dan sejumlah air yang banyak akan meresap masuk kedalam badan ikan melalui kulit dan juga insang ikan. Ini adalah kerana kepekatan garam dalam badan ikan adalah lebih tinggi dari kepekatan garam dimana ikan tersebut hidup. Bagi mengimbangi jumlah resapan air yang banyak, maka ikan airtawar akan mengeluarkan sejumlah air yang banyak melalui buah pinggang. Oleh itu, kita dapati kepekatan garam dalam air buangan ikan airtawar adalah amat rendah. Dengan memahami kepentingan menjaga keseimbangan air dalam ikan airtawar, maka kita dapat memahami kenapa sedikit garam perlu dilarutkan kedalam air yang digunakan untuk mengangkut ikan hidup dari satu tempat kesatu tempat yang lain.

Punca ( sumber ) bekalan air
Didalam aktiviti akuakultur, terutamanya yang dilakukan secara komersial, air selalunya adalah faktor penghad. Banyak faktor kimia dan persekitaran yang negative didalam operasi akuakultur berpunca dari dari sumber air yang digunakan. Oleh itu amatlah penting pemilihan tapak untuk aktiviti akuakultur dibuat berdasarkan kepada kualiti dan juga kuantiti air yang terdapat. Punca (sumber) bekalan air yang selalu digunakan untuk aktiviti akuakultur selalu diperolehi dari sungai, terusan, tasik/empangan, dan juga air bawah tanah.

Kuantiti air
Bagi memulakan sesuatu aktiviti akuakultur, ramai diantara para penternak kurang mengambil berat mengenai kuantiti air yang diperlukan untuk aktiviti tersebut. Bagi penternak yang ingin menjalankan aktiviti akuakultur secara komersial, keperluan air hendaklah dijadikan salah satu dari faktor utama didalam peringkat perancangan lagi. Secara amnya, kadar aliran minima air (40 liter per minit) adalah diperlukan bagi permukaan kolam seluas 0.25 hektar. Dengan mengambilkira faktor ini, seseorang yang ingin menjalankan aktiviti ternakan seluas 25 hektar perlu memastikan bahawa keprluan air yang mencukupi dapat diperolehi (4000 liter per minit). Jumlah air yang bayak itu adalah bagi menggantikan jumlah air yang hilang melalui proses evaporasi dan juga resapan. Selain dari itu penternak juga perlu mengisi banyak kolam terutama semasa musim pembiakan (kepada yang menjalankan aktiviti pembiakan selain dari ternakan!). Bagi sistem ternakan dalam "raceway" kadar aliran air yang sesuai adalah pada tahap 2000 liter per minit. Juga bagi sistem ternakan ikan secara air pusingan "recirculating system" memerlukan jumlah air yang agak banyak. Sekurang-kurang nya 5 - 7 % air perlu ditambah!

Faktor fizikal air dan Suhu
Selepas kandungan oksigen terlarut, suhu air merupakan satu faktor yang penting kepada ikan. Ikan adalah organisma berdarah sejuk dan mempunyai suhu badan yang sama dengan suhu persekitarannya (air). Suhu air akan memberi kesan keatas aktiviti, pergerakan, makan, tumbesaran dan pembiakan semua ikan. Kadar metabolik ikan akan berganda setiap peningkatan suhu sebanyak 18o F. Secara amnya julat suhu yang sesuai bagi ikan-ikan dikawasan tropika adalah diantara 75 - 90 F (23.8-32.2o C).
Suhu air juga memainkan peranan didalam menentukan jumlah gas (oksigen, karbon dioksida, nitrogen,dll) yang boleh terlarut didalam air. Semakin sejuk air semakin banyak kandungan gas yang dapat terlarut. Suhu juga memainkan peranan didalam proses stratifikasi termal "thermal stratification". Keadaan sedemikian berlaku selalunya dibadan-badan perairan yang besar dan dalam, misalnya tasik/empangan. Bagi para penternak yang menjalankan aktiviti ternakan ikan dalam sangkar harus mengambil berat mengenai perkara ini. Air yang lebih sejuk adalah lebih berat dari air yang panas. Perbezaan yang sedemikian akan menyebabkan air tadi tidak dapat bercampur. Kandungan oksigen didasar tasik/empangan adalah lebih rendah (kandungan oksigen terlarut boleh menurun sehingga <1 h20 ="="="(cahaya"> CH2O + O2
bahan (pigment) yang bertanggungjawab dinamakan chlorofil
Disebabkan oleh proses fotosintesis ini bergantung kepada cahaya matahari, kandungan oksigen yang tinggi akan didapati didalam air kolam pada waktu selepas tengahari ( antara pukul 3 - 5 petang !! ). Pada waktu malam, fotosintesis tidak akan berlaku !! Sebaliknya pula, proses respirasi pula akan menjadi proses utama didalam kolam. Proses ini akan menggunakan oksigen yang ada dan akan mengeluarkan karbon dioksida. Harus diambil perhatian, proses respirasi ini sebenarnya berlaku setiap ketika, tidak terkecuali waktu siang, tetapi masalah kekurang oksigen untuk respirasi tidak berlaku kerana oksigen banyak dikeluarkan !! Masalah akan timbul diwaktu cuaca mendung yang berpanjangan. Para penternak harus bersedia bagi menghadapi masalah kekurangan oksigen didalam kolam ternakan.










Baca Selanjutnya.. (Read More)

Kualiti air untuk ternakan keliSocialTwist Tell-a-Friend

DUIT DATANG DARI KOLAM


" 9 dari 10 rezeki ada dalam perniagaan" - sabda Nabi Muhammad S.A.W.

Sesuatu yang kita kerjakan dengan bersungguh-sungguh akan memberikan pulangan pada kita. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakkal (D.U.I.T) adalah kunci kejayaan. Kesungguhan. minat dan ilmu adalah asas yang paling penting dalam mengusahakan bidang akuaklutur terutama ternakan ikan keli. Fokuskan kepada kejayaan dan jangan pedulikan gangguan-gangguan yang mungkin akan mengubah fokus anda. Jika anda telah pun membuat kiraan keuntungan di atas kertas, kenapa pula anda perlu berundur? Teruskan usaha dan fokus.

   



BISNES IKAN KELI




Permintaan ikan keli pada akhir-akhir ini semakin meningkat. Ikan lumpur yang dahulunya dipandang rendah kini mendapat tempat di hati pengguna dan harga pula semakin menaik. Dengan masakan yang pelbagai ianya menjadi kegemaran masa kini ditambah dengan khasiatnya yang tinggi menyebabkan permintaan semakin meningkat. Selain itu, ikan ini sudah mula diproses dengan pelbagai hasil seperti keropok, serunding, salai, bebola ikan, sardin dan sebagainya menyebabkan peluang semakin meningkat.

 

Dari segi harga,
Untuk harga Sabah agak sedikit beruntung kerana harganya yang agak tinggi. Untuk harga pasaran terbuka di Kota Kinabalu harga ikan keli hidup sahaja mencapai Rm18.00 hingga Rm20.00 sekilogram. Harga borong boleh mencapai Rm9.00 hingga Rm12.00 Sekligram. Harga anak benih pula boleh mencapai dari harga 25 sen hingga 40 sen bagi saiz 1 inci. Tambahan pula ikan ini mendapat sambutan kerana ia dijual paling segar dalam dunia iaitu dijual dalam keadaan hidup. Jika dibandingkan dengan ikan dari laut walaupun dikatakan baru ditangkap tapi ikan tersebut sudah mati dan di ais. Kalau di Kota Kinabalu, untuk mendapatkan ikan laut paling segar amat sukar dan paling dikhuatiri adalah hasil ikan yang dibom atau diracun dan tambahan pula dibubuh ubat agar ikan kelihatan segar tetapi sebaliknya sudah 2 atau 3 minggu dalam tong ais. Daripada 'survey' yang saya lakukan rata-rata akan memilih ikan yang hidup sebagai ikan yang betul-betul segar. Nah, inilah peluang yang menanti kita untuk bisnes ikan keli. Salah satu kebaikan ternakan ini, ikan keli tidak ada musim. Walaupun musim tengkujuh, kita tetap dapat memenuhi pasaran bekalan ikan. Bagi mereka yang mengusahakan
restoran atau gerai makan inilah peluang mereka menghidang menu masakan berasaskan ikan keli kerana bekalan yang tidak bermusim. Ditambah rasa ikan yang sedap, lembut, dan rasa unik ikan air tawar yang tidak ada pada ikan lain.

Bisnes ikan keli bagi saya adalah satu bisnes tidak ada penghujung. Selagi ada manusia, selagi itu permintaan ikan keli tetap ada. Pada masa sekarang pun, pihak kerajaan telah pun mempromosikan ikan air tawar khususnya ikan keli ke sekolah-sekolah dan kolej sekurang-kurang seminggu sekali. Berikut adalah petikan berita yang pernah disiarkan di utusan Malaysia:


Saji ikan air tawar di asrama

Oleh NOR SEDEK ISMAIL
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 21 Jun - Kabinet bersetuju mewajibkan pihak pentadbiran asrama di sekolah, kolej dan universiti menyediakan satu hidangan berasaskan ikan air tawar sekali seminggu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Nor Omar berkata, langkah itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet Rabu lalu sebagai cara untuk mempromosikan ikan air tawar kepada generasi muda.
Bagaimanapun, jelasnya, syarat itu hanya ditetapkan kepada kontrak baru yang membekalkan makanan di institusi-institusi pendidikan terbabit.
''Pendekatan ini membolehkan usaha promosi ikan air tawar lebih berkesan dan generasi muda tidak merasa janggal dengan hidangan tersebut.
''Secara langsung dengan dasar baru berkenaan, masa depan industri akuakultur di negara ini akan berkembang dan bertambah baik,'' katanya.
Noh bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Promosi Ikan Air Tawar di Pasar Tani Peringkat Kebangsaan di Tapak Pasar Tani Mega, Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Turut hadir isteri beliau, Prof. Dr. Datin Aishah Salleh, timbalan menterinya, Datuk Rohani Abdul Karim dan Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung Karang berkata, kerajaan memberi perhatian serius terhadap usaha-usaha promosi tersebut kerana negara mengimport 350,000 tan ikan dan produk ikan air masin tidak kurang daripada RM2.2 bilion setiap tahun.
Ekoran itu, jelasnya, peningkatan sumber ikan terutamanya daripada industri akuakultur diharap dapat menjadi sumber pengganti kepada ikan basah yang diimport terutama menerusi Program Projek Berimpak Tinggi-Zon Industri Akuakultur (HIP-ZIA).
Antara projek ZIA adalah di Sungai Como, Tasik Kenyir (Terengganu), Tasik Temenggor (Perak), Tasik Pergau (Kelantan), Tasik Pedu (Kedah) dan Ulu Teriang (Negeri Sembilan).
''Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM358 juta untuk membina infrastruktur asas dan peralatan sokongan teknikal bagi menarik penglibatan sektor swasta dalam industri akuakultur yang telah dijadikan industri berimpak besar di negara ini.
''Ini semua melibatkan 28,000 kawasan di seluruh negara merangkumi darat, kawasan air tawar dan laut,'' ujarnya.
Malah, katanya lagi, bagi memastikan industri ikan air tawar terus terjamin, kementeriannya akan membentangkan Akta Bekalan Makanan Haiwan di Parlimen.
Menurut Noh, antaranya akta itu akan memastikan bahan makanan termasuk daripada ikan air tawar adalah bersih dan suci supaya tidak menimbulkan keresahan pengguna Islam.
Tambahnya, pihak yang melanggar peraturan itu akan dikenakan hukuman denda atau penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan.
''Di bawah akta itu juga, kita dapat membendung kegiatan dianggap sabotaj industri ikan air tawar seperti pernah berlaku terhadap penjualan ikan patin dan baru-baru ini ikan keli kerana ternakan tersebut telah diberi makanan daripada hasil haram dari segi Islam.
''Perbuatan ini mendukacitakan saya, tetapi dengan adanya akta ini, pihak yang didapati sengaja berbuat demikian boleh dikenakan tindakan tegas kerana ia juga dianggap telah mensabotaj ekonomi negara,'' katanya.
















Baca Selanjutnya.. (Read More)

DUIT DATANG DARI KOLAMSocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, September 16, 2009

Seronok tengok ikan keli

Menternak ikan keli terutamanya 'clarias gariepinus' atau keli afrika ini merupakan suatu projek yang sangat menyeronokkan. Disamping itu permintaannya yang sangat tinggi tidak merugikan bagi mereka yang berjinak-jinak dengan bidang ini.

Anak-anak ikan keli yang sihat menanti untuk diberi makan





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Seronok tengok ikan keliSocialTwist Tell-a-Friend

Projek kali ke 2

Kali kedua saya mula memberanikan diri untuk membesarkan bidang ternakan ikan keli ini dengan membina sendiri sebuah kolam konkrit bersaiz 7 kaki X 10 kaki di belakang rumah. Kali ini saya menambah 1000 ekor ikan keli.













Rupa bentuk kolam ke 2 yang saya bina sendiri. Minta maaf sebab kolam ini tidak seberapa cantik sebab maklumlah juruteranya tiada pengalaman, he he. Kolam saya setkan dengan batu dan kiambang supaya nampak macam tempat habitat asalnya.














Anak benih keli sebanyak 1000 ekor yang saya tebarkan. Sihat dan cergas. Air masih jernih dan belum wujud air hijau sebab baru masuk air baru. Selepas 1 hingga 2 minggu air hijau akan mula terbentuk.





Baca Selanjutnya.. (Read More)

Projek kali ke 2SocialTwist Tell-a-Friend

Pengalaman pertama

Minat yang sangat mendalam terhadap ternakan ikan keli telah kuat mendorong saya untuk mencuba menceburi bidang ini. Minat ini datang ketika saya melawat kolam ternakan pakcik saya di kampung Binsulok dalam daerah Membakut di Sabah. Melihat kelibat ikan keli yang besar dalam kolam pakcik saya itu telah menimbulkan minat saya untuk mencuba menternak ikan keli ini. Pada awalnya, saya gunakan sebuah kolam konkrit yang saya pinjam dari ipar saya bersaiz 7 kaki X 7 kaki di bawah tangga. Beginilah rupa kolam yang saya maksudkan.
 




























Untuk projek pertama, saya telah membeli anak benih keli afrika (clarias gariepinus) sebanyak 600 ekor. Ini pun atas nasihat daripada pakcik saya agar mencuba sedikit dahulu. Sebab menternak ikan keli perlukan pengalaman dan pengetahuan yang cukup katanya. Tanpa pengalaman, saya pun memulakan ternakan dengan 600 ekor yang saya beli dari pakcik saya dengan harga 0.30 sen seekor. Saya pun tebarkan semua ikan dalam kolam. Makanan permulaan yang digunakan ialah telur kuning yang dihancurkan dan pelet yang dihaluskan. Saya memberi makan anak-anak ikan 2 kali sehari iaitu sebelah pagi dan petang. Pengalaman pertama yang saya dapati air kolam semakin hari semakin berbau, berbuih dan berminyak. Anak ikan pula mula mati setiap hari. Apa yang merisaukan, selepas air diganti, air tetap berbau terutamanya selepas 2 hari. Hinggalah pada suatu hari anak ikan keli saya mula mati beramai-ramai (sedihnya). Kejadian ini amat merungsingkan kepala, tetapi memandangkan ini pengalaman kali pertama saya dan langsung tiada pengalaman saya anggap ianya sebagai satu latihan. Saya mula mencari maklumat terperinci punca air yang berbau. Akhirnya saya mendapat satu maklumat yang menyatakan bahawa kandungan ammonia pada air kolam tersebut tinggi. Ianya disebabkan oleh mendapan bahan makanan yang tidak habis dimakan oleh ikan. Pengetahuan itu jadi ilmu pada saya dan mula dari itu saya cuba memberi makan anak ikan keli saya sedikit-sedikit. Akhirnya saya dapati masalah tersebut makin berkurangan dan ikan dapat membesar dengan baik, syukur Alhamdulillah.






Keli mula membesar dengan sihat








Alhamdulillah selepas 45 hari diternak dengan sihat anak ikan keli yang pada asalanya bersaiz kurang 1 inci mula membesar ke saiz 5 inci.






Baca Selanjutnya.. (Read More)

Pengalaman pertamaSocialTwist Tell-a-Friend

KHASIAT IKAN KELI

Mereka yang tidak pandai makan ikan keli rasanya rugi besar sebab ikan keli mengandungi khasiat yang sangat berguna. Berikut adalah antara khasiat ikan keli:

Selain mempunyai kandungan asid lemak Omega 3 yang tinggi yang datangnya dari sumber pemakanan ikan iaitu fitoplankton. Asid lemak yang banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. "Kebaikan asid lemak ialah ia dapat mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung. Minyak ikan yang terdapat di dalam ikan keli ini dapat mengurangkan ketidakstabilan denyutan jantung dan lain-lain. Asid lemak ini boleh mengurangkan risiko pesakit jantung, Ia juga mampu mengurangkan pembekuan darah iaitu punca utama sakit jantung dan mengurangkan kandungan kolesterol di dalam badan. Ikan keli ini juga baik untuk pertumbuhan otak dan pembesaran kanak-kanak, kerana kandungan DHA yang terdapat di dalamnya. Ini kerana otak manusia memerlukan lebih daripada 20 gm DHA. Tahap DHA yang rendah berkait rapat dengan paras serotonin rendah yang boleh mengakibatkan tekanan jiwa. Pengambilan Omega yang terdapat di dalam ikan keli ini mempunyai banyak kelebihan dan banyak kebaikanya.

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)

Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g).

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kajian Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat

Penyelidikan yang dikendalikan oleh Insitut Ikan Keli Amerika Syarikat mendapati bahawa ikan keli yang diternak dan diberi makan dengan pelet mempunyai sumber protein yang baik. Kaya dalam protein dan lemak asid omega-3 serta rendah kolestrol dan lemak tepu; ia adalah ideal untuk diet kesihatan. Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Persatuan Perubatan Amerika, tahap sederhana lemak politepu dan asid lemak omega-3 memberi faedah kesihatan untuk gastrousus, neurologikal, kaediovaskular, sistem peredaran dalam badan. Laporan itu juga menyebut bahawa pengambilan satu hingga dua sajian ikan keli seumpama dalam seminggu boleh mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung

------------------------------------------------------------------------------------------------








Baca Selanjutnya.. (Read More)

KHASIAT IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...