Monday, May 14, 2012

KUANTITI IKAN KELI DALAM SATU KOLAM

KUANTITI ikan atau jumlah ikan keli  yang dapat ditebarkan ke dalam kolam ternakan adalah berdasarkan luas kolam, saiz ikan dan kedalaman air. Namun sehingga kini tiada formula khusus yang boleh diterima pakai dalam menentukan kuantiti ikan yang boleh ditebarkan.

ikan keli sabah

Di sini saya kongsikan dengan penerangan yang mudah, apa yang penting perlu diketahui ialah, semakin padat ikan keli dalam satu-satu media, maka semakin bertambahlah keperluan oksigen. Ini kerana pertambahan benda hidup dapat mempengaruhi bekalan oksigen. Apabila kita menambah kepadatan, kandungan oksigen akan semakin berkurangan dan  pertambahan bahan buangan pula akan semakin meningkat menyebabkan kandungan ammonia meningkat. Ini akan menyebabkan pembesaran ikan akan terbantut. Kadar kematian meningkat.

Untuk tujuan komersial, kepadatan mungkin dapat dilakukan, tetapi oksigen perlu ditingkatkan iaitu dengan menggunakan sistem pengudaraan dan sebagainya. Semakin padat maka semakin banyaklah pengudaraan harus dilakukan.

Tanpa menggunakan teknologi pengudaraan, anda perlu mengurangkan kuantiti ikan keli dalam satu-satu kolam. Saya boleh cadangkan untuk saiz kolam 14 kaki X 6 kaki X 3 kaki tinggi dengan kedalam air 1 kaki, jumlah tebaran adalah sebanyak 800 ekor sahaja untuk saiz 3 inci. Ini akan memberikan banyak ruang untuk ikan keli membesar.

Dengan cara mengurangkan kepadatan, ikan akan cepat membesar dan kadar kematian akan kurang. Semakin luas media atau semakin kurang kepadatan maka semakin cepat ikan membesar. Itu sajalah formula ringkas yang dapat saya kongsikan untuk anda. Apa-apa pun anda bebas mencuba berbagai kaedah, yang penting anda berjaya menghasilkan ikan keli yang berkualiti. Selamat berjaya.

KUANTITI IKAN KELI DALAM SATU KOLAMSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...