Saturday, December 31, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SELURUH WARGA PENTERNAK KELI SELURUH MALAYSIA

MELANGKAH LAGI KITA KE TAHUN BARU, SYUKUR KEPADA TUHAN YANG MEMANJANGKAN UMUR DAN MEMURAHKAN REZEKI. SELAMAT TAHUN BARU 2012.

SATU HARAPAN SATU IMPIAN DI TAHUN BARU INI SEMESTINYA KITA MENGHARAPKAN KEJAYAAN DAN REZEKI YANG MELIMPAH. SAYA DOAKAN KEPADA SELURUH WARGA PENTERNAK KELI SELURUH MALAYSIA AKAN BEROLEH KEJAYAAN, AMIN.

Kami pula di kelisabah ni mungkin pada awal tahun 2012  ni sangat sibuk mengatur ladang ternakan keli di tapak baru dan sibuk juga menyediakan anak benih dan keli matang yang sudah ditempah. Juga kemungkinan ada program akan kami laksanakan bersama kerajaan demi menggalakkan industri ikan keli ini di Sabah. Saya harap kepada rakan saya yang sudah menunggu tempahan mereka harap bersabar. Syukur juga sepanjang tahun 2011 ni rezeki kami agak bertambah-tambah. Oleh itu kepada rakan-rakan yang berminat teruskan usaha anda kerana terus-terang saya katakan permintaan ikan keli memang menggalakkan dan permintaan semakin bertambah-tambah.

** Bagi mereka yang menunggu untuk kursus ternakan ikan keli dan pembenihan ikan keli juga harap bersabar. Kami atur dulu apa yang patut dan sudah tentu kami akan maklumkan kemudian. Buat masa ini, jika ada sebarang kemusykilan tentang ternakan keli dan ingin belajar-belajar tu, datang saja ke tempat kami, semua info akan diberikan percuma.

SELAMAT TAHUN BARU 2012





Powered by Qumana

SELAMAT TAHUN BARU 2012 KEPADA SELURUH WARGA PENTERNAK KELI SELURUH MALAYSIASocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...