Thursday, May 10, 2012

PANDUAN TERNAK KELI

ADA beberapa faktor yang harus diambil kira sebelum menternak ikan keli sebagai panduan agar segala yang dirancang berjalan dengan baik.

baby reading a book

1. Persiapan diri

2. Kewangan

3. Ruang

4. Mentor / guru

5. Pasaran

 

PERSIAPAN DIRI

Pertama sekali adalah minat yang mendalam terhadap ternakan ikan keli. Minat inilah yang yang menjadi pendorong utama kejayaan anda dan menjadikan anda bertahan dalam perniagaan ini. Minat hendaklah asli bukan kerana ikut-ikutan. Jika tidak, usaha anda akan menjadi hangat-hangat tahi ayam.

Kedua, anda perlu persiapkan diri dari segi ilmu. Sekurang-kurangnya hadiri kursus untuk mnegtahui serba-serbi dan selok-belok mengenai ikan keli. Di samping itu, rajinkanlah diri anda untuk selalu bertanya daripada mereka yang sudah mengusahakannya. Buat analisis anda sendiri untuk menilai kekuatan perniagaan ikan keli ini jika anda usahakan sepenuhnya.

yakinlah kepada diri anda sendiri yang anda boleh buat jauh lebih hebat daripada penternak yang sedia ada. Rancang kerja dan tentukanlah matlamat anda. Contohnya, menetapkan hasil keluaran ikan keli sebanyak 1 tan dalam masa 4 bulan dari sekarang.

KEWANGAN

Di zaman moden ini, serba-serbi mau kena beli. Kos untuk kolam kanvas lebih kurang Rm300. Untuk buat rangka kolam, benih keli, makanan ikan segala-gala perlukan modal permulaan. Menggunakan modal anda sendiri akan menjadikan anda lebih bersemangat untuk berjaya.

RUANG

Perlu ada sedikit ruang untuk anda pasang kolam kanvas.

MENTOR / GURU

Pastikan ada mentor atau guru yang sudi mengajar anda dari A hingga Z terhadap selok-belok ternakan keli. Menjadikan beberapa orang mentor dapat membuka lebih ruang pandangan dan ilmu lebih luas. Anda tidak akan rugi, yang penting kemahuan anda untuk belajar.

PASARAN

Pastikan ada permintaan atau sekurang-kurangnya kita tahu di mana mahu jualkan ikan keli kita. Saya nasihatkan, carilah seberapa banyak rakan ternak. Ia akan membuka lebih banyak ruang pasaran. Dapatkan beberapa orang pemborong tetap anda.

Technorati Tags:

PANDUAN TERNAK KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...