Tuesday, May 8, 2012

ANAK PEPATUNG MUSUH UTAMA REGA KELI

TIDAK RAMAI yang tahu bahawa selain katak dan burung, para rakan ternak harus mengetahui bahawa anak pepatung juga merupakan musuh utama rega keli yang berumur 1 minggu ke bawah.

Pernahkah anda melihat serangga ini merangkak-rangkak dalam kolam anak ikan keli anda?

pepatungMakhluk Ini sebenarnya adalah anak pepatung. Ia hidup di dalam air dan mengambil masa untuk keluar dari air menjadi pepatung dewasa. Dalam tempoh pembesarannya, anak pepatung ini perlukan makanan yang cukup, antaranya termasuklah anak-anak ikan.

kitaran pembiakan pepatungPepatung dewasa akan bertelur dipermukaan air dan meninggalkan banyak telur.   Dalam masa beberapa hari telur ini akan menetas dan melahirkan anak pepatung yang hidup di dalam air untuk tempoh tertentu. pepatung bertelurAnak pepatung akan memangsa rega keli yang masih kecil. Jika terdapat begitu banyak anak pepatung, para penternak harus membuangkannya sebelum ia memangsa rega keli anda dengan lebih banyak.

CARA MENGATASINYA

Di sini saya ada beberapa tips untuk mengelakkan atau mengurangkan berlakunya serangan anak pepatung ini. Antaranya dengan memasang jaring halus pada kolam anak benih. Kedua, jangan sediakan air kolam untuk rega keli terlalu awal. Penyediaan kolam rega yang terlalu awal akan memberi peluang pepatung untuk bertelur. Saya biasanya menyedian air kolam 12 -24 jam lebih awal.  Jika ada pepatung yang bertelur selepas  penetasan rega keli, ini dapat memberi peluang rega keli akan memangsa telur pepatung tersebut. Ini akan mengurangkan atau menghapuskan pembiakan pepatung dalam kolam disamping telurnya pula menjadi sumber makanan anak ikan keli.

Selamat menternak ikan keli

ANAK PEPATUNG MUSUH UTAMA REGA KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...