Wednesday, July 27, 2011

TERNAK IKAN KELI SUNGGUH MENYERONOKKAN



MENGHILANGKAN TEKANAN dan seronok melihat sang keli berpusu-pusu mendapatkan makanan apabila ditaburkan pelet. Petang yang sangat menyeronokkan dengan angin yang sepoi-sepoi yang membelai-belai sungguh indah di perkarangan rumah dengan suasana kolam kanvas yang tersusun. Suatu bisnes yang sangat menyeronokkan. Ditambah lagi dengan hasil yang memberangsangkan apabila melihat ikan keli yang diternak dibeli oleh pelanggan. Wah !, dapat keseronokkan dapat lagi wang. Dengan hanya kolam kanvas yang disusun hanya ditepi rumah, dapat mengeluarkan hasil. Bukan saja dapat ditukar dengan wang ringgit malahan dapat lagi dinikmati sebagai lauk pauk yang enak hasil usaha tangan sendiri.  Berbaloi juga hasil keringat, daripada perkarangan belakang rumah kita yang dahulunya hanya dihuni oleh belukar atau sampah sarap. Sekurang-kurangnya berubah jugalah landskap belakang rumah kita yang dari yang tiada hasil kepada yang ada hasil. Sebuah lagi perubahan dan pengalaman hidup kita yang baru iaitu menternak ikan keli dalam kanvas. Dapat mengisi kelapangan yang kosong dengan aktiviti berguna dan mendatangkan hasil.


Lapang fikiran, lapang dada. Bagi saya yang sudah berpengalaman hampir 3 tahun, banyak pengajaran, pengetahuan dan mengajar kita erti menikmati serta mencintai alam ciptaan Tuhan, mententeramkan minda. Suatu perkara yang perlu saya kongsi dengan anda ialah ternakan ikan keli memberikan pulangan yang sangat lumayan jika kita betul-betul mengenali tentang ternakan ikan keli yang sebenar.



Powered by Qumana

TERNAK IKAN KELI SUNGGUH MENYERONOKKANSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...