Wednesday, May 16, 2012

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUK

ADA beberapa faktor yang akan menyebabkan kolam ikan keli kita berbau busuk. Namun perlu diketahui, bau organik yang datang dari pereputan plankton bukanlah dianggap ianya berbau. Bau lumpur pula boleh di kategorikan sebagai bau yang normal. Tetapi bau busuk yang terlalu kuat sehingga dapat dihidu pada jarak lebih 30 kaki ianya bolehlah dianggap sebagai bau busuk. Bau busuk yang datang dari kolam keli bukanlah sesuatu yang biasa. Ia hanya berlaku apabila aktiviti mikrob baik yang berfungsi sebagai penghurai sangat kurang dan digantikan dengan ejen pembusuk iaitu bakteria pembusuk dan kemudiannya akan mengundang patogen serta berlaku lambakkan gas ammonia yang tidak terhurai.

Ada beberapa kemungkinan yang selalunya berlaku di mana kita sering terlepas pandang atau sengaja melakukannya. Antaranya:

1. Memasukkan bangkai ke dalam kolam dengan tujuan memberi makan ikan keli.

2. Memberi makan ikan keli dengan benda berdarah seperti ikan segar, kepala ikan, perut ikan, perut ayam dan sebagainya. Air akan cepat busuk dan mengundang patogen pembawa penyakit.

3. Air  kolam anda tidak terdedah dengan matahari. Perbuatan terlalu melindungi kolam dengan menggunakan atap atau sebagainya dapat mengundang bau yang busuk. Ini kerana, tenaga matahari adalah sumber utama yang sangat diperlukan oleh organisma hidup. Tanpa matahari, aktiviti benda hidup akan terbantut.

4. Air terlalu sejuk atau dalam. Biasanya berlaku pada kolam konkrit.

5. Tabiat memberi makan yang berlebihan

 

BEBERAPA KAEDAH YANG DAPAT ANDA AMBIL UNTUK ATASI KOLAM KELI DARI BERBAU BUSUK

1. Jangan masukkan bangkai dalam kolam.

2. Jangan beri makan ikan keli anda dengan benda berdarah. Kalau boleh elakkan. Ikan keli sudah tentu cepat membesar kalau beri makan usus ayam. TAPI, masalah yang timbul, ikan keli anda berbau, lembik, busuk dan daging ikan yang berlemak. Kolam keli anda berbau busuk dan berkuman. Ikan keli anda berkulit pucat, tiada kualiti.

3. Dedahkan kolam anda sekurang-kurangnya 70% kepada kepanasan matahari. Bubuh E.M untuk memperkayakan mikrob baik. Kolam anda akan subur dan masalah bau akan hilang.

4. Dapatkan paras air yang sesuai. Paras air pada kedalaman 1 kaki sudah memadai.

5. Buang tabiat suka bagi makan secara berlebihan. Seperti pada post yang lalu, saya terangkan bahawa ikan keli perlu puasa untuk merehatkan sistem penghadaman. Dengan menggunakan kaedah kesuburan air, anda tidak perlu beri makan dengan secara berlebihan. Ada beberapa ketika, ikan keli boleh beri makan sekali sehari. Memberi makan secara berlebihan akan mengundang bau kolam yang  busuk akibat mendapan sisa pelet. Malahan ianya satu pembaziran.

 

 

 

 

PUNCA DAN CARA MENGATASI AIR KOLAM KELI BERBAU BUSUKSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...