PERMINTAAN ikan keli yang sentiasa tiada surutnya menjadikan ianya satu peluang yang perlu direbut. Bermula dari mejual bibit ikan keli hinggalah kepada restoran yang menjual hidangan ikan keli ianya satu rantaian perniagaan yang panjang.
Peluang perniagaan gerai makan tepi jalan saja masih banyak ruang kosong untuk dipenuhi. Kurangnya perniagaan ini adalah kerana bekalan ikan keli yang belum mencukupi.
Di Indonesia, perniagaan ikan keli sudah semakin popular. Ianya seiring dengan pertumbuhan warung jualan tepi jalan yang menghidangkan ‘pecel lele’ iaitu sejenis menu istimewa di Indonesia. Ini merupakan satu perkembangan positif yang perlu dicontohi.
Selain menghidangkan ayam bakar dan goreng, warung ini juga menghidangkan ‘pecel lele’ iaitu menu ikan keli bersama nasi yang popular di Indonesia.
Perkembangan yang memberangsangkan dengan tumbuhnya warung-warung pecel lele di serata tempat menyebabkan permintaan ikan keli di Jabodetabek, Indonesia sahaja mencapai 100 tan untuk semalam. Itu tidak masuk di Jakarta dan daerah-daerah yang lain. Bayangkan permintaannya untuk 1 bulan.
Perkembangan seperti inilah yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi sekaligus membuka lebih banyak peluang untuk direbut. Jika pertumbuhan seperti ini dapat berjalan dengan rancak di Sabah, sudah tentu membuka banyak sumber pendapatan terutama kepada para siswazah yang menganggur. Tidaklah hanya mengharap bekerja makan gaji semata-mata.
Di Sabah, perniagaan ini masih dianggap baru dan usaha untuk mempopularkannya sedang dijalankan. Setiap tahun pihak kerjaan melalui Jabatan-jabatan kerajaan berusaha untuk mempopularkan ikan keli di karnival-karnival tahunan yang dianjurkan, antaranya program ‘makan lebih banyak ikan air tawar’ dan pertandingan memasak ikan keli. Mudah-mudahan dalam tempoh satu tahun atau dua tahun lagi akan tumbuhlah warung-warung atau gerai-gerai makan ikan keli yang menghidangkan menu keli Sabah pula seperti ikan keli panggang dan sebagainya.
0 comments:
Post a Comment