MASUK 1000 EKOR, YANG TINGGAL 90 EKOR?
Ini yang sering berlaku dalam mengusahakan ikan keli. Namun para penternak perlu mengetahui kecenderungan ikan keli dalam memangsa terutama dalam kelompok mereka sendiri. Ini adalah sesuatu yang normal dan perbezaan peratus mortalitas yang disebabkan oleh kanibal adalah berbeza-beza mengikut beberapa faktor. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, masalah kanibal tidak dapat dielakkan. Apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi masalah ini ialah dengan mengurangkan peratus mortalitas (kematian) yang disebabkan oleh punca kanibalisme.
Ada banyak faktor yang menjadi punca berlakunya kanibalisme, antara ialah:
IKAN LAPAR
Pemberian makanan yang terlalu sedikit atau jarang memberi makan merupakan punca yang sangat lazim antara penyebab kanibalisme. Biasanya ikan keli akan bertukar ganas apabila mereka berasa lapar. Oleh itu, para penternak kena pastikan jadual pemberian makanan yang tetap. Sekurang-kurangnya jangan biarkan ikan keli anda kelaparan melebihi 2 hari.
MAKANAN YANG KURANG NUTRISI
Pastikan ikan mendapat keperluan nutirisi (khasiat) makanan yang diperlukan. Kekurangan zat pada makanan boleh menyumbang kepada ketidakstabilan pembesaran yang menyebabkan pembesaran ikan tidak sekata. Kekurangan nutrisi menyebabkan ikan yang kecil menjadi lemah dan mudah menjadi mangsa ikan yang besar.
KEPADATAN DAN KELUASAN MEDIA TERNAKAN
Kepadatan tebaran pada media yang kecil juga merupakan penyebab mudahnya kanibal terutama pada saiz ikan yang masih kecil. Menambah kepadatan bererti menambah risiko. Ini juga boleh menyebabkan kurangnya kandungan oksigen pada kolam ternakan. Akhirnya ikan yang lemas akbiat kekurangan oksigen akan lemah dan dapat dimangsa oleh ikan lebih kuat. Kepdatan juga menjadi punca lambatnya pembesaran.
TIDAK MELAKUKAN PENGGREDAN
Saiz ikan yang bercampur adalah penyebab yang lazim kanibalisme. Pastikan ikan anda digred mengikut saiz dan tempatkan pada kolam mengikut saiz. Dengan melakukan penggredan, risiko kanibal dapat dikurangkan.
AIR YANG TERLALU JERNIH
Air yang terlalu jernih juga memudahkan ikan memangsa. Jika air ternakan anda terlalu jernih, pastikan ada tempat-tempat bersembunyi bagi ikan. Cara yang paling terbaik ialah dengan meletakkan potongan-potongan paip PVC.
Itulah beberapa faktor yang lazimnya menjadi penyebab kanibalisme. Ada lagi beberapa faktor tambahan antaranya jangan biasakan ikan anda memakan isi ikan segar kerana ini dapat merangsang ikan anda menjadi ganas dan elakkan memberikan makan ikan keli anda dengan ikan keli.
Untuk mendapatkan tips tambahan silalah berkunjung ke kolam ternakan kami. Kami akan dedahkan lagi beberapa rahsia untuk dikongsi.
SELAMAT MENTERNAK.
Powered by Qumana
0 comments:
Post a Comment