Wednesday, August 11, 2010

PROJEK KOLAM KANVAS

Ada kebaikan dan keburukan. Tapi bagi saya penggunaan kolam kanvas lebih bagus, kos murah, senang dipasang dan senang dialih. Berdasarkan pengalaman,  satu kali pengeluaran pun sudah balik modal kolam. Kolam kanvas ni boleh tahan agak lama juga iaitu lebih kurang 4 - 5 tahun mengikut cara penggunaan dan penjagaannya.Satu kolam kanvas berukuran 7 kaki X 11 kaki X 2.5 kaki tinggi boleh memuatkan sebanyak 1000 ekor anak benih sehingga berukuran 150 gram. kalau untuk anak benih yang kecil ( pembesaran dari 1/2 inci sehingga 3 inci) boleh isi sehingga 4000 - 5000 ekor. Kos bagi satu kolam berukuran tersebut lebih kurang Rm400.00 sahaja termasuk tali pengikat dan kos rangka kayu. 





Penternakan ikan keli dalam kanvas menggunakan teknik yang betul dapat menghasilkan ikan keli yang sihat dan enak dimakan.




Baca Selanjutnya.. (Read More)

PROJEK KOLAM KANVASSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, December 20, 2009

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010

SELAMAT tahun baru kepada semua penternak ikan keli di seluruh dunia (di Malaysia khususnya) semoga tahun baru yang kita tempuh akan memberi semangat baru bersama azam baru yang lebih mantap berbanding tahun yang sudah. Semoga di tahun baru ini akan bertambahlah hasil ikan keli yang diternak, insya Allah. Semoga projek akan berkembang dalam memenuhi keperluan pasaran yang semakin melonjak. Ingatlah, manusia semakin hari semakin bertambah, ini bermakna keperluan makanan turut bertambah khususnya permintaan ikan yang membekalkan protein untuk manusia. Ingatlah, cuaca dunia semakin panas akibat kerakusan manusia menyebabkan lautan semakin terancam. Ikan di laut berkurangan kerana terumbu karang semakin musnah. Sungai tercemar akibat sisa-sisa toksik hasil buangan industri. Manusia pula perlu makan ikan segar. Oleh itu, kitalah menjadi peranan di tahun baru ini sebagai penternak untuk memenuhi keperluan protein khususnya di Malaysia. Semoga usaha kita semua akan membantu negara mengurangkan kebergantungan import ikan dari luar, insya Allah. Jadilah penternak yang beretika dan mengamalkan cara ternakan yang sihat, mesra alam dan yang paling penting 'halal'. 

SEBAGAI penternak, jangan takut kepada kegagalan kerana selepas itu anda akan berjaya.
 Berikut adalah kata-kata hikmah untuk dikongsi bersama yang aku petik daripada buku catatan harianku. Renung-renungkanlah.


"kejayaan adalah hasil usaha selepas mengatasi kegagalan"

"atasi kegagalan menuju kejayaan"

"kegagalan adalah hasil usaha kita menuju kejayaan" 

"semakin banyak mencuba, semakin banyak kita temui kegagalan dan semakin kita atasi kegagalan itu semakin banyak formula kita temui dan semakin mudah kita menuju kejayaan"

"orang yang berjaya adalah orang yang telah mendapat banyak kaedah mengatasi masalah selepas mengatasi banyak kegagalan"

"orang yang gagal dan bangun semula adalah orang yang akan berjaya"

"orang yang tidak menemui kegagalan adalah orang yang malas mencuba"

"jika setiap usahaku belum menemui kegagalan aku belum dapat mengatakan usahaku itu satu kejayaan"

"kegagalan Vs Kejayaan"

"orang yang malas, bukanlah orang yang gagal dan bukan pula orang yang berjaya"

"orang yang berani gagal adalah orang yang berani untuk berjaya"

"kejayaan itu ada dalam kegagalan, oleh itu carilah dan atasi kegagalan dan anda akan berjaya"

"orang yang takut gagal adalah orang yang tidak akan pernah berjaya"


"Kejayaan itu bermula dari kegagalan"


"jangan takut buat silap, kerana selepas itu anda akan pandai"


"orang yang takut buat kesilapan adalah orang yang tidak akan pandai-pandai"


"jangan malu buat silap tapi malulah kerana anda takut mencuba"


banyak lagi kata-kata hikmah yang kucatit semasa proses pembelajaran ku sebagai penternak keli, insya Allah nanti akan ku tambah dari masa ke semasa khusus untuk penternak keli seluruh dunia.


SELAMAT TAHUN BARU


Ikhklas: En. man (KELI SABAH)






 





Baca Selanjutnya.. (Read More)

MOTIVASI PENTERNAK KELI: UNGKAPAN HIKMAH DI TAHUN BARU 1431 HIJRAH DAN 2010SocialTwist Tell-a-Friend

Saturday, December 12, 2009

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETAS

REGA ikan keli yang berjaya saya tetaskan baru berumur 5 hari hasil perkhawinan induk tempoh hari dengan kaedah pembenihan aruhan. Beginilah rupa bentuknya dengan saiz mencapai 5 mm, rega yang baru menetas berukuran 3 mm pada hari penetasan dan berwarna hijau jernih, susah nak nampak.


Amacam comel tak, he he keciknya.....



 

Selepas 2 minggu rega ikan ini bolehlah melalui proses penggredan untuk memisahkan anak benih gred A, gred B dan C. Anak benih dalam gred A ialah anak benih yang tumbesarannya agak cepat. Biasanya penternak akan menyimpannya untuk calun induk kerana tumbesarannya yang agak baik. Manakala gred B adalah benih yang pembesaran yang normal dan biasanya inilah yang akan diternak untuk pasaran. Manakala yang berada dalam gred C pembesarannya agak lambat. 
-----------------------------------------------------------------------------------
Kawan-kawan penternak ikan keli khususnya di Sabah yang memerlukan anak benih ikan keli afrika (clarias gariepinus) bolehlah hubungi saya : 019-8428689 (en. Man), harga boleh dirundingkan.







Baca Selanjutnya.. (Read More)

REGA IKAN KELI YANG BERJAYA MENETASSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...