Friday, February 3, 2012

KELI KANIBAL !!


PELIK TAPI BENAR, KELI MAKAN KELI, saya tahu keadaan ini yang banyak merungsingkan para penternak. Tapi jangan risau, ada beberapa kaedah penyelesaian yang dapat saya kongsikan untuk mengurangkan peratus kamatian yang disebabkan oleh kanibalisme.

Kecenderungan ikan keli memangsa sesama sendiri adalah berdasarkan beberapa faktor. Jadi, ianya ada sebab-sebab tertentu. Terdapat beberapa sebab yang nyata mengikut beberapa kajian yang saya lakukan sendiri dan ini jawapannya.

1. Ia disebabkan percampuran saiz yang TIDAK sekata.
2. Ia disebabkan gangguan terhadap air kolam 
3. Kelaparan yang melampau
4. Makanan dari sumber ikan mentah 


 Sebab 1: Ia disebabkan percampuran saiz yang TIDAK sekata.
Oleh kerana terdapat saiz ikan yang terlalu besar bersama dengan sekumpulan ikan yang bersaiz kecil, maka boleh menyebabkan berlakukanya kanibal. Oleh itu, pengasingan mengikut gred atau saiz sangat penting. Keadaan kanibal biasanya berlaku atau kerap berlaku pada anak ikan bersaiz 3 inci ke bawah. Oleh itu buat penggredan sekerap yang boleh.

Sebab 2:  Ia disebabkan gangguan terhadap air kolam
Air kolam yang terlalu dalam, sejuk dan tidak subur ditambah dengan pencemaran seperti getah pokok atau bunga yang jatuh ke dalam kolam biasanya berlaku bawah pokok bergetah seperti pokok mangga akan menyebabkan sekumpulan anak ikan lemah, stress dan mati. Pada saat ini juga ada sekumpulan anak ikan yang kuat, sihat dan akan memakan anak ikan yang sudah mati atau yang lemah tersebut. Dari sini ikan yang kuat ini akan mendapat tenaga, membesar lebih cepat sehingga terus-terusan memangsa pada anak ikan yang lemah dan mati tersebut. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh menyebabkan 90% ikan keli akan mati dan yang tinggal hanya 10% saja. Cara mengatasinya, elakkan dari membuat kolam bawah pokok bergetah seperti pokok mangga serta pastikan air jangan terlalu dalam (rujuk  post saya tentang paras air) dan pastikan kolam mendapat cahaya matahari secukupnya.

Sebab 3: Kelaparan yang melampau
Jangan biarkan anak ikan anda terlalu kelaparan, Bagi anak benih khususnya dari saiz 3 inci ke bawah. jadual makanan hendaklah konsisten. Berbeza dengan keli dewasa yang mana jadual makannya boleh di jarakkan. Tapi AWAS jangan biarkan keli anda tidak makan langsung melebihi 3 hari. Ini boleh menyebabkan kanibal. Tapi peratus kematian yang disebabkan kelaparan sangat kecil berbanding dengan sebab 2 di atas.

Sebab 4: Makanan dari sumber ikan mentah
Kalau boleh elakkan memberi makan keli anda dengan ikan mentah. Sebenarnya bagus kerana ianya cepat membesar TAPI malangnya ikan jadi GANAS !!. Keli anda sangat agresif sangat kanibal. Kalau boleh, biasakan je makan pelet lagi bagus dan JANGAN bagi makan keli anda dengan keli juga. Kesannya ikan keli anda akan ketagihan dan mulalah menjadi pemangsa sesamanya.

KELI KANIBAL !!SocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...