Sunday, May 13, 2012

HARGA IKAN KELI DI SABAH

HARGA IKAN KELI dikira berdasarkan kos penternakan.  Semakin tinggi kos penternakan, semakin tinggi juga harga ikan keli. Perlu kita sedar, kos penternakan 5 tahun yang lalu saja pun sudah jauh berbeza. Harga pelet di Sabah kini sudah meningkat Rm3.30 hingga ke Rm3.80 sekilogram. Tempoh pembesaran memakan masa selama 3 ke 4 bulan iaitu 90 hari ke 120 hari.

Berdasarkan segala perkiraan, pihak pemborong dan pihak restoran harus sama-sama memahami dan janganlah mahu untung sahaja tanpa memikirkan titik peluh  penternak. Harus ada  harga lantai yang selaras. Manakala kepada rakan ternak semua, janganlah matikan perniagaan rakan-rakan ternak yang lain dengan melelong ikan keli anda dengan harga yang paling murah. Perbuatan meletakkan harga terlalu rendah sama dengan menjahanamkan perniagaan ikan keli rakan-rakan yang lain.

Perlu ada kerjasama dari semua pihak termasuk pihak kerajaan dalam menangani masalah harga ikan keli. Saya bagi pihak keli sabah akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak dan kerajaan untuk mempastikan masa depan ternakan ikan keli khususnya di Sabah mendapat perhatian sewajarnya. Kestabilan harga yang berpatutan akan menghidupkan usahawan. Apabila wujudnya usahawan ikan keli dapatlah membantu meningkatkan hasil negara. Kita tidak perlu mengimport ikan dari luar negara. Selain itu, industri ikan keli juga dapat membuka ruang dan peluang untuk generasi yang akan datang. Dengan harga yang menarik, perniagaan ikan keli akan menjadi perniagaan yang menguntungkan dan ramai orang akan berminat menceburinya.

Saya dan anda semua yang terlibat dalam industri ini adalah penentu masa depan ternakan ikan keli di Malaysia dan Sabah khususnya.

Semoga usaha anda semua akan sentiasa mendatangkan hasil serta menjadi sumber ekonomi utama keluarga.

Technorati Tags:

 

HARGA IKAN KELI DI SABAHSocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...