Monday, February 27, 2012

MAKANAN AWAL ANAK KELI

anak keli

SEPERTI hidupan yang lain, anak ikan keli dari sejak dipanggil rega amat perlukan makanan awal yang dapat memenuhi permintaan tumbesarannya. Protein yang cukup disamping vitamin-vitamin yang lain sangat diperlukan oleh anak ikan keli untuk melayakkan ia menjadi seekor ikan keli yang mempunyai antibodi yang kuat. Kita perlu ingat, ikan keli hidup di kawasan yang ekstrem, oleh itu secara semulajadinya ikan ini perlu mempunyai antibodi yang kuat untuk melawan serangan penyakit.

Anak ikan keli yang tidak mendapat makanan awal yang berkhasiat akan menghadapi banyak masalah. Salah satu tanda, pembesarannya terbantut, kurus dan mudah diserang penyakit. Kebiasaannya anak-anak ikan keli yang tidak sihat akan mula mati selepas 1 minggu. Warna kulit yang putih dan jernih menunjukkan ianya kekurangan protein atau vitamin-vitamin yang diperlukan.

anak keli matiKeadaan seperti di atas sering berlaku apabila anak ikan merasa lemah, mudah stress dan akhirnya mati. Kebanyakkan anak benih yang lemah, biasanya tidak mendapat makanan awalnya yang seimbang. Ada sesetengah penternak hanya memberi makan kuning telur selepas 48 jam rega mula makan. Perlu diingat, telur ayam tidak begitu sesuai untuk keperluan makanan awal benih keli. Ini yang menyebabkan banyaknya kematian.

Anak ikan keli sepatutnya mendapat makanan awal yang berprotein tinggi yang diperolehi daripada organisma hidup seperti zooplankton dan fitoplankton. Selain protein yang tinggi, ianya juga mengandungi khasiat yang sangat berguna seperti karbohidrat, lemak, kalsium, asid omega dan lain-lain. Ianya sangat seimbang. Inilah penyebab utama ikan ini dapat berkembang biak dengan baik di habitat asalnya. Bukan seperti dalam fiberglass atau besen plastik yang kosong.

Pengetahuan tentang keperluan khasiat makanan awal ikan keli dapat menyumbang kepada peratusan yang tinggi dalam menghasilkan ikan keli yang bermutu tinggi. Bukan hanya dengan memilih induk yang terbaik, tetapi makanan awal ini merupakan kunci utama dalam keberhasilan ternakan ikan keli. Ramai penternak yang berjaya membuat pembenihan tetapi masih gagal dalam menyumbang jumlah anak ikan keli kerana keperluan makanan awal ikan keli ini diabaikan. Kebanyakkan penganjur-pengajur kursus ikan keli jarang menyentuh secara terperinci tentang makanan awal anak ikan keli.

Kami di ladang Empayar Agro Membakut Sabah mempunyai kaedah tersendiri di mana satu kaedah telah kami temui hasil pemerhatian kami selama 2 tahun di tapak ternakan ikan keli kami. Kaedah ini membolehkan anak-anak ikan keli mendapat makanan awalnya secara semulajadi di samping makanan khas yang diberikan. Kaedah ini sangat jimat, anak ikan keli cepat membesar dan yang pentingnya kadar hidup yang tinggi kerana anak-anak ikan keli kami mendapat makanan awalnya yang sempurna.

Okey, untuk dapatkan penjelasan yang lebih lanjut, anda bolehlah jumpa saya di ladang kami di kampung Binsulok Membakut, Sabah.

Selamat menternak dan selamat berjaya.

MAKANAN AWAL ANAK KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...