Saturday, July 16, 2011

TENAGA MATAHARI DAN KEPADATAN MEMPENGARUHI PEMBESARAN IKAN KELI

SALAM PENTERNAKAN kepada semua para penternak ikan keli. Minggu ni, saya dan adik saya agak sibuk sebab baru tambah kolam kanvas dan proses pembersihan ladang kedua ikan keli kami. Dan sempat jugalah kami bertemu dengan para penternak lain terutama di kawasan Kuala Penyu Sabah,  sambil-sambil tolong borong hasil mereka. Ada juga penternak yang tidak mahu jual keli mereka sebab sudah kena tempah untuk kenduri bulan Syaaban, syukur Alhamdulillah.


Ada beberapa info yang perlu dan wajib saya kongsi dengan penternak terutama mereka yang masih terpinga-pinga mencari jawapan kenapa keli saya tidak mahu besar? Kenapa keli saya banyak yang mati? Kenapa keli saya terlalu lambat untuk membesar?


Ada banyak faktor, namun dua faktor ini sangat berhubung rapat mempengaruhi tumbesaran ikan keli. Faktor pertama adalah tenaga matahari dan yang kedua kepadatan.


FAKTOR TENAGA MATAHARI


Kebanyakkan para penternak takut nak dedahkan air kolam dengan matahari. Takut kepanasan !!. Kebanyakkan penternak ikan keli suka meredupkan kolam mereka dengan apa jua dengan harapan ikan keli dapat berlindung.


Perbuatan ini bukan sahaja memutuskan tenaga matahari untuk membenarkan fitoplankton (plankton tumbuhan) berinteraksi dengan matahari untuk proses fotosentesis TAPI juga menurunkan suhu air. Apabila proses fotosentesis tidak berlaku maka terputuslah ikatan rantaian ekologi dimana semua fitoplankton akan mati menyebabkan zooplankton (plankton haiwan) juga akan mati kerana ketiadaan makanan yang datang dari fitoplankton. Maka sistem penghuraian yang berlaku tidak seimbang. Ini yang menyebabkan CO2 tidak dapat diserap akhirnya berlaku peningkatan ammonia, mengurangkan PH air (air akan berasid), menurunkan suhu air dan menurunkan oksigen terlarut (DO). Ikan mula rasa tidak selesa, selera makan menurun, pergerakkan lambat dan saiz yang kecil akan mati, yang tinggal hanya ikan keli yang kuat antibodi sahaja. Mungkin 10% - 20%.


FAKTOR KEPADATAN


Satu kajian yang dijalankan di Eropah, menunjukkan kepadatan mempengaruhi tumbesaran ikan keli (clarias gariepinus). Data yang diambil membuktikan, ikan keli yang ditebar dengan kadar 2 ekor / M2 menunjukkan pembesaran yang cepat, menjangkau berat 200g dalam masa 80 hari. Dan semakin padat semakin lambat pembesaran.


Salah satu tips yang dapat saya berikan ialah dengan cara melonggarkan dahulu tebaran di beberapa buah kolam sehingga mencapai saiz 180g - 200g kemudian barulah dikumpul semula.


Faktor kepadatan mempengaruhi BOD. Semakin tinggi BOD semakin turun DO.


Untuk lebih lanjut pengaruh BOD dan pengaruh DO, jumpa saya di ladang penternakan kami. Saya akan bagi info secara percuma untuk anda.


Powered by Qumana


TENAGA MATAHARI DAN KEPADATAN MEMPENGARUHI PEMBESARAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...