Monday, August 22, 2011

RAKAN TERNAK IKAN KELI

TERLEBIH dahulu saya ingin merakamkan jutaan terimakasih kepada rakan-rakan ternak yang sentiasa tidak putus-putus mengunjungi kolam ternakan ikan keli kami di Kg. Binsulok Membakut. Walaupun dari jauh sanggup datang semata-mata ingin belajar dengan lebih lanjut tentang ternakan ikan keli. Kepada mereka yang sudah berjaya kami ucapkan tahniah, syabas dan teruskan usaha anda kerana permintaan ikan keli tidak akan habis malahan pasaran semakin meluas hari demi hari. Kepada mereka yang masih mencari-cari bagaimana mau bermula, sudi-sudilah berkunjung ke kolam ternakan kami untuk mendapatkan info-info percuma tentang ikan keli.


TAHNIAH, jangan putus asa, teruskan usaha dan rajin-rajinlah bertanya. Saya yakin anda pasti akan berjaya suatu hari nanti. Apa yang penting jangan buat bisnes ini secara bersendirian kerana anda tidak akan kemana. Kita buatlah bisnes ini secara rangkaian supaya setiap bahagian akan sentiasa mendapat keuntungan.


Powered by Qumana


RAKAN TERNAK IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...