Saturday, May 5, 2012

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYU

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

IDEA untuk membina kolam bertingkat ini datang apabila seluruh ruang tepi rumah sudah padat dengan kolam kanvas. Ternyata idea ini tidak sia-sia kerana ia mampu mengasuh anak benih keli dan puyu tanpa menghadapi sebarang masalah. Anak benih pula akan diasuh sehingga mencapai saiz ideal iaitu sekurang-kurangnya 2 inci sebelum dialih ke kolam asuhan kedua.

kolam bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Percubaan untuk membina kolam kanvas bertingkat yang pertama, kami membinanya dengan saiz kolam 1 kaki setengah X 1 kaki setengah sebanyak 5 petak bagi setiap tingkat dan boleh dibuat sebanyak 3 aras atau boleh lebih mengikut keperluan anda. Saluran air keluar kami pasangkan di setiap kolam supaya air hujan tidak memenuhi kolam. Ruang setiap kolam dapat memuatkan kira-kira 200 ekor benih keli dan juga benih puyu. Ini bermakna, benih bagi setiap tingkat ada sebanyak 1000 ekor.

kolamm bertingkat - http://kelisabah.blogspot.com/

Selain menjimatkan ruang, kebaikkan menggunakan kolam-kolam kecil dapat mengurangkan kematian anak benih yang disebabkan oleh masalah kanibal. Kadar hidup juga lebih tinggi berbanding dengan melepaskan keseluruhan anak benih dalam satu kolam.

 

KOLAM KANVAS BERTINGKAT UNTUK ASUH BENIH IKAN KELI DAN IKAN PUYUSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...