PENINGKATAN permintaan yang tinggi, merupakan keputusan tinjauan dari semua negeri di malaysia. Secara menyeluruh, permintaan ikan keli kebanyakkannya dipengaruhi oleh permintaan restoran di malaysia dan juga peningkatan penduduk, hidangan menu ikan keli sudah tidak asing lagi di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh permintaan usahawan pemprosesan makanan yang menjadikan ikan keli sebagai sumber produk hiliran seperti serunding ikan keli, sardin keli, keli salai dan sebagainya.
Kesan daripada permintaan yang berkembang hebat di Malaysia, lahirlah usahawan-usahawan keli yang tumbuh seperti cwndawan selepas hujan. Pengusaha pelet ikan juga mendapat tempias daripada peningkatan yang mendadak terhadap industri ikan keli.
Sejauh mana peningkatan ini, jawapannya ia akan terus meningkat. Perubahan semasa berkenaan tabiat makan manusia yang beralih kepada ikan berbanding ayam dan daging mendorong kemajuan industri ikan keli.
Peluang yang terpampang ini harus direbut. Penguasaan ilmu terhadap ternakan ini perlu dimiliki oleh setiap penternak. Ramai usahawan yang kecundang disebabkan kekurangan ilmu.
penggunaan kolam kanvas merupakan alternatif terbaik di zaman moden ini untuk memudahkan dan mengurangkan kos. Siapa-siapa saja yang berminat boleh menceburi bidang ini walaupun mempunyai ruang tanah yang sempit. Dengan hanya memasang beberapa kolam kanvas di tepi rumah sudah cukup memberikan hasil untuk keluarga.
Ikan keli mempunyai perkembangan tumbesaran yang cepat jika dibandingkan dengan spesis ikan lain seperti tilapia dan sebagainya. Tempoh penternakan yang singkat iaitu hanya mengambil masa tidak sampai 4 bulan memberi peluang kepada penternak menggandakan pengeluaran dalam setahun.
Ikan keli juga merupakan ikan yang tahan lasak terhadap persekitaran menjadikan ikan ini pilihan terbaik bagi penternak di Malaysia. Isinya yang sedap dan digemari ramai membuatkan permintaan ikan keli tidak akan pupus.
Di Malaysia, potensi ternakan ikan keli akan terus berkembang. Ruang dan peluang di Malaysia masih luas untuk diceburi.
0 comments:
Post a Comment