Saturday, July 2, 2011

TERNAKAN KELI 100% BERSIH DAN HALAL

KAMI telah lama mengamalkan ternakan yang bersih dan halal dengan hanya memberikan makanan 100% pelet.  Dengan kaedah ternakan yang meniru habitat sebenar ikan air tawar adalah formula ternakan ikan yang banyak memberikan kami kejayaan. Keperluan matahari yang cukup dan dengan penggunaan E.M asli keluaran kami telah terbukti dengan berkesan menghasilkan air yang sihat, bersih dan subur. Kaedah yang kami amalkan ini cukup mudah dan mengurangkan kos. Air kolam tidak perlu diganti. Ianya hanya perlu digantikan sekiranya pertumbuhan pytoplankton terlalu subur. Bukan itu saja, kaedah ternakan yang kami jalankan tidak mengeluarkan bau yang busuk malahan air kolam semakin baik. Kaedah pemberian makanan dengan cara 'tabur dan lihat' juga merupakan penyumbang kejayaan ternakan. Sumber air yang asli dengan PH yang sesuai juga merupakan punca kejayaan.


Apa yang perlu dikongsi dengan tuan-tuan adalah kaedah yang betul dalam sistem penternakan. Kita tidak boleh lari daripada ikatan rantaian makanan asli yang telah tersedia di alam semulajadi. Bermula daripada kandungan air yang mempunyai PH yang sesuai, ianya juga perlu mengandungi kadar oksigen yang cukup untuk membenarkan pertumbuhan bakteria baik. Dengan pertumbuhan bakteria baik, ianya dapa menghuraikan organik-organik terlarut termasuk ammonia untuk ditukar kepada zat-zat yang sangat duperlukan oleh pertumbuhan pytoplankton. Untuk menjadikan ini berlaku, peranan matahari sangat penting. Tanpa matahari, aktiviti ini akan terganggu menyebabkan bakteria baik tidak dapat melakukan tugasnya dengan sempurna menyebabkan ammonia mula menguasai dan ini akan menyebabkan air mulai kotor dan berbau. Oksigen mulai melemah, pytoplankton tidak menjadi dan mati bermakna rantaian ini telah terputus. Akhirnya ternakan jadi gagal. KENAPA INI BERLAKU?


Baiklah, kita huraikan satu persatu. Pytoplankton menjadi kerana berlakunya fotosentesis hasil dari tenaga matahari. Ianya menyerap zat-zat yang dihuraikan oleh bakteria. Pytoplankton halus yang subur ini pula akan dimakan oleh zooplankton. Pytoplankton dan zooplankton ini pula akan menjadi makanan ikan. Akhirnya, zat-zat yang ada pada pytoplankton dan zooplankton inilah yang menyumbang kesuburan ikan. Sebagai makanan tambahan, pelet yang sesuai diperlukan. INGAT !! jangan beri makan ikan keli anda dengan sisa binatang seperti lemak haiwan, usus binatang, daging busuk dan sebagainya kerana perbuatan ini bukan saja dapat merosakkan air ternakan malahan merosakkan rasa ikan tersebut. Bukan itu saja, kemungkinan besar ternakan anda akan yang mati dan anda GAGAL dalam bisnes penternakan ikan.


Dapatkan tips secara percuma dengan melawat ladang ternakan kami.



Powered by Qumana


TERNAKAN KELI 100% BERSIH DAN HALALSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...