Saturday, June 16, 2012

PERMINTAAN IKAN KELI SEMAKIN MENINGKAT

ALHAMDULILLAH semenjak menceburi bidang ternakan ikan keli ni memang tak menang tangan. Pelanggan yang semakin ramai, duit masuk pun syukur tidak terkata. Setiap usaha yang dikerjakan bersungguh-sungguh sudah semestinya akan mendatangkan hasil.
Ramai yang kawan-kawan di luar sana yang bertanya dengan saya tentang rahsia kejayaan perniagaan ikan keli. Jawapan saya sangat mudah iaitu kita kena terus usaha, jangan mudah putus asa dan banyakkan bersabar dalam menanti hasilnya. Jumlah duit yang kita dapat itu tidak penting TETAPI perjalanan usaha kita untuk memperolehi keuntungan itu yang paling penting kerana jika kita sudah melaluinya, duit akan datang mencurah-curah.
Semakin lama kita berada dalam bidamg ini, semakin banyak pengalaman dan ilmu. Jangan peduli apa orang kata dan jangan terkesan dengan kejayaan orang lain di bidang mereka.
Saya sangat gembira dengan tuan-tuan yang telah berjaya di bidang ternakan ikan keli. Ianya satu bidang yang sangat menyeronokan serta dapat memberikan sumber pengetahuan dalam dunia akuakultur.
Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PERMINTAAN IKAN KELI SEMAKIN MENINGKATSocialTwist Tell-a-Friend

Sunday, May 20, 2012

KOS PENTERNAKAN IKAN KELI

KOS PENTERNAKAN ikan keli bergantung kepada kemahuan penternak itu sendiri. Ada sesetengah  penternak ingin membina kolam yang lebih kukuh seperti kolam konkrit. Ada sesetengah penternak mahu kolam yang luas seperti kolam tanah.

KOLAM TERNAKAN KELI

Sebenarnya itu terpulang kepada anda untuk melaburkan modal anda terhadap ternakan ikan keli.

Bagi mereka yang rasa keliru mana satu kaedah terbaik, di sini saya kongsikan beberapa perkara yang mungkin akan menjadikan anda membuat keputusan.

1. Jika anak benih ditebar dalam satu kolam yang luas, hasilnya akan berkurangan disebabkan sukar untuk memantau. Anak benih perlu digred dalam tempoh 2 minggu.

2. Menebarkan benih dalam satu kolam mempunyai risiko yang tinggi, seandainya kolam tercemar atau serangan penyakit?

3. Menebar dalam satu kolam yang luas, kebaikannya ikan cepat membesar tapi sukar untuk kerja-kerja penuaian.

4. Kolam yang besar agak lambat untuk diservis, isi air pun lambat, buang air pun lambat.

5. Menangkap ikan menggunakan sauk di kolam yang luas amat sukar.

6. Kolam yang besar kos pembuatannya agak besar.

7. Kolam konkrit perlu matikan simen sekurang-kurangnya 2 minggu

8. Kolam konkrit dan tanah tidak dapat dipindah lokasi.

9. Kolam tanah bergantung kepada kondisi air sekitaran. Jika air berasid mungkin tidak sesuai untuk keli.

Namun, saya tidak dapat menyatakan kolam konkrit atau kolam tanah tidak sesuai, itu bergantung kepada kekuatan modal penternak. Apa yang penting di mana-mana media yang kandungan airnya sesuai, ikan keli akan tetap membesar.

Saya tetap menggunakan kolam kanvas atas sebab ia agak murah, mudah dipindah, mudah dipasang. 

Technorati Tags:



Baca Selanjutnya.. (Read More)

KOS PENTERNAKAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

Wednesday, May 16, 2012

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUK

ADA beberapa faktor yang akan menyebabkan kolam ikan keli kita berbau busuk. Namun perlu diketahui, bau organik yang datang dari pereputan plankton bukanlah dianggap ianya berbau. Bau lumpur pula boleh di kategorikan sebagai bau yang normal. Tetapi bau busuk yang terlalu kuat sehingga dapat dihidu pada jarak lebih 30 kaki ianya bolehlah dianggap sebagai bau busuk. Bau busuk yang datang dari kolam keli bukanlah sesuatu yang biasa. Ia hanya berlaku apabila aktiviti mikrob baik yang berfungsi sebagai penghurai sangat kurang dan digantikan dengan ejen pembusuk iaitu bakteria pembusuk dan kemudiannya akan mengundang patogen serta berlaku lambakkan gas ammonia yang tidak terhurai.

Ada beberapa kemungkinan yang selalunya berlaku di mana kita sering terlepas pandang atau sengaja melakukannya. Antaranya:

1. Memasukkan bangkai ke dalam kolam dengan tujuan memberi makan ikan keli.

2. Memberi makan ikan keli dengan benda berdarah seperti ikan segar, kepala ikan, perut ikan, perut ayam dan sebagainya. Air akan cepat busuk dan mengundang patogen pembawa penyakit.

3. Air  kolam anda tidak terdedah dengan matahari. Perbuatan terlalu melindungi kolam dengan menggunakan atap atau sebagainya dapat mengundang bau yang busuk. Ini kerana, tenaga matahari adalah sumber utama yang sangat diperlukan oleh organisma hidup. Tanpa matahari, aktiviti benda hidup akan terbantut.

4. Air terlalu sejuk atau dalam. Biasanya berlaku pada kolam konkrit.

5. Tabiat memberi makan yang berlebihan

 

BEBERAPA KAEDAH YANG DAPAT ANDA AMBIL UNTUK ATASI KOLAM KELI DARI BERBAU BUSUK

1. Jangan masukkan bangkai dalam kolam.

2. Jangan beri makan ikan keli anda dengan benda berdarah. Kalau boleh elakkan. Ikan keli sudah tentu cepat membesar kalau beri makan usus ayam. TAPI, masalah yang timbul, ikan keli anda berbau, lembik, busuk dan daging ikan yang berlemak. Kolam keli anda berbau busuk dan berkuman. Ikan keli anda berkulit pucat, tiada kualiti.

3. Dedahkan kolam anda sekurang-kurangnya 70% kepada kepanasan matahari. Bubuh E.M untuk memperkayakan mikrob baik. Kolam anda akan subur dan masalah bau akan hilang.

4. Dapatkan paras air yang sesuai. Paras air pada kedalaman 1 kaki sudah memadai.

5. Buang tabiat suka bagi makan secara berlebihan. Seperti pada post yang lalu, saya terangkan bahawa ikan keli perlu puasa untuk merehatkan sistem penghadaman. Dengan menggunakan kaedah kesuburan air, anda tidak perlu beri makan dengan secara berlebihan. Ada beberapa ketika, ikan keli boleh beri makan sekali sehari. Memberi makan secara berlebihan akan mengundang bau kolam yang  busuk akibat mendapan sisa pelet. Malahan ianya satu pembaziran.

 

 

 

 



Baca Selanjutnya.. (Read More)

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUKSocialTwist Tell-a-Friend
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...