Thursday, August 4, 2011

HIDANGAN IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI API UNTUK BERBUKA PUASA MEMANG POWER !!



ENAK, SEDAP dan memuaskan. Ikan keli salai masak lemak cili api. Memang sesuai untuk berbuka puasa. Silakan ambil resipi ni. Lepas ni kena cari ikan keli. Cari ikan keli yang betul-betul segar, diternak dengan memakan pelet sahaja. Untuk ikan keli yang halal, segar dan tidak hanyir boleh hubungi saya 0198428689 (En. Man) khas untuk orang di Sabah saja. Kami juga ada menawarkan ikan keli siap disiang, tapi kena ada harga tambahanlah (cara dan teknik siang istimewa tanpa bau hanyir DIJAMIN !!)

Untuk ikan keli salai lemak cili api, ini resipinya. Cuba jangan tak cuba...SELAMAT BERPUASA:

3 ekor ikan keli siap siang

Cili api, jumlah terpulang anda (kalau nak pedas, faham-fahamlah)

Kunyit hidup dikisar

1 biji bawang besar

Santan kelapa (setengah biji cukuplah, tapi kalau nak kuah lebih dan pekat 1 biji lagi cantik)

Asam keping ( 2 - 3 keping ja...ikut suka anda)

Garam dan perasa

Cara menyediakan:

1. Ikan keli dilumur kunyit dan garam kemudian panggang hinggan masak. (Dalam ketuhar lagi senang.)

2. Cili padi, kunyit hidup dan bawang besar ditumbuk halus kemudian masukkan dalam periuk. Masukkan santan dan asam keping kemudian masak dengan api yang perlahan.

3. Masukkan keli salai, garam dan serbuk perasa (ikut citarasa anda).

4. Masak sehingga kuah pekat dan siap untuk dihidangkan seisi keluarga.

Ringkas, mudah dan sedap. SELAMAT BERPUASA.

Powered by Qumana

HIDANGAN IKAN KELI SALAI MASAK LEMAK CILI API UNTUK BERBUKA PUASA MEMANG POWER !!SocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...