Baca Selanjutnya.. (Read More)
Wednesday, July 27, 2011
TERNAK IKAN KELI SUNGGUH MENYERONOKKAN
Baca Selanjutnya.. (Read More)
Posted by RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah at 10:56 PM 0 comments
Friday, July 22, 2011
SIKAP SABAR WAJIB ADA PADA PENTERNAK IKAN KELI
SABAR, sangat dituntut dalam penternakan ikan keli. Ini kerana bidang ternakan ikan khususnya ikan keli bukanlah bidang yang menjanjikan kekayaan dalam sehari dua. Ianya perlu kesabaran, fokus dan belajar melalui pengalaman. Sebabnya kita kena akui bahawa ternakan ikan perlu masa sehingga ke satu tahap ternakan anda memberikan keuntungan.
Bagi mereka yang tidak meminati langsung bidang ini saya sarankan carilah bidang yang sesuai kerana seperti yang saya katakan bahawa bidang ternakan ikan memerlukan masa yang sedikit lama untuk anda betul-betul faham selok belok ternakan ikan. Namun bagi mereka yang benar-benar minat dan ingin mendapat kejayaan dalam bidang ini ada beberapa tips yang dapat kita kongsi bersama berdasarkan pengalaman saya sendiri.
FOKUS
Pertama sekali perbetulkan niat untuk menjadi seorang penternak yang berjaya dan diberkati. Jangan ubah pendirian walau dalam keadaan apa sekalipun. Kerana kalau fokus berubah arah, segalanya akan hancur dan anda tidak akan dapat melihat apa yang anda harapkan.
TAMBAH ILMU
Jangan ego kerana ego itu menutup pintu ilmu. Belajar dari masa ke semasa walaupun melalui tunjuk ajar dari seorang budak. Sentiasa cari pendekatan baru dan cuba belajar membuat kajian-kajian ringkas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Cari punca masalah dan cuba selesailkan. Buat rujukan, catitan dan jangan lupa sentiasalah bertanya kepada penternak-penternak yang sudah berjaya, Kumpul segala maklumat dan buat sedikit analisis kerana setiap penternak akan memberi pendapat yang berbeza-beza. Ikuti mana-mana seminar ataupun kursus-kursus yang berkaitan. Dan jangan lupa praktikan ilmu anda di kolam anda. Kalau anda sudah menemui jalan penyelesaian anda akan seronok. Dan jangan lupa, jangan lokek ilmu, berkongsilah dengan rakan penternak. Tapi ingat, ajarkan kepada mereka yang berminat sahaja, jangan buang masa dengan mereka yang hanya ingin memperlekehkan anda. Dan jangan lupa sentiasalah minta petunjuk daripada Allah agar dibukakan jalan, diberikan kesabaran serta diberi kejayaan
KEMBANGKAN PROJEK ANDA
Selangkah demi selangkah, bisnes anda pasti membesar. Sekarang anda anda dapat menikmati kejayaan kerana ramai pelanggan kenal anda, jual beli semakin lancar. Di tahap ini, anda akan mendapat idea baru dalam bisnes ini. Buat rangkaian perniagaan dengan rakan-rakan kerana ini cukup membantu memajukan bisnes anda. Cuba cari di bahagian mana yang anda ada kekuatan semada dalam bidang pembenihan, jual ikan dewasa, latihan, jual peralatan dan sebagainya. Setiap orang mempunyai kekuatan dan kedudukan yang berbeza-beza. Cuba cari dan cari.
Selamat menternak, selamat maju jaya.... jumpa lagi di tips akan datang.
.Powered by Qumana
Baca Selanjutnya.. (Read More)
Posted by RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah at 10:33 PM 0 comments
Saturday, July 16, 2011
TENAGA MATAHARI DAN KEPADATAN MEMPENGARUHI PEMBESARAN IKAN KELI
SALAM PENTERNAKAN kepada semua para penternak ikan keli. Minggu ni, saya dan adik saya agak sibuk sebab baru tambah kolam kanvas dan proses pembersihan ladang kedua ikan keli kami. Dan sempat jugalah kami bertemu dengan para penternak lain terutama di kawasan Kuala Penyu Sabah, sambil-sambil tolong borong hasil mereka. Ada juga penternak yang tidak mahu jual keli mereka sebab sudah kena tempah untuk kenduri bulan Syaaban, syukur Alhamdulillah.
Ada beberapa info yang perlu dan wajib saya kongsi dengan penternak terutama mereka yang masih terpinga-pinga mencari jawapan kenapa keli saya tidak mahu besar? Kenapa keli saya banyak yang mati? Kenapa keli saya terlalu lambat untuk membesar?
Ada banyak faktor, namun dua faktor ini sangat berhubung rapat mempengaruhi tumbesaran ikan keli. Faktor pertama adalah tenaga matahari dan yang kedua kepadatan.
FAKTOR TENAGA MATAHARI
Kebanyakkan para penternak takut nak dedahkan air kolam dengan matahari. Takut kepanasan !!. Kebanyakkan penternak ikan keli suka meredupkan kolam mereka dengan apa jua dengan harapan ikan keli dapat berlindung.
Perbuatan ini bukan sahaja memutuskan tenaga matahari untuk membenarkan fitoplankton (plankton tumbuhan) berinteraksi dengan matahari untuk proses fotosentesis TAPI juga menurunkan suhu air. Apabila proses fotosentesis tidak berlaku maka terputuslah ikatan rantaian ekologi dimana semua fitoplankton akan mati menyebabkan zooplankton (plankton haiwan) juga akan mati kerana ketiadaan makanan yang datang dari fitoplankton. Maka sistem penghuraian yang berlaku tidak seimbang. Ini yang menyebabkan CO2 tidak dapat diserap akhirnya berlaku peningkatan ammonia, mengurangkan PH air (air akan berasid), menurunkan suhu air dan menurunkan oksigen terlarut (DO). Ikan mula rasa tidak selesa, selera makan menurun, pergerakkan lambat dan saiz yang kecil akan mati, yang tinggal hanya ikan keli yang kuat antibodi sahaja. Mungkin 10% - 20%.
FAKTOR KEPADATAN
Satu kajian yang dijalankan di Eropah, menunjukkan kepadatan mempengaruhi tumbesaran ikan keli (clarias gariepinus). Data yang diambil membuktikan, ikan keli yang ditebar dengan kadar 2 ekor / M2 menunjukkan pembesaran yang cepat, menjangkau berat 200g dalam masa 80 hari. Dan semakin padat semakin lambat pembesaran.
Salah satu tips yang dapat saya berikan ialah dengan cara melonggarkan dahulu tebaran di beberapa buah kolam sehingga mencapai saiz 180g - 200g kemudian barulah dikumpul semula.
Faktor kepadatan mempengaruhi BOD. Semakin tinggi BOD semakin turun DO.
Untuk lebih lanjut pengaruh BOD dan pengaruh DO, jumpa saya di ladang penternakan kami. Saya akan bagi info secara percuma untuk anda.
Powered by Qumana
Baca Selanjutnya.. (Read More)
Posted by RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah at 11:14 PM 0 comments
Saturday, July 2, 2011
TERNAKAN KELI 100% BERSIH DAN HALAL
KAMI telah lama mengamalkan ternakan yang bersih dan halal dengan hanya memberikan makanan 100% pelet. Dengan kaedah ternakan yang meniru habitat sebenar ikan air tawar adalah formula ternakan ikan yang banyak memberikan kami kejayaan. Keperluan matahari yang cukup dan dengan penggunaan E.M asli keluaran kami telah terbukti dengan berkesan menghasilkan air yang sihat, bersih dan subur. Kaedah yang kami amalkan ini cukup mudah dan mengurangkan kos. Air kolam tidak perlu diganti. Ianya hanya perlu digantikan sekiranya pertumbuhan pytoplankton terlalu subur. Bukan itu saja, kaedah ternakan yang kami jalankan tidak mengeluarkan bau yang busuk malahan air kolam semakin baik. Kaedah pemberian makanan dengan cara 'tabur dan lihat' juga merupakan penyumbang kejayaan ternakan. Sumber air yang asli dengan PH yang sesuai juga merupakan punca kejayaan.
Apa yang perlu dikongsi dengan tuan-tuan adalah kaedah yang betul dalam sistem penternakan. Kita tidak boleh lari daripada ikatan rantaian makanan asli yang telah tersedia di alam semulajadi. Bermula daripada kandungan air yang mempunyai PH yang sesuai, ianya juga perlu mengandungi kadar oksigen yang cukup untuk membenarkan pertumbuhan bakteria baik. Dengan pertumbuhan bakteria baik, ianya dapa menghuraikan organik-organik terlarut termasuk ammonia untuk ditukar kepada zat-zat yang sangat duperlukan oleh pertumbuhan pytoplankton. Untuk menjadikan ini berlaku, peranan matahari sangat penting. Tanpa matahari, aktiviti ini akan terganggu menyebabkan bakteria baik tidak dapat melakukan tugasnya dengan sempurna menyebabkan ammonia mula menguasai dan ini akan menyebabkan air mulai kotor dan berbau. Oksigen mulai melemah, pytoplankton tidak menjadi dan mati bermakna rantaian ini telah terputus. Akhirnya ternakan jadi gagal. KENAPA INI BERLAKU?
Baiklah, kita huraikan satu persatu. Pytoplankton menjadi kerana berlakunya fotosentesis hasil dari tenaga matahari. Ianya menyerap zat-zat yang dihuraikan oleh bakteria. Pytoplankton halus yang subur ini pula akan dimakan oleh zooplankton. Pytoplankton dan zooplankton ini pula akan menjadi makanan ikan. Akhirnya, zat-zat yang ada pada pytoplankton dan zooplankton inilah yang menyumbang kesuburan ikan. Sebagai makanan tambahan, pelet yang sesuai diperlukan. INGAT !! jangan beri makan ikan keli anda dengan sisa binatang seperti lemak haiwan, usus binatang, daging busuk dan sebagainya kerana perbuatan ini bukan saja dapat merosakkan air ternakan malahan merosakkan rasa ikan tersebut. Bukan itu saja, kemungkinan besar ternakan anda akan yang mati dan anda GAGAL dalam bisnes penternakan ikan.
Dapatkan tips secara percuma dengan melawat ladang ternakan kami.
Powered by Qumana
Baca Selanjutnya.. (Read More)
Posted by RAHMAN ABDUL RASHID - Admin keli sabah at 12:51 AM 0 comments