Friday, March 2, 2012

BUAT DUIT DENGAN IKAN KELI

SATU industri yang banyak memberi peluang kepada mereka yang berfikiran terbuka. Tanya kepada diri anda, di mana posisi anda dalam industri ikan keli. Begitu banyak peluang buat duit dengan ikan keli antaranya,

1. Jual buku atau ebook tentang panduan ternak ikan keli

2. Buat kursus tentang ternakan ikan keli

3. Jual peralatan pembenihan ikan keli antaranya hormon, jarum suntik dan sebagainya

4. Jual induk keli

5. Jual benih ikan keli pelbagai saiz

6. Jual keli hidup

7. Jual keli proses, bebola ikan, serunding keli, keropok dan sebagainya

8. Jual keli salai atau panggang

9. Jual keli kering

10. Buka restoran ikan keli

11. Jual makanan ternakan ikan keli

12. Jual ubat-ubatan ikan keli

13. Jual peralatan kolam kanvas untuk ternak keli

14. Buka katering untuk hidangan ikan keli

15. Jual keli untuk ikan hiasan (jenis keli hiasan)

16. ……..banyak lagi yang belum diteroka..…mari sama-sama  fikirkan peluangnya.

Apa yang penting, dalam ternakan ikan keli, jangan buat penternakan sahaja, buka ruang dan peluang. Buat duit dengan ikan keli adalah satu projek yang sangat panjang dan peluang yang terbuka luas.

BUAT DUIT DENGAN IKAN KELISocialTwist Tell-a-Friend

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...