Friday, July 22, 2011

SIKAP SABAR WAJIB ADA PADA PENTERNAK IKAN KELI

SABAR, sangat dituntut dalam penternakan ikan keli. Ini kerana bidang ternakan ikan khususnya ikan keli bukanlah bidang yang menjanjikan kekayaan dalam sehari dua. Ianya perlu kesabaran, fokus dan belajar melalui pengalaman. Sebabnya kita kena akui bahawa ternakan ikan perlu masa sehingga ke satu tahap ternakan anda  memberikan keuntungan.


Bagi mereka yang tidak meminati langsung bidang ini saya sarankan carilah bidang yang sesuai kerana seperti yang saya katakan bahawa bidang ternakan ikan memerlukan masa yang sedikit lama untuk anda betul-betul faham selok belok ternakan ikan. Namun bagi mereka yang benar-benar minat dan ingin mendapat kejayaan dalam bidang ini ada beberapa tips yang dapat kita kongsi bersama berdasarkan pengalaman saya sendiri.


FOKUS


Pertama sekali perbetulkan niat untuk menjadi seorang penternak yang berjaya dan diberkati. Jangan ubah pendirian walau dalam keadaan apa sekalipun. Kerana kalau fokus berubah arah, segalanya akan hancur dan anda tidak akan dapat melihat apa yang anda harapkan.


TAMBAH  ILMU


Jangan ego kerana ego itu menutup pintu ilmu. Belajar dari masa ke semasa walaupun melalui tunjuk ajar dari seorang budak. Sentiasa cari pendekatan baru dan cuba belajar membuat kajian-kajian ringkas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Cari punca masalah dan cuba selesailkan. Buat rujukan, catitan dan jangan lupa sentiasalah bertanya kepada penternak-penternak yang sudah berjaya, Kumpul segala maklumat dan buat sedikit analisis kerana setiap penternak akan memberi pendapat yang berbeza-beza. Ikuti mana-mana seminar ataupun kursus-kursus yang berkaitan. Dan jangan lupa praktikan ilmu anda di kolam anda. Kalau anda sudah menemui jalan penyelesaian anda akan seronok. Dan jangan lupa, jangan lokek ilmu, berkongsilah dengan rakan penternak. Tapi ingat, ajarkan kepada mereka yang berminat sahaja, jangan buang masa dengan mereka yang hanya ingin memperlekehkan anda. Dan jangan lupa sentiasalah minta petunjuk daripada Allah agar dibukakan jalan, diberikan kesabaran serta diberi kejayaan


KEMBANGKAN PROJEK ANDA


Selangkah demi selangkah, bisnes anda pasti membesar. Sekarang anda anda dapat menikmati kejayaan kerana ramai pelanggan kenal anda, jual beli semakin lancar. Di tahap ini, anda akan mendapat idea baru dalam bisnes ini. Buat rangkaian perniagaan dengan rakan-rakan kerana ini cukup membantu memajukan bisnes anda. Cuba cari di bahagian mana yang anda ada kekuatan semada dalam bidang pembenihan, jual ikan dewasa, latihan, jual peralatan dan sebagainya. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kedudukan yang berbeza-beza. Cuba cari dan cari.


Selamat menternak, selamat maju jaya.... jumpa lagi di tips akan datang.




.Powered by Qumana


SIKAP SABAR WAJIB ADA PADA PENTERNAK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...