Friday, August 12, 2011

BELAJAR CARA PEMBESARAN BENIH IKAN KELI

RAMAI penternak yang saya jumpa mengeluh tentang cara pembesaran ikan keli terutama pada peringkat rega. Dan yang malangnya mereka yang mengikuti kursus pembenihan ikan keli hanya sampai pada peringkat cuba menetaskan telur ikan keli sahaja tapi yang lain-lain tentang cara pembesaran cuma teori. Ini yang menyebabkan ramai yang minat untuk menternak ikan keli tetapi awal-awal lagi sudah gagal. Apa tidaknya, rega keli yang baru menetas seminggu tiba-tiba mati atau hanya 1 - 2 ekor saja yang terlepas membesar. Sedih dan amat menyedihkan.


Saudara dan saudari rakan penternak, perlu diingat, keperluan untuk menjadikan anak keli membesar dan sihat adalah sangat penting. Kurang memahami tentang ekosistem air menyebabkan para penternak kecundang. Menurut pengalaman, saya bertemu dengan penternak baru yang buat penternakan ikan keli menukar air setiap 2 -3 hari sekali. Waduh!! parah bro. Ini buka saja kesilapan tapi membazir air namanya.


Atas sebab itulah pihak kelisabah, akan cuba membantu dengan memberikan info yang sebenarnya-benarnya tentang rahsia penternak ikan keli ini mengikut pengalaman kami dan kajian yang dilakukan. Kena rajinlah berkunjung ke ladang kami dan rajin-rajinlah bertanya, kami akan membantu masalah anda. Insya Allah selepas raya nanti kami akan anjurkan kursus pembenihan aruhan ikan keli (ajar sampai pandai) dengan yuran Rm 280 sahaja seorang. Kami akan cuba memberikan anda sebaik mungkin selok-belok ternakan keli.


SELAMAT BERPUASA


Powered by Qumana


BELAJAR CARA PEMBESARAN BENIH IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...