Wednesday, February 29, 2012

KELI HIBRID clarias gariepinus

Telah mula diperkenalkan pada tahun 1984 lagi. Clarias Gariepinus merupakan ikan keli hibrid hasil kahwin silang antara keli afrika jantan dan keli betina bunga taiwan.  Ikan keli hibrid ini juga telah memasuki Indonesia pada tahun 1986 lagi melalui Taiwan. Sehingga kini mula merebak ke seluruh nusantara dan telah menjadi hidangan di kebanyakkan restoran-restoran di Malaysia. Oleh kerana permintaan terhadap ikan keli hibrid ini sudah tidak asing lagi, maka wujudlah penternak-penternak seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan. Salah satu kehebatan ikan keli hibrid ini ialah, pertumbuhannya yang cepat dan tahan kepada kandungan air yang kurang oksigen. Isi ikan keli hibrid clarias gariepinus yang memang sedap cenderung kepada rasa ikan keli bunga Taiwan, jadi tidak hairanlah memang ramailah penggemar-penggemarnya. Jika di Indonesia terkenal dengan resepi ‘pecel lele’ (lele = ikan keli *panggilan Indonesia), di Malaysia amat terkenal dengan keli salai masak lemak berlada dan goreng berlada. Pendek kata, apa saja jenis masakan untuk ikan keli ini semuanya sedap dimakan. Ikan keli ini mempunyai khasiat yang tersendiri antaranya mengandungi asid Omega yang tinggi baik untuk kesihatan jantung, memgandungi DHA yang tinggi baik untuk kesihatan otak dan perkembangan kanak-kanak dan sebagainya. Oleh itu, jika ditinjau perjalanannya lebih 20 tahun, permintaan ikan keli akan terus meningkat sejajar dengan perkembangan manusia.

KLASIFIKASI DAN CIRI MORFOLOGI

2 keli jantan betina

 

 

Ikan keli hibrid clarias gariepinus jantan dan betina

 

 

Ikan keli hibrid clarias gariepinus diklasifikasikan seperti berikut:

Ordo                           : Ostariophysi

Subordo                    : Silaroidae

Family                       : Clariidae

Genus                         : Clarias

Spesies                       : Clarias gariepinus

 

Berikut antara keperluan air untuk ternakan ikan keli hibrid ini:

Suhu minima 20 darjah celsius, suhu maksima 31 darjah celsius, kesesuaian 24 – 28 darjah celsius. Kandungan oksigen minima 3 ppm, kandungan karbondioksida di bawah 15 ppm, NH3 di bawah 0.005, NO2 sekitar 0.25 ppm, dan NO3 sekitar 250 ppm. PH berkisdar antara 6.5 hingga 8.

 

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KELI HIBRID clarias gariepinusSocialTwist Tell-a-Friend

Tuesday, February 28, 2012

PENTERNAK KELI DI SABAH MOHON PERHATIAN KERAJAAN

SEPERTI mana-mana penternak keli di Semananjung Malaysia , penternak-penternak keli di Sabah sudah tiba masanya harus diberi perhatian terutama dari segi bantuan modal agar penternak di Sabah dapat merasai nikmat kejayaan. Kebanyakkan penternak ikan keli di Sabah menghadapi masalah modal kerana disebabkan kos ternakan ikan di Sabah agak tinggi. Ramai penternak di Sabah sangat meminati ternakan ikan keli, namun kekurangan modal untuk menampung kos kolam, makanan dan lain-lain peralatan maka ada sesetengah penternak terpaksa memendam niat untuk memulakan projek ikan keli. Kami di Sabah terpaksa menaikkan harga benih ikan keli dan keli matang atas sebab kos penternakan yang tinggi. Kebanyakkan penternak di Sabah memulakan projek atas modal sendiri.

Perkembangan permintaan ikan keli di Sabah pada masa ini semakin meningkat. Kebanyakkan permintaan restoran di Sabah tidak dapat dipenuhi atas sebab bekalan ikan keli yang kurang. Mengikut tinjauan yang kami lakukan sendiri mendapati kebanyakkan penternak di Sabah hanya memulakan ternakan secara kecil-kecilan kerana kekurangan modal dan ternyata ramai penternak ikan keli di Sabah amat memerlukan bantuan modal.

Inilah antara penyebab kenapa perkembangan industri ikan keli di Sabah agak lambat. Kami di Sabah sentiasa memerlukan perhatian daripada pihak kerajaan dan meminta kerajaan memandang serius dan perhatian yang sewajarnya. Kami melihat industri ikan keli ini antara industri yang boleh menyumbang peningkatan ekonomi khususnya penduduk luar bandar di Sabah selain tanaman kelapa sawit.



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PENTERNAK KELI DI SABAH MOHON PERHATIAN KERAJAANSocialTwist Tell-a-Friend

Monday, February 27, 2012

TAUKE IKAN KELI

 Dari ARKIB Berita Harian

Oleh Hazirah Che Sab

zeehan@bharian.com.my

2010/04/11

tauke ikan keli

usahawan ikan keliMohd Fadzil dan isterinya Saadiah di Taman Agrotek Bestari Jaya, Kuala Selangor

Penduduk di Lembah Klang memerlukan 15 tan ikan keli sehari


MINATNYA bermula dengan melihat seorang lelaki berketurunan Cina menyewa lombong menjalankan perniagaan menternak ikan keli selama 15 tahun. Dia pernah bertanya bagaimana dengan kerjaya itu tetapi jawapan ‘teruk’ yang diberi lelaki berkenaan tidak dipercayai, sebaliknya menjadi pembakar semangat Mohd Fadzil Ibrahim, 57, untuk mencari peluang meneroka kerjaya sama.

“Satu perkara mengenai orang Cina ialah mereka tidak akan membuat sesuatu kerja jika ia tidak memberi pulangan lumayan. Itu yang saya percaya dan terbukti keputusan saya berhenti kerja dengan diberi pampasan untuk menjalankan perniagaan menternak keli bukan satu kesilapan,” katanya ketika ditemui di kolam ikan ternakannya Taman Agro Teknologi Pertanian Bestari Jaya di Kuala Selangor baru-baru ini.

Mohd Fadzil mengaku ‘teruk’ pada awal pembabitan dalam bidang yang diusahakannya sejak 1991 tetapi selepas 20 tahun, dia kini boleh berbangga dengan 200 kolam ternakan ikan miliknya di tanah seluas dua hektar milik kerajaan negeri Selangor.
Kini kolam milik Mohd Fadzil dengan setiap satunya berukuran 6 meter X 9 meter X 1.2 meter tinggi menempatkan 10,800 ikan keli, selain tilapia hitam sebanyak 2,000 ekor, tilapia merah, puyu, patin serta beberapa spesies ikan peliharaan seperti ikan emas dan pelaga.
Melaburkan RM84,000 sebagai modal, RM34,000 diberikan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di bawah Skim Usahawan Peladang, manakala selebihnya hasil simpanan, Mohd Fadzil dan isteri, Saadiah Kamit, mula menternak keli pada 2006 selepas mendapati ia mendapat pasaran baik.
“Ramai yang tidak tahu penduduk Lembah Klang memerlukan bekalan ikan keli sebanyak 15 tan sehari. Cuba bayangkan permintaan yang menanti pengusaha ikan ini. Pasaran memang ada tetapi penternak tidak boleh terlalu bergantung kepada orang lain. Mereka perlu bijak merangka strategi sendiri.
“Cuma saya hendak ingatkan kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini bahawa ia tidak menjanjikan keuntungan dalam tempoh singkat tetapi saya berani jamin ia berterusan dan lumayan. Pendapatan saya 100 peratus dari sini,” katanya yang dibantu oleh enam daripada tujuh anaknya serta dua pekerja luar menguruskan kolam berkenaan.
Kesungguhan Mohd Fadzil membuatkan dia terpilih sebagai pemenang anugerah Penternak Ikan Air Tawar Selangor buat kali pertama pada 1993. Selain menternak, Mohd Fadzil turut menjalankan proses penetasan serta menganjurkan kursus penternakan kepada mereka yang berminat.
Beliau juga mengingatkan kepada sesiapa yang berminat menternak ikan keli supaya tidak mengusahakannya secara kecil-kecilan, sebaliknya memulakan operasi secara besar-besaran sekali gus kerana ia lebih menguntungkan.
Menariknya, ikan keli yang datang dari kolam Mohd Fadzil boleh dimakan tanpa was-was oleh pengguna Islam kerana beliau memberi jaminan bahan makanan yang diberi adalah halal.
“Saya memandang industri ini sebagai fardu kifayah kerana ramai orang Melayu yang makan ikan keli. Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.
“Ikan saya sebaliknya diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin. Semua benda itu pula mudah diperoleh di sekeliling kita dan jika dikomersialkan, kerajaan menjimatkan berjuta ringgit untuk mengimport bahan berkenaan.
“Orang Islam perlu bijak membezakan ikan yang diberi makanan bahan haram dan bahan halal kerana perbezaannya amat ketara dari segi bentuk ikan itu sendiri. Ia mudah dikesan,” katanya.
Disebabkan bahan makanan haram itu mudah diperoleh, pengusaha Melayu sukar mendapat tempahan pasar raya, pasar basah dan pemborong kerana harga yang ditawarkan oleh pengusaha bukan Melayu jauh lebih murah sedangkan palet ikan lebih mahal.
“Mereka boleh menjual pada harga RM2.50 untuk sekilogram tetapi kita terpaksa mengenakan harga RM3.80 untuk satu kilogram. Itu satu persaingan sengit dan selalunya di situlah pengusaha Melayu ketinggalan,” katanya.
Menyentuh mengenai pasaran ikan keli, Mohd Fadzil berkata, selain dijual terus ikan keli boleh dijadikan salai, dikeringkan, filet, otoshimi iaitu proses mengeluarkan tulang ikan untuk dijadikan keropok, serunding dan satar serta surimi iaitu sejenis bebola ikan, malah ada permintaan mendapatkan kulit ikan keli matang dari Romania untuk dibuat dompet, tali pinggan dan beg tangan wanita.
Sayangnya Mohd Fadzil tidak dapat memenuhi permintaan itu kerana bekalan tidak mencukupi.
Menyentuh mengenai cara menternak ikan berkenaan, Mohd Fadzil berkata, ia diberi makan dua kali sehari iaitu waktu pagi dan petang dan pada bulan pertama keli perlu diberi makanan berprotein tinggi.
“Ikan keli kacukan Afrika Malaysia sudah boleh dijual pada usia tiga bulan berbanding keli Malaysia yang memerlukan enam bulan untuk matang. Namun kebanyakan keli yang ada di pasaran adalah kacukan,” katanya.


Info
Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


Haram

  • Kepala berbentuk ‘V’
  • Bentuk badan mirip torpedo
  • Badan berwarna hitam berkilat
  • Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
  • Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
  • Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


    Halal

  • Kepala berbentuk ‘U’
  • Bentuk badan tirus
  • Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
  • Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
  • Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
  • Digoreng tidak meletup



  • Baca Selanjutnya.. (Read More)

    TAUKE IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    MAKANAN IKAN KELI

    IKAN KELI merupakan haiwan kanivora iaitu pemakan segala. Maksudnya kalau kita bagi makan ayam pun dia makan, bagi makan daging pun dia makan. Apa tah lagi ikan segar, memang dia makan. Sisa-sisa dapur pun dia makan. Ikan keli akan makan apa saja yang boleh kita bagi makan. Kalau bagi makan plastik…? Janganlah bagi makan plastik, kesian ikan keli tu.

    NAMUN harus kita ingat tujuan sebenar, kenapa kita menternak keli. Sudah semestinya ikan keli itu untuk kita makan. Jadi, apa-apa yang kita beri makan, itulah yang kita makan. Cuba bayangkan kita bagi makan bangkai ayam, tentu rasanya pun ada rasa-rasa bangkai ayam. Fikir-fikirkanlah ya.

    SUDAH SEMESTINYA kita perlukan ikan keli yang bersih, daging ikan yang sihat dan sedap. Untuk menjadikan isi ikan yang lebih baik, sudah tentu makanannya yang terbaik dan kolam ternakan yang subur dan sihat.

    pelet starter untuk ikan keli

    Beri makan pelet yang diproses daripada sumber yang halal sudah cukup untuk menjadikan ikan keli anda membesar dengan daging ikan yang sedap dan halal. Pelet yang diperoses telah melalui beberapa piawai dan ujikaji yang terbaik. Dari segi kos, hanya kita sendiri yang mengawalnya.

    p/s. Beli ikan keli yang makan pelet saja. Hindarkan membeli ikan yang makan bangkai.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    MAKANAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Perlis bakal keluar sardin keli

    Sumber: UTUSAN MALAYSIA
    ARKIB : 11/11/2010

    KANGAR 10 Nov. - Perlis akan menjadi pengeluar sardin ikan keli apabila sebuah kilang memprosesnya dibina di Taman Halal Hab, Padang Besar tahun depan.
    Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Sabry Ahmad berkata, kilang berharga RM2 juta itu akan dibina oleh sebuah syarikat luar negara namun beliau tidak mengumumkan nama syarikat terbabit.
    Beliau berkata, kewujudan kilang itu kelak akan merancakkan lagi industri ternakan ikan keli secara komersil terutama di Perlis dan utara Kedah tetapi sebagai permulaan, projek ternakan ikan keli secara komersil telah bermula di Bukit Manik dekat sini sejak awal Oktober lalu.
    Projek yang membabitkan penyertaan 70 peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) dilaksanakan melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri sebanyak RM700,000 dengan Jabatan Perikanan menyediakan khidmat teknikal dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pelaksana pengurusannya.
    Bercakap kepada Bernama selepas menyampaikan benih ikan keli dan makanan ikan itu kepada 247 penternak di sini hari ini beliau berkata, projek di Bukit Manik itu berkeupayaan membekalkan 60 tan metrik ikan keli setiap bulan.
    Katanya, sebanyak 120,000 ekor ikan keli diternak dalam 60 tangki separa konkrit bagi satu pusingan dengan tempoh matang ternakan itu ialah tiga bulan.
    Mengenai penyerahan benih ikan keli itu Sabry berkata, ia merupakan program di bawah projek Bumi Hijau Jabatan Perikanan Perlis melalui peruntukan sebanyak RM81,000.
    Para penerima benih ikan keli itu terdiri daripada para pengusaha yang terbabit di bawah projek Bumi Hijau itu sejak 2008. Hadir sama di majlis itu ialah Pengarah Perikanan Perlis, Sukri Deris. - BERNAMA



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    Perlis bakal keluar sardin keliSocialTwist Tell-a-Friend

    MAKANAN AWAL ANAK KELI

    anak keli

    SEPERTI hidupan yang lain, anak ikan keli dari sejak dipanggil rega amat perlukan makanan awal yang dapat memenuhi permintaan tumbesarannya. Protein yang cukup disamping vitamin-vitamin yang lain sangat diperlukan oleh anak ikan keli untuk melayakkan ia menjadi seekor ikan keli yang mempunyai antibodi yang kuat. Kita perlu ingat, ikan keli hidup di kawasan yang ekstrem, oleh itu secara semulajadinya ikan ini perlu mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit.

    Anak ikan keli yang tidak mendapat makanan awal yang berkhasiat akan menghadapi banyak masalah. Salah satu tanda, pembesarannya terbantut, kurus dan mudah diserang penyakit. Kebiasaannya anak-anak ikan keli yang tidak sihat akan mula mati selepas 1 minggu. Warna kulit yang putih dan jernih menunjukkan ianya kekurangan protein atau vitamin-vitamin yang diperlukan.

    anak keli matiKeadaan seperti di atas sering berlaku apabila anak ikan merasa lemah, mudah stress dan akhirnya mati. Kebanyakkan anak benih yang lemah, biasanya tidak mendapat makanan awalnya yang seimbang. Ada sesetengah penternak hanya memberi makan kuning telur selepas 48 jam rega mula makan. Perlu diingat, telur ayam tidak begitu sesuai untuk keperluan makanan awal benih keli. Ini yang menyebabkan banyaknya kematian.

    Anak ikan keli sepatutnya mendapat makanan awal yang berprotein tinggi yang diperolehi daripada organisma hidup seperti zooplankton dan fitoplankton. Selain protein yang tinggi, ianya juga mengandungi khasiat yang sangat berguna seperti karbohidrat, lemak, kalsium, asid omega dan lain-lain. Ianya sangat seimbang. Inilah penyebab utama ikan ini dapat berkembang biak dengan baik di habitat asalnya. Bukan seperti dalam fiberglass atau besen plastik yang kosong.

    Pengetahuan tentang keperluan khasiat makanan awal ikan keli dapat menyumbang kepada peratusan yang tinggi dalam menghasilkan ikan keli yang bermutu tinggi. Bukan hanya dengan memilih induk yang terbaik, tetapi makanan awal ini merupakan kunci utama dalam keberhasilan ternakan ikan keli. Ramai penternak yang berjaya membuat pembenihan tetapi masih gagal dalam menyumbang jumlah anak ikan keli kerana keperluan makanan awal ikan keli ini diabaikan. Kebanyakkan penganjur-pengajur kursus ikan keli jarang menyentuh secara terperinci tentang makanan awal anak ikan keli.

    Kami di ladang Empayar Agro Membakut Sabah mempunyai kaedah tersendiri di mana satu kaedah telah kami temui hasil pemerhatian kami selama 2 tahun di tapak ternakan ikan keli kami. Kaedah ini membolehkan anak-anak ikan keli mendapat makanan awalnya secara semulajadi di samping makanan khas yang diberikan. Kaedah ini sangat jimat, anak ikan keli cepat membesar dan yang pentingnya kadar hidup yang tinggi kerana anak-anak ikan keli kami mendapat makanan awalnya yang sempurna.

    Okey, untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut, anda bolehlah jumpa saya di ladang kami di kampung Binsulok Membakut, Sabah.

    Selamat menternak dan selamat berjaya.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    MAKANAN AWAL ANAK KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Sunday, February 26, 2012

    KELI

    Ikan keli menurut klasifikasi berdasarkan taksonomi yang dikemukan oleh Weber de Beaufort(1965) digolongkan sebagai berikut ;
    Chordata, ialah binatang bertulang belakang Pisces, ialah bangsa ikan yang mempunyai insang untuk bernafas.
    Teleostei, ikan yang bertulang keras.
    Ostariophysi, ialah ikan yang di dalam rongga perutnya sebelah atas memiliki tulang sebagai alat perlengkapan keseimbangan yang disebut tulang weber Siliroide, ikan yang bentuk tubuhnya memanjang berkulit licin(tidak bersisik)
    Clarridae ialah satu kelompok yang selain mempunyai ciri tersebut dan bentuk kepalanya yang pipih dengan tulang keras sebagai pelindung kepala. Bersungut 4 pasang. Sirip dada. Mempunyai alat pernafasan tambahan yang terletak dibahagian depan rongga insang yang membolehkan ikan keli bernafas.

    keli
    Penyebaran
    Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan Asia, terdapat diperairan umum yang berair tawar secara liar. Di beberapa negara, khususnya di Asia. Ikan keli telah diternak, dipelihara di kolam. Seperti di Filipina, Thailand, Indonesia, Laos, Kemboja,Burma dan India.


    Habitat
    Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.
    Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen. Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.


    Perlakuan Ikan keli
    Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap. Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.
    Ikan keli membuat sarang di dalam lubang-lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.


    Teknik Pembenihan
    Secara umumnya ikan keli membiak dengan meletakkan telurnya di dalam sarang. Sarang ikan keli berupa lubang yang dibuat pada dinding permatang sawah, tepian sawah. Kerapkali sarang ikan keli terdapat di bawah rumpun tumbuh-tumbuhan air yang tenang dan terlindung.
    Kebanyakan penternak meniru cara kehidupan ikan keli ini dengan menciptakan keadaan lingkungan yang sama untuk ikan keli bersenyawa. Di dalam kolam pemeliharaan, induk ikan keli disediakan kotak-kotak kayu atau buluh yang ditenggelamkan ke dasar kolam.
    Untuk memudahkan proses pensenyawaan dan pemungutan hasil, penternak-penternak mengubahsuai kotak-kotak tersebut sama dengan kehidupan sebenar ikan keli.
    Salah satu contoh teknik pensenyawaan penternak di Asia.

     

    Technorati Tags: ,



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Friday, February 24, 2012

    DARI KELAB GOLF KE KOLAM KELI

    SEMUANYA bermula dari bual-bual kosong dengan seorang pemain golf bukan Melayu yang kerap berkunjung ke kelab tempat beliau bertugas empat tahun lalu.

    Cerita tentang pengalaman berjaya dalam industri ternakan ikan air tawar dengan hanya menjadi usahawan menjual benih ikan keli itu, sekali gus mencetus minat Nur Azizi Rafie, 29, untuk serius menceburi bidang ini.

    ''Terus terang saya rasa tercabar, kawan kita ini mampu hidup bersantai dan senang lenang dengan hanya memiliki beberapa buah kolam ikan dan sebuah pusat menjual benih ikan air tawar" jelas beliau.

    Sebelum melepaskan jawatan sebagai Eksekutif Perakaunan di sebuah kelab golf terkenal di Rawang, Selangor, Nur Azizi pernah menghadiri beberapa siri kursus penternakan ikan air tawar dan bengkel teknik pembenihan ikan anjuran Jabatan Perikanan dan Perintis Agrotech Centre (PAC).

    Menurut Nur Azizi, daripada tinjauan awal, kos anak benih keli berukuran tiga inci di Lembah Klang dijual dengan harga antara 10 hingga 15 sen seekor.

    Memandangkan tidak ramai penternak yang arif membuat pembenihan sendiri, mereka terpaksa membelinya daripada pembekal dan pusat-pusat pembenihan.

    Bagaimanapun pembekal benih keli di Lembah Klang ketika ini cukup terhad dan menjadi punca kebanyakan projek ternakan keli tertangguh. Selain kekurangan bekalan induk keli untuk dibenihkan secara aruhan, faktor asuhan benih yang agak merumitkan menjadi punca kurangnya penglibatan yang serius dalam bidang pembenihan keli ini.

    Atas kesedaran inilah dengan berbekalkan ilmu dan semangat, Nur Azizi mengambil keputusan nekad dan berpakat dengan seorang rakan sekerja Mohamad Suria Sufian, 29, meninggalkan kelab golf dan menyewa sekeping tanah di kawasan hutan rekreasi Rawang, Selangor.

    Dengan menubuhkan syarikat Prestasi Agro Farm (PAF) kedua-dia usahawan muda ini mengorak langkah awal dengan memulakan projek ternakan keli dalam kanvas dan tangki poli dengan modal bersama.

    Keli yang diternak dalam 15 tangki poli dan 10 kolam kanvas tersebut adalah hasil pembenihan keli yang mereka lakukan sendiri. Kegagalan demi kegagalan yang mereka tempuhi dalam proses pembenihan keli ini, sedikit pun tidak mematahkan semangat penternak muda ini.

    Akhirnya dengan bimbingan dari pakar pembenihan di Jabatan Perikanan dan beberapa usahawan benih keli berjaya, mereka berhasil menyelami teknik sebenar proses pembenihan keli tersebut.

    Sejak itu, setiap bulan paling kurang tiga kali pembenihan akan dilakukan melibatkan lebih 50 pasang induk.

    Menurut beliau lagi, sesiapa sahaja yang ingin membuat pembenihan secara komersial harus mempunyai bekalan ikan induk yang mencukupi dan berterusan.

    Di samping menternak induk sendiri, bekalan ikan induk juga diperolehi daripada pemancing atau penternak yang menggunakan kolam tanah.

    Pemilihan induk yang kurang tepat akan mengurangkan kualiti dan kuantiti benih.

    Sebelum proses pembenihan dibuat, induk yang dipilih dirawat terlebih dulu selama seminggu bagi menjamin kualiti telur yang bakal dihasilkan. Umur induk biasanya sekitar tujuh bulan hingga dua tahun.

    Induk yang terlalu tua akan mengurangkan kuantiti dan kualiti benih.

    Saiz yang sesuai adalah sekitar 26 sentimeter (300 gram) hingga 75 sentimeter (satu kilogram). Saiz induk betina biasanya lebih kecil daripada saiz induk jantan.

    Seekor induk betina bersaiz 30 sentimeter mampu mengeluarkan telur antara 10,000 biji dan mencapai 200,000 biji telur apabila mencapai saiz 90 sentimeter.

    Menurut Nur Azizi, masa yang paling sesuai untuk menjalankan pembiakan dipengaruhi kehadiran musim hujan iaitu antara bulan April hingga Disember dengan puncaknya berada antara bulan Julai dan September.

    ''Bekalan induk jantan paling kritikal kerana dalam proses pembenihan aruhan, induk jantan terpaksa dikorbankan bagi mengeluarkan kantung benihnya,'' jelas beliau lagi.

    Setelah lebih dua tahun beroperasi, PAF kini mampu memasarkan lebih 500,000 ekor anak benih keli setiap bulan.

    Memandangkan permintaan yang semakin bertambah, Azizi serta rakan menambah empat lagi kolam tanah bagi mempercepatkan proses pembesaran anak benih.

    Menurutnya, anak benih yang berusia empat hari, lebih cepat membesar sekiranya diasuh dalam kolam tanah.

    ''Tiga minggu dalam kolam tanah sudah sedia untuk dijual terus kepada penternak," ujarnya.

    Tegas beliau, biasanya penternak akan membeli anak benih yang berukuran tiga inci kerana risiko kematian adalah rendah.

    Permintaan terhadap benih ikan keli memuncak ketika menjelang bulan puasa dan cuti sekolah kerana para penternak akan membuat persediaan awal bagi memenuhi permintaan ikan keli segar yang kebiasaanya mendapat pesanan berlipat kali ganda bagi hidangan berbuka dan majlis kenduri kahwin.

    ''Penternak biasanya akan memesan sebulan lebih awal sebelum ikan di kolam mereka dituai. Setakat ini permintaan paling banyak kami terima dari Lembah Klang, Selangor, Kawasan Utara dan Johor" ujarnya.

    Setiap kali pembenihan dijalankan, PAF juga membuka peluang kepada orang ramai untuk turut serta mempelajari teknik pembenihan secara intensif.

    Bengkel satu hari ini mendedahkan peserta tentang kaedah pemilihan induk, teknik pembenihan, asuhan benih dan penyediaan makanan alternatif.

    Bagi mengurangkan kos makanan ternakan keli yang semakin meningkat, PAF mengamalkan penternakan teknik Pro Asli bagi meminimumkan kebergantungan kepada pelet.

    Ini membuktikan bermula daripada bual-bual kosong di padang golf, mampu membawa keuntungan ribuan ringgit.

    Bagi penternak yang ingin mempelajari teknik pembenihan ikan keli atau mendapatkan bekalan anak benih atau peralatan pembenihan, bolehlah menghubungi beliau di 019-3310855 atau 016-3094950.

    -------------------------------

    Petikan Utusan Malaysia

    AGROBIZ

    ARKIB : 07/08/2009

     

    Technorati Tags:



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    DARI KELAB GOLF KE KOLAM KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Thursday, February 23, 2012

    AWAS PENCURI IKAN KELI

    DI ZAMAN yang penuh mencabar ini, duit amat amat penting. Oleh itu, hati-hati dengan kehadiran si pencuri. Mereka datang tanpa diundang. Saya sendiri ada pengalaman pasal perkara ini. Jika ada berlaku pencerobohan dan kecurian kolam keli anda, jangan segan-segan untuk membuat laporan kepada pihak Polis dengan kadar segera. Jika ada modal lebih, pasanglah CCTV kerana jika adanya bukti, senanglah untuk kita hadapakan si pencuri ini ke muka pengadilan.

    pencuri1

    Technorati Tags:



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    AWAS PENCURI IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    KELI UBAT

    PERNAH DENGAR? keli untuk ubati sesuatu penyakit. Ada pelanggan saya selalu beritahu bahawa iakn keli sangat mujarab untuk mengubati penyakit kudis. Kesannya sama dengan ikan haruan. Katanya ia selau mengubati kudis anaknya dengan memberi anaknya makan ikan keli. Kesannya sangat mujarab kerana kudis akan cepat kering selepas memakan ikan keli.

    Oleh kerana ikan keli mempunyai bahan asli yang dapat mengubati sebarang penyakit, maka kita sebagai penternak perlulah menjaga kebersihan ternakan ikan keli kita. Jagalah makanan ikan keli kita dengan bahan-bahan yang baik. Sekiranya kita mengabaikan kebersihan, ikan keli ini akan jadi sebaliknya. Bukan ubat tapi….!!

    ikan keli

    Technorati Tags:



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    KELI UBATSocialTwist Tell-a-Friend

    Tuesday, February 21, 2012

    JIMAT BELANJA TERNAK KELI UNTUK KELUARGA

    DI ZAMAN sekarang ini, harga barang semua naik. Yang paling mengejutkan harga ikan pun melambung naik. Sedangkan kerajaan telah pun memberikan subsidi minyak kepada nelayan, tetapi harga ikan melambung-lambung naik. Kalau di tempat saya harga ikan kembung dulu baru Rm5 – Rm6 sekilogram, tapi sekarang sudah naik Rm12 – Rm 15 sekilogram. Apa sudah jadi dengan dunia sekarang aku sendiri pun tidak tahu. Yang paling menyedihkan lagi harga sayur sudah mencecah Rm 2 seiikat. Runsing dibuatnya dengan anak yang ramai.

    Situasi kenaikan harga barang sudah semestinya sukar dikawal namun kita sebagai pengguna perlulah mencari jalan alternatif untuk mengurangkan perbelanjaan terutama perbelanjaan dapur.

    Di sini saya memberi cadangan kepada tuan-tuan, kita cubalah buat projek ikan keli untuk diri sendiri dulu. Sambil itu tanamlah sayur sendiri. Sekurang-kurangnya kita dapat jimat beli ikan dan jimat beli sayur. Lebihan duit kita boleh simpan untuk kegunaan masa hadapan. Jika ada lebihan ternakan ikan keli kita boleh jual kepada pelanggan untuk mendapatkan duit lebih. Pelajari untuk membuat pembenihan ikan keli dan mudah-mudahan projek ikan anda akan memberikan pulangan yang menguntungkan disamping dapat menjimatkan perbelanjaan.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    JIMAT BELANJA TERNAK KELI UNTUK KELUARGASocialTwist Tell-a-Friend

    HASIL LUMAYAN IKAN KELI

    YAKIN, USAHA, SABAR DAN DOA, itulah formula yang membawa saya ke peringkat ini. Ikan keli kalau diusahakan betul-betul sudah semestinya membawa kejayaan kepada sesiapa sahaja yang menginginkannya. Tidak sesukar mana pun, cuma perlu banyak bersabar sebab projek ikan keli ini perlukan masa dan kajian yang berterusan. Bagi mereka yang inginkan pendapatan yang berpanjangan daripada ternakan ikan keli ini, nasihat saya, kembangkanlah bisnes anda selangkah demi selangkah. Banyakkan kajian dan belajarlah dari setiap kesilapan. Sentiasalah berhubung dengan rakan ternak dan pelanggan. Group sangat penting dalam bisnes ikan keli. Bisnes ikan keli ini akan terbantut jika kita hanya pentingkan diri sendiri dan mengabaikan hubungan sesama penternak.

    Sehingga sekarang pun saya akui saya masih mengkaji dan belajar dari mana-mana sumber termasuk rakan ternak lain dan pelanggan yang datang. Kita harus berfikiran terbuka menrima setiap pendapat yang diberikan. Sebab saya sendiri pun merasa masih jauh kekurangan dalam bidang ini. Bagi mereka yang ingin belajar bersama-sama, bolehlah datang ke ladang kami untuk sama-sama belajar meningkat hasil ikan keli ini.

    admin kelisabah.blogspot.com



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    HASIL LUMAYAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Monday, February 20, 2012

    PENTERNAK KELI WAJIB BERSIH

    TERNAKAN KELI memang menjanjikan pulangan yang lumayan dan ramai yang telah mengecapi hasilnya. Untuk menjadi antara penternak yang berjaya, maka jadilah penternak keli yang bersih. Janganlah terlalu memikirkan keuntungan 100% dengan hanya memberikan sumber makanan yang percuma seperti bangkai ayam, ikan busuk , kumbahan najis binatang dan sebagainya. Sumber makanan begini sememangnya murah dan percuma TAPI harus diingat kita tidak boleh lari dari aspek kebersihan dan yang penting halal.

    AMARAN KEPADA PENTERNAK KELI  YANG  BERI MAKAN BENDA KOTOR DAN TIDAK HALAL:

    1. KAMI TIDAK AKAN BELI KELI YANG MAKAN BENDA KOTOR

    2.KAMI AKAN BERITAHU KEPADA PELANGGAN KAMI JUGA SUPAYA JANGAN BELI KELI DARI SUMBER YANG KOTOR

    3. KELI YANG MAKAN DARI SUMBER YANG KOTOR TIDAK ADA NILAI DI PASARAN.

     

    TANDA-TANDA KELI YANG MAKAN BENDA KOTOR:

    1. Lembik

    2. Berlemak yang berlebihan (meletop-letop ketika digoreng)

    3. Berbau

    4. Kulit pucat

    5. Rasa yang memang tidak enak

    6. Bentuk kepala agak meruncing (biasa keli yang tidak halal)

    Perkara ini perlu ditekankan dari masa ke semasa untuk menyedari orang ramai tentang kebersihan makanan. Para penternak ikan perlu menjaga etika bukan  pada penternakan keli sahaja, malahan untuk semua jenis penternakan. Kita minta pihak kerajaan khususnya PERIKANAN perlu menguatkuasakan etika penternak. Beri amaran atau denda kepada penternak ikan yang tidak bertika. Ini sangat penting untuk mempastikan kualiti hasil ikan yang kita keluarkan dalam negara Malaysia. Agar hasil ikan akan sentiasa terjaga sepanjang masa kerana ikan merupakan sumber utama untuk manusia. Kebersihan sangat penting, kerana kebersihan merupakan asas kesihatan manusia. Jangan sampai masyarakat memandang serong terhadap hasil akuakultur negara angkara ada setengah pihak yang mengaku pakar dalam akuakultur tapi cuma mengaut keuntungan yang sementara seperti yang dilaporkan dalam aduan rakyat baru-baru ini di mana ia menggunakan sumber makanan keli dari bangkai ayam. Kesannya, air kolam tersebut sangat berbau dan berkuman dialirkan ke sawah sehingga merosakkan hasil padi orang kampung.

    Perlu kita ingat, ikan keli adalah bersih. Hanya kita sebagai penternak yang mencorakkan dan menjadikan ia halal atau haram. Oleh itu, sila pastikan ikan keli yang diternak hanya makan pelet yang ada di pasaran. Ia dijamin bersih dan halal. Ikan yang makan pelet ada nilai di pasaran. Rasanya enak dan isi lebih pejal.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    PENTERNAK KELI WAJIB BERSIHSocialTwist Tell-a-Friend

    PEMANGSA IKAN KELI

    ADA pemangsa yang perlu dielakkan dari memasuki kolam ternakan keli anda, antaranya ialah:

    1. Ular

    2. Biawak

    3. Memerang

    4. Ikan pemangsa seperti haruan

    5. Katak (boleh memangsa benih keli)

    6. burung bangau, raja udang, helang dan sebagainya

    7. Belut

    8. Pencuri (Ah..inilah yang sangat bahaya, lebih bahaya daripada senarai pemangsa di atas)

     

    Technorati Tags:



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    PEMANGSA IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Sunday, February 19, 2012

    IKAN KELI DAN LUMPUR

    Aku masih teringat lagi guruku yang telah membawa aku ke dunia ternakan ikan keli, katanya “ikan keli dan lumpur tak dapat dipisahkan”. Macam lagu Allahyarham Tan Sri P Ramlee, “irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau dipisahkan rosaklah lagu”. Aku cuba memahami dan mula mengkaji. memang betul, ikan keli dan lumpur tak dapat dipisahkan.

    Adakah anda faham apa yang saya maksudkan?

    Kebenaran fakta pertama

    Habitat ikan keli memang di kawasan berlumpur, cetek dan berkelodak. Makanan utamanya ialah fitoplankton, zooplankton serta anak-anak ikan dan udang-udang yang kecil. Ikan ini memang tahan pada kawasan yang penuh lumpur kerana ia memiliki sistem pernafasan tambahan yang dipanggil aborescent atau juga dikenali dengan labyrinth. Kedudukannya betul-betul di atas kepala. Itu sebabnya kalau tuan-tuan mahu membunuh ikan ini dengan lebih cepat, maka pukullah di kepalanya. Sistem pernafasan tambahan inilah yang membuatkan ikan keli dapat bernafas secara langsung walaupun di kawasan yang kurangnya oksigen. Hebat dan memang hebat. Alat ini juga yang memungkinkan ikan keli dapat bertahan lama di daratan asalkan udara di sekitarnya memiliki kelembapan yang cukup. Tapi ikan keli bukan ikan dua alam, jangan salah tafsir.

    Kebenaran  fakta kedua

    Ikan keli memang suka menyedut bentos dan lumpur sebagai makanan tambahan. Reka bentuk badan ikan keli memang dicipta oleh Tuhan sebagai ikan yang merayap di dasar. Ikan ini suka menyedut lumut-lumut dan bahan-bahan reput sebab ikan ini bersifat karnivora iaitu ikan pemakan segala.  Itu sebabnya lumpur adalah sangat sesuai untuknya. Secara ringkasnya, kawasan berlumpur mengandugi banyak makanan untuk ikan keli. Kedua-dua patil kiri dan kanannya juga adalah sebagai alat bergerak ketika ikan ini berada di kawasan tidak berair atau tersangat cetek.

    * apa itu bentos, nanti saya akan terangkan pada post yang akan datang

    Kebenaran fakta ketiga

    Ikan keli termasuk dalam golongan haiwan nocturnal iaitu haiwan yang sangat aktif pada kegelapan iaitu pada waktu malam. Sifat inilah yang menyebabkan ikan keli lebih menggemari kawasan gelap dan terlindung. Air yang jernih menyebabkan ikan ini rasa malu untuk menjamah makanan dan sentiasa takut-takut serta terkejut. Jadi, itulah juga sebabnya ikan ini suka berlindung di kawasan berlumpur yang keruh kerana ia rasa lebih selesa di kawasan air yang berlumpur dan keruh.

     

    Okey, cukup dulu, nanti kita sambung. Selamat mempraktikkan.

    Technorati Tags:



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    IKAN KELI DAN LUMPURSocialTwist Tell-a-Friend

    Friday, February 17, 2012

    PEMBESARAN IKAN KELI DALAM JARING TERAPUNG

    Mereka yang mempunyai kolam tanah yang luas atau berada di sekitar danau maupun bekas lombong yang airnya bersih , jangan risau kerana anda boleh menggunakan sistem jaring terapung sebagai alternatif penternakan ikan keli. Seperti contoh gambar di bawah.

    sangkar ikan keli terapung

    sangkar ikan keli terapung

    Anda bebas untuk menggunakan seberapa banyak media jaring untuk ikan keli anda. Sistem jaring terapung sangat senang untuk memantau pembesaran ikan dan melakukan penggredan ikan. Asuhan anak benih yang masih kecil, bolehlah menggunakan jaring halus.

    Pastikan air kolam sentiasa bersih dan alirkan air yang baru sekiranya kolam mula kotor. Juga pastikan tiada binatang pemangasa seperti biawak, memerang, ular, burung dan sebagainya memasuki kawasan kolam. Untuk mengelakannya, bolehlah memasang pukat sebagai perangkap di sekitar kolam.

    Asingkan ikan yang besar ke satu jaring untuk mengelakkan berlakunya masalah kanibal.

    Selamat maju jaya.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    PEMBESARAN IKAN KELI DALAM JARING TERAPUNGSocialTwist Tell-a-Friend

    Thursday, February 16, 2012

    IKAN KELI KOLAM KANVAS

    Ramai yang tanya, apa beza kolam kanvas, kolam simen dan kolam tanah. Perbezaan tetap ada, ikan keli untuk kolam kanvas bergantung kepada saiz media.
    Tetapi kali ini saya akan terus sentuh tentang saiz kolam kanvas dan berapa kuantiti ikan keli yang diternak. Apa yang penting adalah saiz media (kolam) dan saiz ikan keli yang diternak.
    Untuk media asuhan, iaitu kolam yang akan digunakan untuk mengasuh benih bersaiz 1 hingga 2 inci, kolam yang bersaiz 7 kaki X 11 kaki X 1/2 kaki air, kuantiti tebaran boleh sehingga 2000 ekor. Cara terbaik untuk mengurangkan kadar kematian ikan, pada peringkat asuhan ialah dengan mengurangkan kepadatan anak ikan. Namun pada peringkat pembesaran, ikan keli boleh dipadatkan tetapi bukan untuk tempoh yang panjang, cukup sekadar pembesaran sehingga 200g per ekor kemudian jual terus.
    Manakala untuk media calon induk, saiz yang saya maksudkan di atas cukup sekadar 100 hingga 200 ekor sahaja. Kalau tidak, induk akan rasa tidak selesa  dan kualiti telur akan terjejas.
    Air kolam kanvas yang digunakan untuk pembesaran ikan cukup paras 1 kaki sahaja.   Ikan keli tidak memerlukan air yang dalam.
    Technorati Tags: ,



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    IKAN KELI KOLAM KANVASSocialTwist Tell-a-Friend

    Wednesday, February 15, 2012

    CARA SIANG IKAN KELI

    TIDAK DINAFIKAN masih ramai yang terkial-kial sewaktu menyiang ikan keli. Nampak macam mudah, tapi bagi mereka yang baru belajar menyiang ikan keli perkara ini agak janggal. Apa tidak, sang keli melompat-lompat tak keruan.

    Di sini saya berikan tips yang paling mudah menyiang ikan keli.
    1. Masukkan ikan yang hidup ke dalam baldi, kemudian taburi segenggam garam lalu tutup rapat. Biarkan ikan keli meronta sehingga lemah. Perbuatan ni agaknya nampak juga kejam tapi inilah satu-satu cara yang agak mudah dan cepat berbanding memukul ikan tersebut atau membekukan ikan dalam peti sejuk.

    2. Cara memotong ikan, tengok gambarajah di bawah

    cara siang ikan keli

    Sebelum itu, sila terbalikkan dulu ikan keli tersebut. Gambarajah diatas adalah bahagian bawah ikan (bahagian sebelah perut). Cara membelah saya syorkan guna gunting tajam. Tapi awas, jangan terpotong jaripula. Pastikan ikan betul-betul sudah lemah.

    Perhatikan, no1-potong bahagian hujung kepala. Buang bahagian mulut dan misai sekali. No2-potong guna gunting membelah perut hingga ke alat sulit. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku dekat kepala untuk menghilangkan hanyir. Potong kedua-dua patil dan sirip ekor serta sirip-sirip yang lain. Cuci dengan air bersih dan siap untuk dimasak.






    Okey, selamat mencuba.
    Technorati Tags:





    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    CARA SIANG IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Tuesday, February 14, 2012

    POTENSI IKAN KELI

    RAMAI YANG TANYA adakah ikan keli ini betul-betul berpotensi untuk diusahakan? Jom kita lihat sejauh mana potensinya.

    PERMINTAAN IKAN KELI

    Pertama sekali, ikan keli merupakan ikan yang sangat digemari. Buktinya terdapat banyak menu daripada resipi-resipi ikan keli di seluruh negara. Antaranya masak lemak keli cili api, keli panggang, keli salai, serunding keli dan sebagainya. Manakala di tanah seberang jiran kita Indonesia sangat popular dengan ‘pecel ikan lele’. Ikan lele bermakna ikan keli dalam bahasa indonesia. Manakala di restoran-restoran di Malaysia juga sudah menjadi menu utama. Jadi, tidak hairanlah selama saya sendiri sudah lebih 3 tahun mengusahakan ikan keli ini sepenuh masa masih tidak mencukupi untuk keperluan permintaan prai ikan keli untuk diagih-agihkan ke restoran-restoran. Melalui kaji sedlidik saya sendiri, permintaan terhadap ikan keli bagi setiap restoran adalah tidak kurang dari 100 kg seminggu. Ini bermakna untuk mencukupkan 10 restoran kita memerlukan bekalan 1 tan atau 4 tan sebulan. Itu kalau 10 restoran, kalau 50, 100? 

     

    GALAKAN USAHAWAN KELI OLEH KERAJAAN

    Oleh kerana ikan keli sangat berpotensi, maka pihak kerajaan melalui jabatan PERIKANAN pun sentiasa mempromosikan masakan ikan keli ini melalui ekspo-ekspo setiap tahun. Selain itu, banyak kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dalam promosi untuk memajukan industri ternakan ikan air tawar khususnya ikan keli.

     

    IKAN KELI SUMBER PROTEIN

    Sebagai pengganti daging dan ayam, ikan keli merupakan pilihan terbaik. Selain mengandungi lemak Omega yang tinggi, ikan ini juga baik untuk mencegah penyakit jantung. Salah satu kelebihan ikan keli ialah, ia mudah diternak. Jadi, tidak hairanlah ia dapat dipasarkan secara konsisten tanpa bermusim. Sedangkan ikan laut sangat bermusim ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat pengaruh kepanasan global. Perlu diingat, permintaan terhadap ikan akan sentiasa meningkat sejajar dengan pertumbuhan manusia. Jadi, ikan keli adalah salah satu alternatif bekalan protein kepada manusia sepanjang masa, Ini yang menjadikan ia sangat berpotensi.

    Oleh kerana permintaan ikan keli untuk dimakan sentiasa meningkat, maka pertumbuhan usahawan juga meningkat. Maka wujudlah juga permintaan terhadap benih ikan keli, makanan ikan, kolam kanvas dan peralatan-peralatan lain. Rantaian ini sudah tentulah menjadi satu industri yang memberangsangkan.

    Perlu kita fikirkan bahawa, manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan merupakan sumber utama untuk manusia untuk terus hidup. Perkembangan manusia yang semakin meningkat, makanan perlu ditingkatkan. Pada masa sekarang ni ikan laut pun tidak dapat menampung bekalan untuk keperluan negara. Kita terpaksa mengimport sebahagiannya melalui negara jiran. kita perlukan makanan ikan setiap hari, jadi , fikir-fikirkanlah.

    Manusia terpaksa kembali kepada pertanian dan akualkutur. Keperluan ikan segar untuk kesihatan manusia perlu dititikberatkan. Kerana pada zaman moden ini kebanyakkan makanan melalui proses pengawetan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Oleh itu, manusia akan mencari sesuatu yang segar, halal dan bersih. Alangkah baiknya kalau makanan tersebut hasil dari tangan kita sendiri seperti ternakan ikan keli.

    Namun bagi yang berminat untuk menjadi usahawan ikan keli, buatlah bersunggu-sungguh, fokus dan sabar.

    Selamat menternak.

     



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    POTENSI IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    IKAN SEMBILANG

    IKAN SEMBILANG

    YANG INI BUKAN IKAN KELI, ini ikan sembilang, Beza ikan keli dengan sembilang ialah ekornya meruncing. Jumlah patil ada 3 tapi ikan keli hanya ada 2 di kiri dan kanan. Patil ikan sembilang sangat berbisa. Ikan sembilang banyak terdapat di sungai-sungai air payau. Ikan ini suka ditepi-tepi sungai untuk memangsa anak-anak udang dan ikan.

    Ikan sembilang sangat sedap untuk dimasak gulai. Isinya sangat lembut dan memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Kalau di Sabah, ikan ini banyak terdapat di muara-muara sungai. Ikan ini menjadi kegemaran kaki-kaki pancing.

    Apa-apa pun, ikan ini sangat sedap dan memang enak macam ikan keli juga. Inilah khazanah ikan di Malaysia yang tiada tolok bandingannya.

     



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    IKAN SEMBILANGSocialTwist Tell-a-Friend

    Monday, February 13, 2012

    BENIH IKAN KELI

    benih ikan keli, anak ikan keli

    Penyelenggaraan Benih

    Pindahkan anak ikan yang cepat membesar ke satu kolam. Kumpulkan dengan saiz yang seragam. Pastikan tiada anak ikan yang besar tertinggal dalam kolam anak ikan yang maasih kecil.

    Waktu yang sesuai untuk memindah

    Paling sesuai ialah pada awal pagi atau selepas jam 3 petang. Ini kerana anak ikan cepat mengalami tekanan pada suhu panas. Elakkan memindah anak ikan waktu tengahari.

    Makanan anak ikan keli

    Beri makan anak ikan dengan makanan yang lembut seperti pelet yang telah dikisar halus. Pastikan jangan memberi makan anak ikan secara berlebihan. Ini akan menambah mendapan sisa makanan ke dasar kolam. Pemberian makanan 2 kali sehari sudah memadai.

    Penuaian anak ikan

    Bagi mereka yang terlibat dengan penjualan anak benih, pastikan anak ikan disauk lebih awal, dikumpul dengan saiz yang seragam dan pastikan tiada kecederaan sewaktu mengira anak ikan. Penggunakan sauk tangan amat digalakkan untuk menangkap anak ikan.

    Penyakit anak benih

    Perlu diingat anak ikan akan sentiasa makan dan terus makan. kebiasaannya masalah perut kembung sering berlaku terutama pada hari ke 5 , 6 dan ke 7. Biarkan anak ikan yang kembung perut terapung, jangan diusik. Pastikan air kolam sentiasa bersih dan tidak berbau. Masalah serius yang dihadapi oleh penternak ialah keracunan air yang disebabkan oleh sisa makanan. Kawal suhu air dan PH. Pastikan sisa makanan tidak berlebihan.

     

     



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    BENIH IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Sunday, February 12, 2012

    TERNAK IKAN PUYU

    ikan puyu, ternak puyu

    TERNAK IKAN PUYU. Sambil ternak ikan keli, jangan lupa untuk ternak ikan puyu. Bukan saja rasanya enak, harga ikan ini juga mahal di pasaran. Harga boleh mencecah Rm18 hingga Rm25 sekilogram mengikut saiz.

    Ikan puyu sangat senang untuk diternak kerana mempunyai ketahanan dalam lingkungan air yang agak ekstrem. Ikan ini juga boleh dikatakan cepat membesar dan mudah untuk dibiakkan

    ikan puyu, ternak ikan puyuCara menternaknya juga lebih kurang seperti menternak ikan keli. Air ternakan tidak perlu dalam, cukup paras 1 hingga 2 kaki saja sudah memadai.

    Ikan puyu memerlukan makanan sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan mampu mencapai tahap matang 4 – 6 bulan bergantung tahap kesuburan air.

    Seekor induk ikan puyu mampu mengeluarkan sehingga 50 ribu anak benih.

    Selamat menternak.

    PEMBENIHAN IKAN PUYU



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    TERNAK IKAN PUYUSocialTwist Tell-a-Friend

    TUKAR AIR KOLAM KELI SEBULAN SEKALI

    DSCN1691

    PERLU DIINGAT, kolam yang airnya tidak mengalir akan mengalami mendapan hasil daripada aktiviti ikan dan organisma hidup. Air akan menjadi terlalu subur, hijau pekat dan menyebabkan kadar ketembusan cahaya terganggu. Permintaan oksigen dari benda hidup (B.O.D) akan bertambah dalam kolam akibat kepekatan organisma. dan partikel-partikel yang ada dalam kolam. Ini mengakibatkan kelarutan oksigen melemah dan ikan keli mulai rasa tidak selesa. Kepekatan ini juga mengakibatkan mudahnya serangan patogen. Air mulai berbau, keselesaan ikan terganggu, akhirnya ikan akan sakit dan biasanya akan diserang oleh parasit. Biasanya akan berlaku tanda-tanda merah atau kulit berdarah dan berkudis. Petunjuk yang dapat kita lihat apabila ikan mulai mati satu persatu.

    Jika ini berlaku, maka air perlu ditukar  atau sekurang-kurangnya dicairkan sebanyak 50%. Tetapi jika ada petanda jangkitan kuman, air hendaklah diganti 100% atau ikan yang sihat dipindah ke kolam yang berasingan. Keluarkan air kolam yang sudah kena jangkitan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 – 3 hari. Bersihkan dan masukkan air, baru simpan ikan keli tersebut.

    Sebagai amalan, pastikan air ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekaliJangan tunggu air terlalu kotor baru tukar.

    Selamat menternak.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    TUKAR AIR KOLAM KELI SEBULAN SEKALISocialTwist Tell-a-Friend

    Saturday, February 11, 2012

    PENYEBAB UTAMA KEMATIAN IKAN KELI

    FAKTOR KEMATIAN IKAN merupakan masalah yang sering dihadapi oleh penternak ikan keli. Siapa pun akan berasa sedih kalau melihat ikan yang diternakn tiba-tiba mati. Ini jugalah yang menyebabkan faktor kerugian. Tetapi perlu kita sedar setiap yang berlaku mesti ada sebab-sebab tertentu, begitu juga halnya tentang kematian ikan keli yang kita ternak. Ada beberapa penyebab utama yang menjadi punca kematian ikan.


    1..Ikan tidak mendapat keperluan nutrisi (khasiat) yang sepatutnya dari sumber makanan yang diberikan menyebabkan ikan semakin lemah dan dengan mudah diserang penyakit.


    2.Makanan yang diberikan tidak sesuai dengan sistem penghadaman ikan keli. Terlalu keras atau kandungan yang tidak sesuai, tidak berkualiti atau sebagainya.


    3. Makanan yang diberikan berlebihan atau dari bahan yang busuk menyebabkan air menjadi kotor dan bertoksid, tinggi ammonia menyebabkan ikan lemas, lemah dan mati.


    4. Ikan yang lemah dan sakit atau sudah mati akan mudah dimangsa oleh keli yang besar. Sebenarnya ikan keli yang besar atau yang memangsa itu telah mendapat tenaganya dari ikan yang dimakannya. Ini menyebabkan ia semakin membesar secara luarbiasa dan dengan mudah memangsa ikan-ikan yang lemah kerana kekurangan nutrisi atau ikan yang lemas disebabkan pencemaran air oleh sisa makanan. Ini adalah penyebab utama peratus mortalitas yang tinggi. Namun perkara ini dapat di atasi atau dikurangkan peratus mortalitas seandainya kesemua anak keli berada dalam keadaan cergas dan sihat.


    5.      Air kolam keli tidak pernah ditukar.  Paling sesuai air kolam perlu ditukar sekurang-kurangnya sebulan sekali ini untuk membuang mendapan kotoran terlalu tebal di dasar kolam yang boleh menyebabkan air bertoksid. Mendapan yang terlalu menebal akan menyebabkan air kolam menjadi sangat kotor. Jika dibiarkan terlalu lama, air akan mula diganti dengan patogen yang menyebabkan air berkuman dan mendatangkan penyakit kepada ikan keli. Tags: , , ,


    Powered by Qumana




    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    PENYEBAB UTAMA KEMATIAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    CARA MENGURUS ANAK BENIH IKAN KELI

    ANDA SUDAH MELAKUKAN PEMBENIHAN IKAN KELI? Kepada mereka yang sudah melakukan dan berjaya, saya ucapkan tahniah. Namun kepada mereka yang belum atau masih gagal, saya harap anda akan mencuba dan terus mencuba. Jangan risau, saya akan dedahkan petua-petua rahsia dalam pembenihan ikan keli, oleh itu, rajin-rajinlah anda jenguk blog ni, sebab saya akan dedahkannya bila-bula masa.


    Kita tinggalkan dulu rahsia pembenihan, kita terus sahaja kepada anak benih yang sudah menetas. Perlu diingat, saya pernah beritahu kepada anda bahawa anak benih atau yang kita panggil rega keli yang baru menetas adalah sangat-sangat sensitif. Namun ada beberapa panduan yang wajib saya kongsi kepada anda dalam mengurus anak benih yang baru menetas ini.


    1. Anak benih yang baru menetas berwarna hijau cerah, jernih seperti gel. Sangat cergas dan sensitif pada cahaya. Oleh itu, pastikan kolam asuhan benih anda ada kawasan terlindung dan ada kawasan terbuka.


    2. Anak benih yang baru menetas sangat-sangat sensitif kepada perubahan suhu air. Air yang sejuk akan memberi kesan yang kurang bagus kepada anak benih ikan, jadi kena pastikan air tersebut suam sedikit pada kadar 27-31 darjah selsius. Untuk menjadikan air kolam anda berada dalam keadaan begini ialah dengan cara merendahkan air sekurang-kurangnya 4 inci, membiarkan sebahagiannya terdedah kalau boleh 50% kolam asuhan terdedah matahari.


    3. Anak benih keli cepat membiasakan diri pada keadaan sekitarnya. Biarkan anak benih berada dalam keadaan semulajadi dan air kolam dalam keadaan subur. Pastikan kolam asuhan anda terdapat organisma yang dapat dijadikan makanan benih keli di samping makanan tambahan yang kita berikan setiap hari. Memberi makan 2 kali sehari sudah memadai. Jangan lebih makan kerana anak benih akan mati.


    4. Pastikan air kolam tidak tercemar ini kerana anak benih yang masih baru sangat sensitif kepada perubahan kimia air terutama kehadiran ammonia yang sangat tinggi boleh menyebabkan anak benih mati secara mengejut.


    Okeylah , cukup dulu setakat ini. Ada banyak panduan lagi yang saya akan kongsikan kepada anda pada post-post akan datang. Selamat mencuba dan selamat menternak.


    Tags: , , , Powered by Qumana




    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    CARA MENGURUS ANAK BENIH IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    Thursday, February 9, 2012

    PEMBIAKAN IKAN KELI SECARA ARUHAN

    PEMBIAKAN ATAU PEMBENIHAN IKAN KELI secara aruhan merupakan proses membanyakkan benih. Dengan kaedah yang betul, proses ini akan dapat memberikan kejayaan kepada penternak dalam meningkatkan hasil dan secara tidak langsung kita dapat mengurangkan kos pembelian anak benih.
     
    Ada 5 langkah yang biasa dilakukan dalam pembenihan aruhan ikan keli:

    1. Menyuntik induk dengan hormon perangsang (hormon ovaprim)
    2. Mengeluarkan kantung sperma dari induk jantan
    3. Mengeluarkan telur betina
    4. Mencampurkan sperma jantan dengan telur betina
    5. Menebarkan telur  pada dulang penetasan 

    Namun sebelum itu, kedua-dua induk jantan dan betina yang ditangkap mestilah dalam keadaan sihat dan saiz yang hampir sama. Gunakan induk yang betul-betul matang sebaik-baiknya yang sudah diternak lebih 6 bulan. Umur induk 1 tahun adalah yang terbaik.
    Pastikan kedua-dua induk tidak mengalami kecacatan seperti alat sulit jantan membengkok dan sebagainya kerana ianya dapat menjadikan proses pembenihan ini mengalami kegagalan.
    Juga pastikan air dalam kolam penetasan sudah disediakan lebih awal seelok-elokya sudah tersedia lebih 24 jam dan diletak jaring penetasan.

    PROSES MENYUNTIK INDUK DENGAN HORMON PERANGSANG
    >> Suntik dengan hormon ovaprim pada kadar 0.5ml per kilogram induk. Sebaik-baiknya suntikan dilakukan di belakang. Bagi yang mahir bolehlah menyuntik di bahagian sirip tepi.

    pembiakan ikan keli, pembenihan ikan keli aruhan, cara suntik hormon ovaprim

     PROSES MENGELUARKAN KANTUNG SPERMA JANTAN

    pembiakan ikan keli, sperma jantan, pembenihan ikan keli, rahsia ikan keli

    PROSES MENGELUARKAN TELUR BETINA

    pembiakan ikan keli, teknik stripping, aruhan ikan keli, cara pembenihan keli

    PROSES MENCAMPURKAN SPERMA JANTAN DENGAN TELUR UNTUK TUJUAN PERSENYAWAAN

    pembiakan ikan keli, sperma jantan, telur ikan keli, pembenihan ikan keli

    PROSES MENEBAR TELUR KE DULANG PENETASAN

    pembiakan ikan keli, kolam penetasan, ikan keli, penetasan telur ikan keli, telur keli

    Selamat mencuba !!



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    PEMBIAKAN IKAN KELI SECARA ARUHANSocialTwist Tell-a-Friend

    Wednesday, February 8, 2012

    IKAN KELI

    Ikan keli (catfish) memang tidak asing lagi di Malaysia. Rasanya yang sangat sedap dan mempunyai rasa yang tersendiri. Ikan keli jenis afrika hasil kacukan keli taiwan adalah sejenis ikan keli hibrid (clarias gariepinus) yang sudah diperkenalkan seluruh asia termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di negara-negara asean adalah sejenis ikan yang cepat membesar. Tempoh penternakan yang sangat pendek serta pengawasan yang sederhana, tidak hairanlah bahawa ikan keli jenis ini menjadi pilihan penternak.


    Permintaan ikan keli di pasaran terutama dari pengusaha-pengusaha restoran menyebabkan bekalannya pada ketika ini tidak mencukupi. Bagi mereka yang meminati akuakultur air tawar, inilah peluang yang perlu direbut. Ini seiring dengan peningkatan manusia di muka bumi ini.


    Ikan paya yang tidak banyak ragam ini menjadikan kolam kanvas sesuai untuknya setelah beberapa percubaan telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu di negara seperti Indonesia akhirnya penggunaan kolam kanvas diguna pakai sebagai media alternatif pengganti kolam konkrit dan kolam tanah. Kebaikan media plastik ini dapat mengurangkan banyak kos, seperti kos pembinaan kolam dan sebagainya. Inilah kelebihan 'sang janggut' air tawar ini.


    Terpampang peluang perniagaan yang boleh diwujudkan pada industri ini, maka wujudlah pencetus-pencetus idea dan pemain-pemain industri terlibat merebut keuntungan dari ternakan ikan keli. Di sana-sini kursus-kursus cara menternak ikan keli diadakan. Dengan penggunaan kaedah teknologi penetasan telur menggunakan aruhan dan sebagainya maka tersedialah lebih banyak bekalan benih kepada para pengusaha.


    Di samping itu, pihak kerajaan juga sering mengalu-alukan keusahawanan ikan keli kepada mereka yang berminat untuk menceburi bidang air tawar ini. Setiap tahun begitu banyak kursus yang telah diadakan demi memberi pengetahuan tentang ikan keli kepada para penternak.


    Pendek kaya, ikan keli adalah satu bidang yang senang diceburi dan mudah untuk diusahakan. Dengan modal pengetahuan, kesungguhan, kecekalan maka tidak hairanlah ramai penternak yang telah berjaya. Walaupun masih ramai juga yang kecundang. Untuk berjaya buangkan lah sifat cepat kaya kerana tiada jalan singkat di dunia ini untuk berjaya melainkan terpaksa melalui proses usaha yang penuh dengan ujian.


    Selamat menternak dan selamat maju jaya.


    Tags: ,


    Powered by Qumana



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

    ikan keli dan cara menternak

    Ada banyak cara menternak ikan keli. Bermacam-macam kaedah, cara, formula yang digunakan olek penternak untuk mencapai kejayaan. Tidak dinafikan inilah seni menternak. Tahniah kepada mereka yang tidak serik menempuh segala kegagalan. Tidak kurang juga yang sudah tersenyum panjang melihat kejayaan dan menyaksikan hasil yang lumayan, tahniah sekali lagi teruskan usaha anda, syabas.


    Menurut pengalaman yang saya lalui, secara tidak langsung terdapat ada 5 elemen utama yang dapat memberikan hasil penternak. 


    1. Benih


    2.Sumber air


    3. Kefahaman tentang kandungan air


    4. Kolam


    5. Sentuhan air tangan penternak


    BENIH


    keperluan benih yang cukup, sihat dan dari baka yang baik. Jika penternak terlibat dengan pembenihan, pastikan induk sihat, dari baka yang baik dan mampu mengeluarkan benih yang baik.


    SUMBER AIR


    Sumber air yang mengandungi kadar organik yang tinggi amat digalakkan. Sumber air kosong yang berpunca dari air hujan boleh digunakan tapi perlu menambah organik dan menaikkan PH. Air bukit kebiasaanya berpunca dari air hujan dan kandungannya diperolehi di mana air itu mengalir, jika kawasan tersebut terlalu banyak ferum, ion maka air tersebut mengandungi bahan-bahan tersebut lagi tinggi. Jadi pastikan ianya memenuhi keperluan ikan keli. Untuk pengetahuan kita, ikan keli hidup membiak di kawasan berpaya. Biasanya kawasan berpaya sangat tinggi organik berpunca dari mendapan tanah. Anda boleh meniru stuasi ini dengan menambah sedikit tanah atau lumpur ke dalam kolam ternakan anda khususnya bagi mereka yang hanya menggunakan air hujan, air paip maupun air bukit sebagai sumber air.


    KEFAHAMAN TENTANG KANDUNGAN AIR


    Air ternakan perlu subur. Jika kita bincangkan tentang kesuburan air, maka hendaklah mempastikan kandungan air mempunyai kitaran ekosistem. Dari wujudnya bakteria penghurai, kepada plankton, ikan, tumbuhan air, matahari maka bolehlah dikatakan ianya air subur. Perlu kita ingat, ikan mendapat tenaga daripada makanan. Makanan yang sentiasa disedut oleh insang ikan ialah fitoplankton dan zooplankton.


    KOLAM


    Ada penternak suka kolam besar. Pun boleh, cuma masalah menuai dan pemantauan agak sukar. Penggunaan kolam kecil mungkin lebih berkesan berbanding dengan kolam bersaiz besar. Dengan membuat lebih banyak kolam kecil, hasilnya lebih lumayan berbanding  kolam besar.


    SENTUHAN AIR TANGAN PENTERNAK


    Jangan pandang remeh pada penternak. Menternak ikan keli pun ada air tangan. Ya, sudah semestinya, Dalam bidang lain  seperti pertanian, ternakan haiwan, lembu, ayam, sayur-sayuran, buah-buahan dan bidang ternakan ikan lazimnya mana-mana pun yang diusahakan oleh penternak-penternak berpengalaman (orang sekarang kata otai) semua akan membuahkan hasil. Sentuhan tangan penternak yang berpengalaman lebih berbisa. Jadi, kepada penternak baru kena banyak berusaha untuk mendapatkan sentuhan 'power' air tangan penternak otai.


    Anda setuju?


    Tags: ,





    Powered by Qumana




    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    ikan keli dan cara menternakSocialTwist Tell-a-Friend

    Sunday, February 5, 2012

    Ingin bantu penternak keli

    Dipetik daripada arkib Utusan Malaysia 04/09/2009
    Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Datuk Sohaimi Shahadan memberikan makanan kepada ikan keli semasa majlis perasmianThe Rights Bio Keli Industries Berhad di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

    RAMAI penternak keli telah menyedari kehadiran dan mengenali secara umumnya satu produk atau rumusan pemakanan istimewa yang dibangunkan berteraskan bioteknologi keluaran Perintis Agrotech Centre (PAC), sebuah syarikat 100 peratus milik bumiputera yang menjalankan aktiviti pembangunan bioteknologi dalam sektor perikanan, pertanian dan penternakan.

    PAC yang ditubuhkan pada 2006 ini, mengorak langkah lebih jauh dalam bidang pertanian, bukan semata-mata terlibat dalam aktiviti huluan tetapi dalam usia yang masih muda tampil dengan teknik ternakan keli kaedah Pro-Asli iaitu satu kaedah pemakanan alternatif yang menggabungkan sumber semulajadi dan bioteknologi yang berupaya mengurangkan pergantungan ikan kepada pelet dan dapat mengurangkan kekerapan pemberian makanan.

    Teknik tersebut sejajar dengan dua matlamat utama Pro-Asli iaitu mengurangkan kos makanan ikan dan meningkatkan keuntungan penternak.

    Kaedah ini menawarkan tiga bahan utama iaitu Bio-Mineral (membentuk makanan semulajadi), Bio-Vita (membantu tumbesaran dan serapan protin tinggi) dan Bio-Aqua (merawat air dan mengekalkan sumber makanan asli di dalam air).

    Bio Mineral berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan makanan asli seperti zooplankton, fitoplankton, protein dan alga kepada ikan sekali gus mengurangkan kadar pemberian makanan sokongan yang lain.

    Bio Mineral perlu diaktifkan di dalam kolam ternakan lima hari sebelum benih keli dimasukkan ke dalam kolam manakala Bio Vita perlu dicampur dengan pelet berprotein tinggi berfungsi untuk membantu mempercepatkan tumbesaran ikan dengan memperbaiki mikro-flora ikan, memperkuatkan antibodi bagi mengurangkan kematian akibat penyakit dan meningkatkan kualiti ikan.

    Ia juga sesuai digunakan pada ternakan ikan air tawar yang lain seperti patin, tilapia, puyu dan sebagainya. Pelet yang telah dicampur dengan Bio Vita hanya diberi makan kepada ikan empat kali seminggu sahaja.

    Bio Aqua berfungsi untuk merawat air dari berbau, menukarkan najis ikan kepada lumut, mengurangkan kadar ammonia dan kekerapan penukaran air ternakan serta rawatan penyakit bagi ikan. Kaedah rawatan Bio Aqua ini perlu diulangi setiap dua minggu sehingga tuaian.

    Kos keseluruhan makanan (ProAsli dan pelet) bagi satu kg ikan masih rendah iaitu RM1.20 - RM1.50 berbanding RM4 hingga RM4.50 bagi penggunaan 100 peratus pelet dan tempoh tumbesaran antara tiga dan empat bulan bergantung kepada kualiti benih yang dimasukkan.

    Satu set Pro Asli sesuai untuk 3,000 ekor ternakan dan hanya menggunakan empat beg pelet berprotein tinggi sehingga tuaian.

    Apa yang menariknya, kesemua produk yang dihasilkan oleh PAC ini menggunakan ekstrak cacing dan mikrob hidup sebagai bahan asas utama dalam pembuatan dan melalui proses fermentasi yang masih mengekalkan protein yang tinggi dalam adunan tersebut.

    Perintis juga menawarkan pakej ternakan keli kaedah Pro Asli kepada para penternak dengan jaminan belian balik selama tiga tahun.

    Pakej berharga RM5,000 itu menawarkan tiga set kolam kanvas, 9,000 ekor anak benih, pelet berprotein tinggi dan tiga set Pro Asli untuk penggunaan sehingga waktu tuaian.

    Pakej Jaminan Belian Balik ini hanya terbuka kepada mereka yang berada di Perak, Lembah Klang dan Selangor sahaja. Bagi mereka yang berada di luar kawasan tersebut, hasil tuaian perlulah dihantar sendiri ke pusat pengumpulan keli milik Perintis di Chemor, Perak atau di Rawang, Selangor.

    Ikan-ikan tersebut akan digunakan dalam penghasilan Jus Keli Omega 3 yang akan dikeluarkan oleh Perintis secara komersial pada penghujung September ini dan penghasilan keli berempah melalui anak syarikat PAC, Perintis Food Industries di Bandar Sungai Buaya, Selangor.

    Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah ini, satu bengkel ternakan keli Pro Asli akan diadakan di Ipoh, Perak pada 12 September dan di Kuala Lumpur pada 10 Oktober. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50 sahaja.

    Bengkel tersebut juga akan mengenengahkan wakil dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak yang akan membentangkan kertas kerja "Pengendalian dan Pemasaran Ikan Keli."

    Seorang penternak ikan keli yang berjaya, Mohd. Edzrie Tajuddin turut berkongsi ilmu dengan para peserta tentang rahsia kejayaan beliau dalam bidang penternakan ini.

    Beliau merupakan pembekal ikan keli segar kepada FAMA Negeri Perak.

    Bengkel tersebut diharap dapat membuka peluang dan ruang kepada penternak ikan keli untuk meneruskan semula ternakan mereka dan memberikan garis panduan kepada para penternak tentang pemasaran ikan segar ke saluran yang lebih tepat.

    Powered by Qumana



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    Ingin bantu penternak keliSocialTwist Tell-a-Friend

    Friday, February 3, 2012

    KELI KANIBAL !!


    PELIK TAPI BENAR, KELI MAKAN KELI, saya tahu keadaan ini yang banyak merungsingkan para penternak. Tapi jangan risau, ada beberapa kaedah penyelesaian yang dapat saya kongsikan untuk mengurangkan peratus kamatian yang disebabkan oleh kanibalisme.

    Kecenderungan ikan keli memangsa sesama sendiri adalah berdasarkan beberapa faktor. Jadi, ianya ada sebab-sebab tertentu. Terdapat beberapa sebab yang nyata mengikut beberapa kajian yang saya lakukan sendiri dan ini jawapannya.

    1. Ia disebabkan percampuran saiz yang TIDAK sekata.
    2. Ia disebabkan gangguan terhadap air kolam 
    3. Kelaparan yang melampau
    4. Makanan dari sumber ikan mentah 


     Sebab 1: Ia disebabkan percampuran saiz yang TIDAK sekata.
    Oleh kerana terdapat saiz ikan yang terlalu besar bersama dengan sekumpulan ikan yang bersaiz kecil, maka boleh menyebabkan berlakukanya kanibal. Oleh itu, pengasingan mengikut gred atau saiz sangat penting. Keadaan kanibal biasanya berlaku atau kerap berlaku pada anak ikan bersaiz 3 inci ke bawah. Oleh itu buat penggredan sekerap yang boleh.

    Sebab 2:  Ia disebabkan gangguan terhadap air kolam
    Air kolam yang terlalu dalam, sejuk dan tidak subur ditambah dengan pencemaran seperti getah pokok atau bunga yang jatuh ke dalam kolam biasanya berlaku bawah pokok bergetah seperti pokok mangga akan menyebabkan sekumpulan anak ikan lemah, stress dan mati. Pada saat ini juga ada sekumpulan anak ikan yang kuat, sihat dan akan memakan anak ikan yang sudah mati atau yang lemah tersebut. Dari sini ikan yang kuat ini akan mendapat tenaga, membesar lebih cepat sehingga terus-terusan memangsa pada anak ikan yang lemah dan mati tersebut. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh menyebabkan 90% ikan keli akan mati dan yang tinggal hanya 10% saja. Cara mengatasinya, elakkan dari membuat kolam bawah pokok bergetah seperti pokok mangga serta pastikan air jangan terlalu dalam (rujuk  post saya tentang paras air) dan pastikan kolam mendapat cahaya matahari secukupnya.

    Sebab 3: Kelaparan yang melampau
    Jangan biarkan anak ikan anda terlalu kelaparan, Bagi anak benih khususnya dari saiz 3 inci ke bawah. jadual makanan hendaklah konsisten. Berbeza dengan keli dewasa yang mana jadual makannya boleh di jarakkan. Tapi AWAS jangan biarkan keli anda tidak makan langsung melebihi 3 hari. Ini boleh menyebabkan kanibal. Tapi peratus kematian yang disebabkan kelaparan sangat kecil berbanding dengan sebab 2 di atas.

    Sebab 4: Makanan dari sumber ikan mentah
    Kalau boleh elakkan memberi makan keli anda dengan ikan mentah. Sebenarnya bagus kerana ianya cepat membesar TAPI malangnya ikan jadi GANAS !!. Keli anda sangat agresif sangat kanibal. Kalau boleh, biasakan je makan pelet lagi bagus dan JANGAN bagi makan keli anda dengan keli juga. Kesannya ikan keli anda akan ketagihan dan mulalah menjadi pemangsa sesamanya.



    Baca Selanjutnya.. (Read More)

    KELI KANIBAL !!SocialTwist Tell-a-Friend
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...