Tuesday, May 8, 2012

POTENSI PERNIAGAAN IKAN KELI

PERNIAGAAN ikan keli mempunyai potensi yang cukup baik dan akan terus berkembang. Ini kerana, ikan keli merupakan sumber protein ikan air tawar yang sentiasa diperlukan. Peningkatan permintaan terhadap ikan ini sejajar dengan keperluan makanan untuk manusia. Ianya tetap akan berkembang maju dari hari ke hari.

ikan keli

PENINGKATAN HARGA IKAN KELI TAHUN 2012

Berlaku sedikit peningkatan dari segi harga ikan keli dalam tahun 2012. Ini adalah disebabkan oleh peningkatan permintaan, harga pelet dipasaran dan kurangnya bekalan.

Kestabilan harga ini perlu dikekalkan demi menjamin keuntungan setiap penternak. Oleh itu, pihak pembeli dan pengguna harus juga memahami bahawa peningkatan ini adalah berdasarkan kepada kos semasa.  Kerjasama di antara penternak, pemborong dan pengguna harus ada demi kestabilan harga ikan keli di pasaran. Harus diingat bahawa bekalan ikan keli sangat terhad oleh itu perbuatan melelong dengan harga yang cukup murah harus dihentikan.

Perbuatan menawarkan harga ikan keli di tahap yang cukup murah berbanding kos ternakan merupakan perbuatan yang sia-sia dan merugikan semua pihak. Oleh itu, saya nasihatkan kepada penternak ikan keli, jangan jual harga yang terlalu murah kepada mana-mana pemborong kerana ia akan merugikan anda. Kebanyakkan pemborong ikan tidak memahami proses penternakan. Pemborong ikan hanya ingin mengaut keuntungan yang cepat, manakala penternak pula bermandi keringat membesarkan keli selama 2 ke 3 bulan.

Untuk mengelakkan ini berlaku, saya dan rakan ternak yang lain bersetuju untuk menetapkan harga ikan keli di Sabah. Ini bertujuan untuk menyelamatkan industri ini daripada lingkup. Usaha untuk menstabilkan harga adalah usaha kerjasama daripada semua pihak.

Technorati Tags:

POTENSI PERNIAGAAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...